CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan

25-9-2014 05:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7411| Komen: 22

Description: Sehubungan Itu Kata Liyana, Pengarah Drama Atau Filem Hendaklah Lebih Sensitif Terhadap Pelakon-Pelakon Wanita Yang Sudah Berkahwin Dengan Tidak Memberikan Mereka Watak-Watak Yang Tidak Sepatutnya.
Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan

PETALING JAYA:
Pelakon Liyana Jasmay melakukan transformasi diri selepas bergelar ibu dengan  menolak tawaran watak yang berkehendakkan dia memakai pakaian seksi dan bersentuhan dengan bukan muhrim.

Liyana, 25, berkata, walaupun suaminya Mohd Fathuddin tidak memberikan syarat itu, sebaliknya sebagai isteri orang, dia perlu peka agar pekerjaan yang dilakukan tidak menyentuh perasaan keluarga yang menontonnya.

"Walaupun suami tidak meletakkan  sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan  nanti.

"Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," ujarnya kepadamStar Online.

Liyana ditemui pada majlis pelancaran jubah rekaannya, Bella Liyana Collection di restoran  Terrace, The Curve, di sini pada Selasa.



Sehubungan itu kata Liyana, pengarah drama atau filem hendaklah lebih sensitif terhadap pelakon-pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan mereka watak-watak yang tidak sepatutnya.

Tambahnya, banyak contoh karya cinta tidak memerlukan para pelakon berpegangan tangan tetapi drama atau filem itu mendapat sambutran hebat daripada orang ramai.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 24-9-2014 12:48 AM
"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaituKapal Van Der Wijck. Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.

"Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan.

"Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan  sebarang syarat, pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas," ujar ibu kepada Sofia Arissa yang berusia empat bulan ini.

Sementara itu, mengenai rekaan jubah Bella Liyana Collection,  Liyana hanya mengambil masa dua minggu  menghasilkan busana tersebut  di bawah kolaborasi jenama pakaian muslimah Bella Ammara.

Liyana berkata, pada awalnya dia tidak terfikir untuk mencuba perniagaan fesyen muslimah, tetapi selepas ditawarkan untuk berkolaborasi bersama pemilik Bella Ammara iaitu Karl, dia terus terbuka hati.

"Bayangkan, projek ini dibincangkan dua minggu lalu dan pada pertemuan pertama kami sudah merancang rekaan jubah yang mahu ditampilkan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan.

"Dan pada pertemuan kedua, kami ke kedai kain mencari material dan manik sesuai.

"Alhamdulillah prosesnya dilakukan dengan cepat, malah kami juga telah membuat klip video khas untuk projek ini," katanya.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Quote LembingDayanti 24-9-2014 02:26 AM
aik asal takde org komen? mmmm


anyway semak ahh dia ni!
Quote Asdira 24-9-2014 02:40 AM
KLu LJ pakai tudung lagiii bagus.
Quote drivethru 24-9-2014 04:59 AM
Bagus la....muda-muda dah sedar diri dan beringat. Kena jaga air muka suami juga. Mmg dia x kisah, tapi sedara mara mesti mengata jugak. Berubah lah ke arah kebaikan sedikit demi sedikit..

Kadang2 aku geli tgk pelakon wanita yg tua2 yg berlakon berpengan tangan dan baring atas katil dgn pelakon lelaki lain. Mcm mak mah, mak ku dan pelakon tua nyanyok yg lain.
Quote makneng 24-9-2014 07:53 AM
eloklah tu...tp jgn hangat2 taik ayam je LJ oii
Quote hanie_z 24-9-2014 10:02 AM
Bagus la sedar. Dah jadi bini orang, jadi mak budak kena la bawak diri tu elok2 sikit.
Lagi bagus kalo LJ ni tutup aurat, lagi cantekk comeyy gituu..
Quote putehkundor 24-9-2014 10:17 AM
Tak yah berlakon terus pun tak pa LJ.

Fokus dgn bidang nyanyian dah....lama dah tak keluar single/album baru khuennnn...
Maxim dah rindu nak dgr alunan lunak merdu lontaran vokal  LJ yg mantappp
Quote kaklehot 24-9-2014 10:22 AM
jaga je anak & somi kat umah tu LJ..
Quote fuyupoktek 24-9-2014 10:27 AM
Good job liana smoga Allah mudahkan. Takpe slow2 nnti bleh tinggal tros
Quote tomet05 24-9-2014 10:27 AM
hamdalah  .. bagus untuk ermulaan
Quote mzzenma 24-9-2014 10:49 AM
Kalau belum kahwin pun tak boleh pegang2 juga. Bukan bila dah kahwin ja.
Tapi bagus lah kalau dah beringat. Jgn nnt terlupa pula.
Quote enchikfitz 24-9-2014 04:36 PM
Sendunye thread ni. Bertabahlah
Quote kejoraria 24-9-2014 04:52 PM
baguslah tu....jaga batas2 seorang isteri....harap pasni berhijrah lak
Quote xtahumenahu 24-9-2014 04:54 PM
haruslahhh...dah nak keluarkan pakaian muslimah...mestilah seiring uolsss
Quote duquesne 24-9-2014 05:00 PM
Pencen je la dari berlakon... husband pun businessman.. dah mampu yang tanggung family. Fokus je kat business butik tu..

Abih cerita.. berlambak dah pelakon lain yang bagus, atau yang kayu kayan..
Quote encikWawad 24-9-2014 05:25 PM
dudo je lah rumah - jaga anak
laki pun banyak duit - belakon kang banyak dosa
elok stay home buat pahala
Quote koliba 25-9-2014 10:50 AM
baguslah jaga batas...
satu lagi sila tutup aurat
Quote amirgo 25-9-2014 02:30 PM
suami dia jenis yg kuat jeles gak kan
Quote akificha 28-9-2014 08:49 PM
alhamdulilah..elok la tu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.119594 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top