CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tutor Dakwa Soalan Add Math Spm Bocor

25-11-2013 12:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18845| Komen: 141

Description: Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Memulakan Siasatan Berkaitan Aduan Kebocorankertas Soalan Matematik Dan Matematik Tambahan Bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) 2013.
Lembaga Peperiksaan siasat dakwaan kertas SPM bocor


Gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan memulakan siasatan berkaitan aduan kebocorankertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.


Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan di sini, hari ini tindakan susulan segera juga akan diambil selepas siasatan lengkap dijalankan.



Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Lembaga itu bertanggungjawab untuk mengurusdan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia.


Lembaga Peperiksaan sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi Arahan Keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.


Lembaga Peperiksaan sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh integriti.


Ini termasuk memberi taklimat peringatan dan amaran kepada semua petugas peperiksaan danpentadbir sekolah tentang pengurusan peperiksaan dan menyediakan Prosedur Standard Operasi serta Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan supaya petugas peperiksaan mematuhi prosedur pengurusan pusat peperiksaan.


Lembaga Peperiksaan turut menjalankan pemantauan pusat peperiksaan dan bilik kebal di seluruh negara sepanjang penghantaran kertas soalan dan tempoh peperiksaan, menubuhkan Pasukan 'Flying Squad' bagi mempertingkatkan langkah keselamatan sepanjang tempoh peperiksaan dikendalikan.


Ia juga menyediakan Bilik Gerakan Peperiksaan bagi menerima aduan dan maklum balas daripada pihak awam sepanjang peperiksaan dilaksanakan.


"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terbabit dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan untuk mematuhi segala prosedur yang ditetapkan demi menjamin keselamatan dan kewibawaan peperiksaan yang mempunyai kepentingan awam," menurut Lembaga Peperiksaan.


Lembaga itu juga menghargai keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memelihara integriti dan kredibiliti pengendalian peperiksaan itu.- BERNAMA
4

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 23-11-2013 05:56 PM
ceh klau soklan add math.... bocor ke ape ke ka... klau tak reti nak buat fail jugak.....
Quote aderaderker 23-11-2013 06:01 PM
Kalo sejarah ke subjek lain boleh la..
Add math??hapal jawapan n jalan kira skali ke???
Quote NIXAR 23-11-2013 06:03 PM
Mutakhir

Lembaga Peperiksaan siasat dakwaan kertas SPM bocor2013/11/23 - 17:49:31 PM


KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan memulakan siasatan berkaitan aduan kebocorankertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.


Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan di sini, hari ini tindakan susulan segera juga akan diambil selepas siasatan lengkap dijalankan.


Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Lembaga itu bertanggungjawab untuk mengurusdan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia.


Lembaga Peperiksaan sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi Arahan Keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.


Lembaga Peperiksaan sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh integriti.


Ini termasuk memberi taklimat peringatan dan amaran kepada semua petugas peperiksaan danpentadbir sekolah tentang pengurusan peperiksaan dan menyediakan Prosedur Standard Operasi serta Garis Panduan dan Senarai Semak Petugas Peperiksaan supaya petugas peperiksaan mematuhi prosedur pengurusan pusat peperiksaan.


Lembaga Peperiksaan turut menjalankan pemantauan pusat peperiksaan dan bilik kebal di seluruh negara sepanjang penghantaran kertas soalan dan tempoh peperiksaan, menubuhkan Pasukan 'Flying Squad' bagi mempertingkatkan langkah keselamatan sepanjang tempoh peperiksaan dikendalikan.


Ia juga menyediakan Bilik Gerakan Peperiksaan bagi menerima aduan dan maklum balas daripada pihak awam sepanjang peperiksaan dilaksanakan.


"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terbabit dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan untuk mematuhi segala prosedur yang ditetapkan demi menjamin keselamatan dan kewibawaan peperiksaan yang mempunyai kepentingan awam," menurut Lembaga Peperiksaan.


