CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anuar Zain Sedia Tinggal Di Rumah Orang Tua

18-9-2013 02:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26890| Komen: 168

Description: Kuala Lumpur, 18 Sept 2013: Penyanyi, Anuar Zain Atau Nama Sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, Akui Sehingga Kini Masih Belum Bertemu Dengan Suri Hidupnya. Malah Anuar Zain Menganggap Mungkin Jodohnya ...


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 18 SEPT 2013: Penyanyi, Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, akui sehingga kini masih belum bertemu dengan suri hidupnya. Malah Anuar Zain menganggap mungkin jodohnya masih belum tiba.

"Belum sampai jodoh lagi. Saya tidak boleh bertanya kepada Dia (Allah) bila jodoh saya akan tiba. Apa-pun saya serahkan kepadaNya.

"Lagipun buat masa sekarang saya masih belum bertemu dengan mana-mana kenalan wanita. Saya tidak bimbang kerana itu semua urusan daripadaNya," katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Restoran Rebung Bangsar, semalam.

Pelatun lagu, Sedetik Lebih itu akui tidak bimbang jika sehingga hari tuanya nanti dia masih belum bertemu jodoh.Malah, dia sudah bersedia untuk membawa dirinya sendiri ke pusat penjagaan orang tua bila tidak berdaya lagi.

"Saya sudah bersedia jika ditakdirkan saya masih belum berkahwin dan menimang cahaya mata di usia yang lanjut. Malah saya sudah merancang untuk tinggal di pusat penjagaan rumah orang tua kerana di situ kita boleh dijaga rapi oleh orang yang sepatutnya.

"Pada saya tidak salah jika orang tua dibawa ke rumah penjagaan rumah orang-orang tua kerana banyak pusat-pusat penjagaan orang tua yang bagus dan selesa serta sesuai untuk usia begitu.

"Lagipun saya mahu ubah persepsi masyarakat kita yang menganggap orang tua di rumah penjagaan itu dilihat seperti golongan yang tidak disayangi. Pada saya, jika ibu bapa itu punya ramai orang anak pun dia sukar untuk meminta semua anaknya menjaga dirinya.

"Saya rasa untuk zaman sekarang ini tidak salah menghantar ibu bapa untuk dijaga oleh pusat penjagaan orang tua kecuali terdapat ibu bapa yang berkeras tidak mahu dihantar ke rumah penjagaan kerana nak-anak juga tidak boleh memaksa ibu bapa mereka," ulasnya.

Bercerita mengenai kehidupannya sebagai seorang yang bujang di usia 40-an, Anuar Zain akui hidupnya bahagia bersama keluarganya yang kini sudah membesar dengan jumlah bilangan anak buah.

"Alhamdulilah, saya masih punya ibu bapa yang sihat dan perihatin terhadap anaknya. Malah saya juga bertuah kerana punya akak-akak yang mengambil berat tentang adiknya ini sehingga hampir setiap hari akan bertanya khabar dan sebagainya.

"Malah saya seronok melayan kerenah anak buah saya yang sudah semakin ramai iaitu 12 orang. Mereka manja dan agak rapat dengan saya. Penat juga melayan kerenah mereka tetapi saya suka kerana mereka saya anggap seperti anak-anak saya sendiri,"luahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru kerjayanya, Anuar bakal mengadakan persembahan di Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di banggunan Telekom Malaysia Convention Centre pada 19 Oktober ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote voizze 18-9-2013 02:01 PM
calon ramai jek.. hang memilih sgt le
tak best woo tua - tua sendiri..
Quote wanie_aq 18-9-2013 02:06 PM
ohh..abg nuar jeng.. kalau muda sikit dah lama iolsss masuk meminang..kih3..
Quote fifie_olin 18-9-2013 02:07 PM
skg mmg x rasa,...dh tua nti...sayu je ati...lonely gitteww...
tp mn tau betemu jodoh dirmh org2 tua...
Quote stars83 18-9-2013 02:08 PM
jodoh x dtg bgolek kalo x mcari,bang nuar oiii..
Quote InVendeTTa 18-9-2013 02:09 PM
maybe dia jenis lelaki yg asexual
manusia yg x bernafsu
Quote nurfariezza 18-9-2013 02:09 PM
ohh abam nuar jeng...
Quote atapnipah 18-9-2013 02:13 PM
abg nuaa..meh daftar kt ejensi cari jodoh iolls, meh!! iolls akan carikan yg sepadan dgn uollss..hehhe!!
Quote lonso 18-9-2013 02:14 PM
sedeynye dgr.................meh come to mama
Quote mickeylina 18-9-2013 02:17 PM
iols ada...sanggup jaga abang nuar jeng
Quote edoraixora 18-9-2013 02:20 PM
bang nuar dh mandi munge bawah jematan tak
ke bang nuar memilih sgt
Quote solstice 18-9-2013 02:23 PM
Kesiannya abe nuar

Tang muka tu nampak botox overdose
Quote LENS2U 18-9-2013 02:23 PM
abe tggu ct ke...??..
Quote mea 18-9-2013 02:23 PM
ada jodoh tuh nanti...aamin
Quote LENS2U 18-9-2013 02:25 PM
tup..tup..tiba2 umur 45..sampai jodohnya..
Quote Xizhuren 18-9-2013 02:28 PM



x payah dok rumah org tua2 laa...dok umah ai pun x paa....mai..mai....



@airuszzdy

Quote jlo 18-9-2013 02:28 PM
come to mamaaaa..hikss
Quote mitnick 18-9-2013 02:34 PM
sedeh statemen bang nuar...
Quote airuszzdy 18-9-2013 02:36 PM
Xizhuren posted on 18-9-2013 02:28 PM
x payah dok rumah org tua2 laa...dok umah ai pun x paa....mai..mai....

ntaahnyer..ai ni pon dh redha duk umah org tua2..
apa kata abam nuo jen duk je ngan ai terus ... secara sah dari segi syara'
Quote Xizhuren 18-9-2013 02:44 PM
airuszzdy posted on 18-9-2013 02:36 PM
ntaahnyer..ai ni pon dh redha duk umah org tua2..
apa kata abam nuo jen duk je ngan ai terus ...  ...



bang nuo jen sila ikut giliran yer.....umah ai dulu........









Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.140810 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top