CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Liyana Jasmay Alahan, Kemaruk Stik

12-11-2013 02:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43762| Komen: 250

Description: Bagaimanapun, Dalam Keadaan Kesihatan Yang Kurang Mengizinkan, Aktres Yang Memiliki Single Cinta Bersatu Dan Jujur Ini Tetap Gagah Menghadiri Program Media Prima Tv Networks 2014 Di Pusat Konvensyen K ...




Seperti wanita lain yang hamil, aktres popular, Liyana Jasmay tidak terlepas daripada masalah alahan. Mencecah tiga bulan usia kandungannya, alahan dialami selebriti ini makin menjadi-jadi. Liyana mudah mual dan tidak boleh terlalu aktif kerana badannya cepat lemah.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, aktres yang memiliki single Cinta Bersatu dan Jujur ini tetap gagah menghadiri program Media Prima TV Networks 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), petang Jumaat lalu.

Malah, Liyana atau lebih akrab disapa Nana, sudi berkongsi kisah kehamilannya yang dianggap sungguh mencabar.


"Ketika peringkat awal kehamilan, memang ada alahan. Namun, tidaklah seteruk apa yang Nana alami kebelakangan ini. Asyik nak muntah saja. Mujurlah suami Nana memahami. Dialah yang menjaga Nana dalam keadaan begini.

"Sekarang, Nana menetap di Kuala Lumpur bersama keluarga. Suami datang setiap hujung minggu menemani saya berikutan dia perlu berada di Sabah kerana bekerja," cerita pelakon berusia 25 tahun ini.

Tak sabar tahu jantina anak

Berikutan ia kehamilan pertama, Nana berkata, dia banyak belajar mengenai kaedah penjagaan ibu mengandung menerusi pembacaan.
"Kalau Nana sakit atau terasa perubahan dalam diri ini, Nana cepat-cepat mendapatkan maklumat melalui Google untuk pemahaman lebih jelas.

"Melalui Google, Nana banyak belajar mengenai proses kehamilan selain membaca buku dan sebagainya," ujarnya yang amat gemarkan juadah stik sejak kebelakangan ini.

Walaupun baru memasuki 12 minggu berbadan dua, Nana berkata, dia tidak sabar untuk mengetahui jantina bayinya.

"Selalunya, ramai yang lebih selesa tidak ambil tahu soal jantina bayi mereka lebih awal. Selalunya, ibu bapa mahu ia menjadi kejutan.

"Tapi bagi Nana, lebih senang tahu lebihawalsebabmemudahkanuntuk membuat persediaan seperti membeli pakaian dan hiasan bilik bayi kelak," katanya dalam nada teruja.

Lupa hasrat berlakon

Sepatutnya wanita kecil molek ini bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Ride terbitan Mermaid Studios. Namun, disebabkan masalah alahan itu, Nana terpaksa melupakan seketika kerjaya lakonan.

"Pada awalnya, Nana akan memegang watak Elana. Tetapi disebabkan alahan teruk ini, terpaksalah watak itu diserahkan kepada pelakon lain iaitu Elfira Loy," katanya yang hanya akan berada di belakang tabir sepanjang penggambaran drama itu yang akan disiarkan TV9.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FlowerGirl 12-11-2013 07:30 AM
Bagus la. Jaga diri baik2. First time nk dpt baby mmg excited gila
Quote alieyrina 12-11-2013 07:31 AM
Apa2 lah nana oiii..tp aku peknen memang angin baaaaaanyakk sangat..nak mkn tu kena muntahkan angin dulu  
Quote yipun_78 12-11-2013 07:36 AM
perlu ke nak berlakon bagai ngan kesihatan x berapa ni? patut stay at home je laaa... bukan laki x mampu pon nk suh stay kat umah... saja je nak susahkan org kat keliling... jaga diri leklok
Quote maxim 12-11-2013 07:42 AM
yipun_78 posted on 12-11-2013 07:36 AM
perlu ke nak berlakon bagai ngan kesihatan x berapa ni? patut stay at home je laaa... bukan laki x m ...

sib baik dia tak kata nak menyanyi..tak pasal2 satu malaysia merana terpaksa dgr suara cam bdk tak cukup umur melalak


hey hey hey aku tak percaya cinta
Quote yipun_78 12-11-2013 07:48 AM
maxim posted on 12-11-2013 07:42 AM
sib baik dia tak kata nak menyanyi..tak pasal2 satu malaysia merana terpaksa dgr suara cam bdk tak ...



tinger kaka masih berdengung kalo ingat balik sore dia yg x sedap tu
Quote ais_kosong 12-11-2013 07:50 AM
nana nana nana nano eh..
tahniah la yerk..
Quote yipun_78 12-11-2013 07:53 AM
urggghh masih terngiang2
Quote maxim 12-11-2013 07:58 AM
yipun_78 posted on 12-11-2013 07:53 AM
urggghh masih terngiang2

nahh..video official

[youtube]Iw8oatldl2w[/youtube]
Quote kak_jiebam 12-11-2013 08:03 AM
Itu baru LJ yg mengandung, kalau lisa surihani mengandung lagilah....
Mesti dia cerita gigit2 cili lah, siapkan sarapan suami la, tak boleh tidur lah, anak tendang perut lah
Quote suterabiru123 12-11-2013 08:06 AM
maxim posted on 12-11-2013 07:42 AM
sib baik dia tak kata nak menyanyi..tak pasal2 satu malaysia merana terpaksa dgr suara cam bdk tak ...

Hahaha baru nk ckp menda yg sama

Quote suterabiru123 12-11-2013 08:07 AM
kak_jiebam posted on 12-11-2013 08:03 AM
Itu baru LJ yg mengandung, kalau lisa surihani mengandung lagilah....
Mesti dia cerita gigit2 cili  ...

Xdpt bygkan kalu lisa..kompom kepi 24 jam ngan yuci...
Quote rosasa 12-11-2013 08:08 AM
kalau daging, biasanya boboy  
Quote tomet05 12-11-2013 08:44 AM
siankan alahan
Quote mitnick 12-11-2013 08:59 AM
nmpk sedap plak stik yg ditepek tue...
Quote kosukeconan 12-11-2013 09:32 AM
bagus.. mkn byk lg..merasa lh nak tgk dia gemuk nnti
Quote Dadadi 12-11-2013 09:34 AM
dia ni bdn kecik je...
msti cute bila perut da besar nanti...
Quote offwhite 12-11-2013 09:37 AM
sian nana dpt alahan terukzz...mkn stik...anak nanti muka kokosen kot...
Quote siputsedut 12-11-2013 09:37 AM
aku tak pregnant pon mengidam stik..
sedapye juicy steak...nyamnyam..
Quote azie.dz 12-11-2013 09:46 AM
mak aih..tak agak2 ngidam...ekekeeke

Lihat semua komen(250)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.220399 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top