Lembaga itu juga menghargai keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memelihara integriti dan kredibiliti pengendalian peperiksaan itu.- BERNAMA
Quote dino 23-11-2013 06:06 PM
aderaderker posted on 23-11-2013 06:01 PM
Kalo sejarah ke subjek lain boleh la..
Add math??hapal jawapan n jalan kira skali ke???

tu la nak hafal amenda hahahah....
Quote shysari 23-11-2013 06:27 PM
Kalau betul soalan bocor..kena ambil test sekali lagi la...
Quote xAthenax 23-11-2013 06:43 PM
gila lah wey
dah lah ada budak pitam just prior to Add math haritu dekat sekolah
kesian anak kaka kena resit kalau  betul bocor..
Quote tinker_bell 23-11-2013 06:55 PM
pendapat i la kn..every year soalan2 exam ni saling berkait..perasan tak kalau buat past years paper..ade soalan yg keluar lebih kurang sama tp tahun lain2..time i spm i mmg perasan..sbb tu kalau sekolah sbp atau mrsm mmg dtekankn buat past years..akn ada soalan berulang..jd kalau benda tu famous..and cikgu tu pandai spot..untunglah..bkn nya sbb soalan bocor..kalau soalan bocor..akn dpt semua soalan dan sebijik..baru boleh claim bocor..
Quote md_nana 23-11-2013 06:58 PM
Cikgu tu kecoh laaaa... Hahahah
Quote chaintea 23-11-2013 07:02 PM
Hmm..dr zaman sekolah kuar rumors gini
Quote mak_wa95 23-11-2013 07:06 PM
biar soalan bocor..apa masalahnya...

oooooooo dia xleh cari makan le tewwww...
buat seminar spot soalan tak naik...
hahahah tahun depan oraang tak panggil dah dia...
miss ribu riban....
Quote Maideen. 23-11-2013 07:43 PM
Gomen servant biasa lah......... Bungkus kepala bukan main, kerja macam melayu - malas dan tak amanah!
Quote Muntz 23-11-2013 07:43 PM
Kitorg dulu soalan bocor tu takder, tapi waktu exam amali utk Fizik, Kimia n Biologi, mmg cikgu akan intai barang2 yg dihantar, pastu diorg akan predict apa soalan yg akan keluar berdasarkan radas2 dan barang2 yg disediakan tu.
Quote sayawifenikmie 23-11-2013 07:45 PM

..... nasib baik zaman anak saya ambil SPM takder soklan2 bocor .... tapi gigih jugaklah say amembayar rm200 kepada satu cikgu di online utk dapatkan soklan ramalan yang katanya tepat .. dan upah teksi rm250 hantar set soklan tu dari bangi ke kuala pilah .... haram tak keluar ...

Quote zehra2 23-11-2013 07:54 PM
bocor ke? padanlah budak SBPI dok komplen ada erata dlm paper maths hari tu.
berpeluh-peluh penyelia kawasan dtg sekolah nak confirmkan.
agaknya budak SBPI tu tgk tak sama dgn soklan yg depa dpt..

apa nak diherankan dgn kebocoran soklan. penggubal soklan tu pun cikgu jugek.. cuma tak tau soklan yg depa gubal masuk dlm set yg mana.
klu tidak, tak kan lah semua sekolah bertukar-tukar soklan dgn set-set negeri lain.
Quote rhodon 23-11-2013 07:56 PM
Muntz posted on 23-11-2013 07:43 PM
Kitorg dulu soalan bocor tu takder, tapi waktu exam amali utk Fizik, Kimia n Biologi, mmg cikgu akan ...

masa tu macam mana kamu buat amail? dlm kumpulan ke? satu kelas buat bersama?

Quote sayawifenikmie 23-11-2013 08:46 PM
Maideen. posted on 23-11-2013 07:43 PM
Gomen servant biasa lah......... Bungkus kepala bukan main, kerja macam melayu - malas dan tak ama ...


... amboiiii  ... mulut ... cabai kang .............




Quote noradaniez 23-11-2013 09:15 PM
anak aku kata dia ok jer kalu kena repeat paper tu.....nak menangis dia jawab add math ari tu, ada kawan dia siap nangis teresak2 masa paper add math,  kalu sejarah nak repeat balik pun dia kata ok..eke..ke..ke..ke
Quote Sulu_Ati 23-11-2013 09:32 PM
dino posted on 23-11-2013 05:56 PM
ceh klau soklan add math.... bocor ke ape ke ka... klau tak reti nak buat fail jugak.....

I agree with u!
Quote jaketbiru 23-11-2013 09:35 PM
Ya lah, termenung sorang2 lepas keluar dari dewan perperiksaan, anak i pun kata, soalan susah gilerrr....

eh eh, ada kene mengene ke dengan soalan bocor dengan apa yg aku komen nih???

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.119804 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top