CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Khalwat Rayu Gambar Tidak Diambil

2-9-2013 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 41363| Komen: 643

Description: Dalam Serbuan Kira-Kira Jam 2 Pagi Itu, Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat Terpaksa Menunggu Lama Kerana Pasangan Terbabit Enggan Membuka Pintu.
1 September 2013               


Penguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan.

BATU PAHAT, 1 September - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.
       
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.
       
Timbalan Penguat kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.
       
Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.
       
Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.
       
Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.
       
Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.
       
Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.
       
Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 1-9-2013 09:45 AM
ambik gambar pastu sebar kat akhbar.....kekadang perempuan tak sempat pakai baju pun...sial punya jurugambar dan pihak yang menangkap...konon membenteras maksiat tp mengaibkan org....perangai sama ja dgn yang membuat kesalahan.........
Quote sueism 1-9-2013 09:52 AM
Batu pahat lagi
Quote edee_91 1-9-2013 09:53 AM
betul la ape yang mangsa2 tu mintak. yang kau pergi sebarkan gambar diorang tu watpe? semoga wartawan2 dan pihak yang terlibat dilaknat!
Quote freebird 1-9-2013 10:03 AM
ambil gambar dan bagi kat akhbar ni tujuan untuk jual sokkhabar jamban yang tak laku...
Quote peYno 1-9-2013 10:03 AM
jawa/indonesia translation pls
Quote peYno 1-9-2013 10:06 AM
Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah .


nama bapak mohd sopah... cuba tgk nama edatuk embah dia.. mohd Tukiran ka mohd Misron ka
Quote Acong 1-9-2013 10:14 AM
sirul & azahar boleh je bungkus macam mumia, kenapa mereka tak dibenarkan buat camtu? boleh saman reporter tak?
Quote lordvoldemort 1-9-2013 10:48 AM
noor2 posted on 1-9-2013 09:45 AM
ambik gambar pastu sebar kat akhbar.....kekadang perempuan tak sempat pakai baju pun...sial punya ju ...

geng2 jabatan agama ni perasan depa suci murni bak embun pagi...
apa hak depa untuk pecah2 masuk bilik tidoq orang..
depa buat salah gak menceroboh...
pastu tangkap mengaibkan orang..
depa tak sedaq depa buat dosa kat orang lain...

Quote wunan88 1-9-2013 11:01 AM
lordvoldemort posted on 1-9-2013 10:48 AM
geng2 jabatan agama ni perasan depa suci murni bak embun pagi...
apa hak depa untuk pecah2 masuk  ...

yea betuii tue..
patutnya depa biaqkan sajo diorg nie berkhalwat aje kann..
mengganggu org nak berasmaradana je depa nih
Quote True-X 1-9-2013 11:01 AM
jabatan agama benarkan amik gambo....pathethic sungguh...
Quote wunan88 1-9-2013 11:02 AM
hebat2 zaman sekarang nih..
yg berkhalwat dijunjung tinggi..
yg cuba nak benteras dikeji dihina..

alhamdulillah malaysia maju setapak lagi
Quote md.jie 1-9-2013 11:04 AM
pkai seluaq pendek bunga uols
Quote mrsrezza 1-9-2013 11:07 AM
wunan88 posted on 1-9-2013 11:02 AM
hebat2 zaman sekarang nih..
yg berkhalwat dijunjung tinggi..
yg cuba nak benteras dikeji dihina..
...

Syukur..x perlu tunggu tahun 2020 nk iktiraf malaysia negara maju..


Menyebar gambar aib tu ada sudut positif n negatif..positif tuk bg kesedaran pada si pelaku n masyarakat..negatif kalau si pelaku akan mengalami trauma n dicerca seumur hidup..lebih2 lg dicerca berjemaah kat forum cari ni..


Membanteras maksiat adalah tugas penguatkuasa agama..dorang menjalankan tanggungjawab, tp yg suka mengaibkan org adalah wartawan pprt yg sebuk nk lakukan surat khabar..
Quote noor2 1-9-2013 11:07 AM
lordvoldemort posted on 1-9-2013 10:48 AM
geng2 jabatan agama ni perasan depa suci murni bak embun pagi...
apa hak depa untuk pecah2 masuk  ...

kannn.....banyak sangat kepincangan....




Quote maxim 1-9-2013 11:10 AM
persoalannya..sempat klimaks ke x?




Quote wunan88 1-9-2013 11:23 AM
mrsrezza posted on 1-9-2013 11:07 AM
Syukur..x perlu tunggu tahun 2020 nk iktiraf malaysia negara maju..

tang negatip tue..pedulik apa kalau si pelaku alami trauma ker idok..
biar dia jadikan nie pengajaran supaya x buat lagi lah benda2 x senonoh nie..


kalau kita dok simpann je makin seronoklah depa..pasai xda apa2 tindakan..

aku kasi contoh pencuri la..kenapa xde org nak marah bila gambo pencuri kena sebar kat akhbar
tapi tang berkhalwat sume dok pakat2 bising cakap aib la ape bagai..
padahal dosa berzina tue lagi besar dari mencuri nie



Quote lordvoldemort 1-9-2013 11:33 AM
wunan88 posted on 1-9-2013 11:02 AM
hebat2 zaman sekarang nih..
yg berkhalwat dijunjung tinggi..
yg cuba nak benteras dikeji dihina..
...

banteras tu banteraslah tapi jangan intip...
nak jadi polis akidah?

islam larang tajassus (mengintip aib orang lain)

khalwat, zina .... tu maksiat peribadi...
tak menglibatkankan keselamatan awam...
tak payah nak intip2 , ceroboh2...
biaq depa tanggung sendiri...

Quote PEPPERMAN 1-9-2013 11:39 AM
1 cara yg boleh dipertimbangkan, jika pasangan setuju berzina menggunkan kondom (untuk elakkan pembuangan bayi) maka pihak berkuasa akan setuju tak mengendap dan menangkap mereka.

Jamil Khir, JAKIM, Majlis Agama negeri2 harap ambil kira cadangan ni
Quote jazaa 1-9-2013 11:42 AM
noor2 posted on 1-9-2013 09:45 AM
ambik gambar pastu sebar kat akhbar.....kekadang perempuan tak sempat pakai baju pun...sial punya ju ...

Apsal Noor marah sgt Noor........

Lihat semua komen(643)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.059463 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top