CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Datuk Yusof Haslam Harap Rajuk Syamsul Reda Selepas Kahwin

22-1-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24204| Komen: 80

Description: Yusof Juga Dalam Pada Itu Meluahkan Rasa Risau Dengan Sikap Anak Lelakinya Itu Namun Sebagai Bapa, Beliau Cukup Memahami Dan Meletakkan Harapan Yang Tinggi Agar Syamsul Membuat Kemunculan Semula Selep ...



Penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam berharap rajuk hati anak lelakinya, Syamsul Yusof hilang selepas pengarah muda itu bernikah dengan gadis pilihan hatinya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menurut Yusof, 60, ekoran isu cetak rompak yang melanda filem KL Gangster 2 arahannya beberapa bulan lalu, sehingga kini Syamsul masih belum bersemangat untuk kembali semula ke dunia pengarahan filem.


"Sejak selesai pembikinan KL Gangster 2, sehingga ke hari ini dah dua tahun dia (Syamsul) tak buat filem. Dia masih rasa terkilan dan merajuk.
"Tapi buat masa ni saya pun faham keadaan dia. Tak apalah. Biar dia selesaikan dulu majlis perkahwinan dia. Mudah-mudah selepas bergelar suami nanti sikapnya akan berubah.

"Harap dia jangan lagi merajuk sebaliknya bangkit dari kekecewaan dan kembali bersemangat untuk mengarah semula", kata Datuk Yusof Haslam ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri kepolisan Gerak Khas musim terbaru, bertempat di Ibu Pejabat Balai Polis Bukit Aman, petang semalam.


Datuk Yusof Haslam.

Yusof juga dalam pada itu meluahkan rasa risau dengan sikap anak lelakinya itu namun sebagai bapa, beliau cukup memahami dan meletakkan harapan yang tinggi agar Syamsul membuat kemunculan semula selepas bergelar suami nanti.

Apatahlagi apabila beliau sebolehnya mahu bukan saja nak lelaki bongsunya, Syafiq, bahkan Syamsul turut meneruskan legasi empayar syarikat produksinya, Skop Productions dalam menghasilkan filem-filem bermutu tinggi.

Tambahnya lagi, beliau juga berharap drama Gerak Khas musim kali ini akan mendapat sentuhan Syamsul bagi beberapa episod seterusnya.
"Saya harap Syamsul boleh ambil alih untuk arah.

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wahiza 22-1-2014 08:58 AM
sol sol sol.....
Quote maxim 22-1-2014 09:01 AM
lawanya puteri sarah ni..
Quote salimrock 22-1-2014 09:04 AM
lama tak tgk gerak khas...

syafiq ni masa berlakon gerak khas dia pegang watak anak sarjan manan....sarjan manan tu tak igt la sapa nama pelakon dia..


ada sapa2 yg simpan koleksi gerak khas dari season 1 smpai yg terbaru?


he.he..


samsul je tak penah berlakon drama gerak khas...
Quote nazsh 22-1-2014 09:05 AM
Cantiknya puteri sarah patutpun sol terpikat
Quote salimrock 22-1-2014 09:06 AM
oh tak silap skrg ni roda2 kuala lumpur...

watak yg best dlm roda2 KL ialah roy azman...kopral karim..haha...


wa sangat mengkagumi drama2 usop haslam...bagi wa cerita dia setaraf jerry brukheimer CSI...
Quote aiskrimpelangi 22-1-2014 09:12 AM
udahla tu merajuk sol
Quote chickenwing 22-1-2014 09:14 AM
Dulu2....sebelum nama drama ni jadi Roda-Roda Kotaraya, nama dia Debu-Debu Kotaraya...tapi more fokus pada polis trafik...
Quote vionna007 22-1-2014 09:17 AM
pasni ni bini bole pujuk......
Quote setankuning 22-1-2014 09:17 AM
latest gerak khas ni ada afiq muiz kan?
tgk line up cam best je

aku suka drama2 polis nih
Quote salimrock 22-1-2014 09:31 AM
setankuning posted on 22-1-2014 09:17 AM
latest gerak khas ni ada afiq muiz kan?
tgk line up cam best je

harap2 watak anak AR tompel dikekal kan..sbg pemandu teksi yg berhemah.........
Quote stinger_attack 22-1-2014 09:37 AM
salimrock posted on 22-1-2014 09:04 AM
lama tak tgk gerak khas...

syafiq ni masa berlakon gerak khas dia pegang watak anak sarjan manan. ...

Rockerz lemah gemalai je nonton gerak Khas.......

Quote arira_arora 22-1-2014 09:38 AM
hurm....... udah3 la nk majuk....
Quote RedClip 22-1-2014 09:39 AM
jgn la mjuk lagi sol
Quote fifie_olin 22-1-2014 09:44 AM
padan btl dorang ni...
moga kekal bhagia
Quote poyohabis 22-1-2014 09:44 AM
anak yusuf haslam nie semua lelaki ke...
Quote edoraixora 22-1-2014 09:48 AM
jangan lah nk merajuk lame2....nanti ko jugak yg rugi
penonton kisah ape ko merajuk
Quote dubuk 22-1-2014 09:51 AM
perempuan yg cantik memang layak dipuji puteri sarah liyana memang sangat cantik
Quote redmoskito 22-1-2014 09:54 AM
dah merisik bila lg majlisnya
Quote maxim 22-1-2014 09:57 AM
dapat sek nnti ilang la rajuk tu

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.208052 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top