CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Amy Search Muflis Kerana Dikhianati Kawan!

21-11-2013 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14521| Komen: 76

Description: Apa Yang Saya Kongsi Di Laman Facebook Adalah Luahan Rasa Hati Yang Saya Pendamkan Selama Beberapa Tahun Ini. "Luahan Saya Itu Hanya Sedikit Dan Masih Banyak Perkara Lain Belum Saya Luahkan," Jela ...
Kawan Khianat Amy (Search) Sehingga Muflis         

Amy

SHAH ALAM: Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri. Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.


"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya  dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. "Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.


Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave di sini, Rabu. Konsert bagi mengumpul dana Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) itu bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan  menampilkan barisan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.




Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009. Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.
Dalam pada itu, mengulas mengenai luahannya mengenai perkara itu di Facebook miliknya pada Rabu, Amy berkata tindakannya mendedahkan mengenai kemelut itu berlaku secara tiba-tiba.

Jelas Amy, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga timbulnya fitnah.

"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini. "Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan," jelasnya.

Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan. Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. "Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," katanya.

Malah kata Amy, dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

1

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mitnick 21-11-2013 02:38 AM
err... kisahnyaaaa.... kne khianat
Quote digitizer 21-11-2013 07:02 AM
Alahai.sian kt anak2 dia
Quote maxim 21-11-2013 07:10 AM
luahan hati di facebook







Quote Gegancu 21-11-2013 07:28 AM
aduyai idola.. malang nasib ko..
Quote RosesAre_Red 21-11-2013 07:39 AM
kesiannye
jadikan pengajaran
Quote ilya 21-11-2013 07:47 AM
Kesimpulannya :

Pakcik, kau berlagak sangat dengan peminat. Balik JB ronda-ronda org nak salam kau buat muka cemberut, org dah kuarkan camera, kau jalan terus cam takde perasaan.

kau bukak Restoran atas nama kau masuk paper, tapi kau pulak jarang masuk restoran tunjuk muka, walhal kebanyakkan yg nak makan tu kadang-kadang ada hati nak terserempak.

Pakcik, dah tahu usahasama, setakat sain cek jer, sapa suruh. Kepercayaan tu kenalah ada baki persen, takyahlah gunakan terus 100% tu.

Hidup kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah Pakcik. Semuanya yang berlaku ada melibatkan diri kita gak. Fe'el kawan tu kadang-kadang cuma sebagai perasa tambahan untuk kita merasa pahit getir hidup.

Kurangkan lagak, dah Pakcik memilih hidup sebagai artis, terimalah kenyataan yg sampai bila-bilapun peminat akan sibuk nak menyibuk dengan pakcik.

Sekian..
Quote hemoh2 21-11-2013 08:14 AM
ilya posted on 21-11-2013 07:47 AM
Kesimpulannya :

Pakcik, kau berlagak sangat dengan peminat. Balik JB ronda-ronda org nak salam ka ...

terbaikkk....
Quote batman_2007 21-11-2013 08:34 AM
Sakit woo kn tipu shabat baik. Ingtkn bca dlm cerita je. Bila dh kena. Sikit sbnyk ble memahami perasaan beliau ni. Bertabah la
Quote imanda 21-11-2013 08:48 AM
ilya posted on 21-11-2013 07:47 AM
Kesimpulannya :

Pakcik, kau berlagak sangat dengan peminat. Balik JB ronda-ronda org nak salam ka ...

ni mesti pminat panatik pakcik ni kan? kan? kan? tah la... sian pon ada... tp kengkadang btol jg... ap jd mst ad sbb... kena tgk balik dr kite ni dimana slh silapnya.... tazkirah di hari Khamis ye....
Quote zorro 21-11-2013 08:49 AM
Sendiri carik penyakit...sendiri tanggung ler
Quote aulya 21-11-2013 08:51 AM
kesian..
Quote awanindah 21-11-2013 08:58 AM
jalan terus ... amy search .. walau suara ngko dah tak se"gah" dulu ...

lagu baru dia "Di Bawah Gerbang Skea" sendu sedan sgt ..
Quote kenarikelabu 21-11-2013 09:05 AM
Dia ni mmg jenis cepat percaya dgn org...tu yg senang kena tipu.
Quote yayah8989 21-11-2013 09:17 AM
kesiann. ade la hikmah tu
Quote guesswho09 21-11-2013 09:18 AM
kebodohan sendiri lepas tu nak salahkan org lain pula
Quote AshkieLa 21-11-2013 09:19 AM
ramainyer artis yg muflis sekarang(walaupun org biasa pun ramai gak)... cuma mereka ni dikenali. So yg lain2 berhati hatilah...
- jangan dok sebok nak berjoli, berkereta mewah mengalahkan job offer..
- jangan nak sebok berbusiness bila tngok ramai yg buka business tp lepas tu jd sleeping partner kesudahannya melingkup..
- jangan rasa bila diri tu artis darjat ko dah upgrade mcm selangkah lagi je ke syurga...
Quote ilya 21-11-2013 09:24 AM
imanda posted on 21-11-2013 08:48 AM
ni mesti pminat panatik pakcik ni kan? kan? kan? tah la... sian pon ada... tp kengkadang btol jg.. ...

feminat? fanatik? Maaf.. Kakak cuma fanatik kat Semah Najib jer.. Retis-retis ni setakat wat gula-gula sakit tekak..

*giler eksen statement kakak puiii!! haha

Quote abgboroi 21-11-2013 09:33 AM
selalu artis jadi mangsa sebab mereka x faham ttg apa mereka sign...asal boleh masyuk sudah....akhirnya jadi begini...bukan amy search ajer...ramai lagi dah kena...
Quote biarle 21-11-2013 09:35 AM
dah lama tau dia bankrap........

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.185758 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top