CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62589|Reply: 1513

Reaksi Rakyat Singapura Terhadap Ulasan Mahathir Mengenai Melayu Singapura

   Close [Copy link]
Post time 27-6-2010 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Dengan sistem pendidikan yang lebih baik, Melayu Singapura telah mencapai kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan kaum Melayu di Malaysia. Kami bekerja keras sehingga tahap hari ini dan tidak pernah terbongkok kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. Meritokrasi telah menjadi tolok ukur masyarakat kita...


NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Di Singapura, kita tidak terbongkok

Saya telah membaca laporan hari Selasa dengan penuh keprihatinan, 'Melayu Malaysia akan terbongkok kepada orang lain sekiranya... ', di mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah mendakwa walaupun Melayu Singapura menikmati segala faedah kerana hidup di negara yang lebih maju, namun mereka terpaksa 'terbongkok-bongkok' (kowtow) kepada orang lain.

Tun Dr Mahathir harus lebih peka terhadap perasaan Melayu di Singapura.

Sebagai seorang rakyat Singapora berbangsa Melayu, saya kini hidup dan kerja dengan aman bersama-sama dengan rakyat berbilang bangsa di Singapura, saya cukup tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau.

Pemimpin-pemimpin di Singapura telah bekerja keras untuk memupuk  perpaduan kaum, toleransi dan saling faham-memahami di antara kaum di Singapura sekian lama lagi. Hari ini, kita telah berjaya untuk hidup dan bekerja bersama seperti sebuah keluarga, dan kita telah menikmati segala manfaat daripadanya dan menjadi salah satu negara yang paling selamat dan maju di persanda dunia.

Pendapat Dr Mahathir terhadap Melayu Singapura iaitu menikmati segala manfaat kerana tinggal di sebuah negara maju adalah tepat, tetapi kami tidak pernah terbongkok kepada orang lain. Singapura yang terdiri daripada pelbagai bangsa merupakan sebuah masyarakat yang sihat dimana kami mempunyai perdebatan dan perbincangan yang sihat dengan kerajaan kita. Keputusan yang diputuskan oleh Kerajaan setelah menerima maklum balas daripada warganya, adalah dihormati oleh semua kerana kita percaya keputusan itu adalah keputusan yang terbaik bagi Singapura.

Melalui sokongan masyarakat dan sikap bekerja-keras, mahasiswa Melayu di Singapura telah mengecapi keputusan yang baik walaupun di mana-mana ujian nasional. Prestasi tersebut telah dirayakan bersama oleh semua rakyat Singapura.

Dengan sistem pendidikan yang lebih baik, Melayu Singapura telah mencapai kehidupan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan kaum Melayu di Malaysia. Kami bekerja keras sehingga tahap hari ini dan tidak pernah terbongkok kepada orang lain untuk mencapai sesuatu kejayaan. Meritokrasi telah menjadi tolok ukur masyarakat kita. Sistem Merit telah berjaya di Singapura, tetapi ia mungkin tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Saya selalu menyeberangi selat untuk datang ke Malaysia kerana saya memiliki ramai saudara-mara, teman-teman dan rakan perniagaan dari semua bangsa di Malaysia. Selama bertahun-tahun saya perhatikan, untuk kaum minoriti yang ingin berjaya di Malaysia, mereka terpaksa bongkok kepada orang lain.

Malangnya, Melayu Malaysia sekiranya tidak mempunyai hubungan, atau gagal untuk berkongsi potensi mereka dengan  'orang yang tepat', maka mereka tidak mudah untuk berjaya. Kemungkinan kronisme dan rasuah merupakan masalah utama yang harus dibanteras oleh Dr Mahathir di negaranya sendiri.

Saya, sebagai warga Melayu Singapura, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin saya. Anda telah berjaya untuk menjadikan Singapura sebagai sebuah tempat yang menarik dan terbaik untuk saya dan keluarga saya berhidup secara aman.

Mustaffa Othman


"Seperti orang lain, Melayu Singapura telah bekerja keras untuk membuahkan hasil dalam sistem meritokrasi."

MR AHMAD Abu Bakar: "Saya sangat tidak bersetuju dengan ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad itu. Seperti orang lain, Melayu Singapura bekerja keras untuk menikmati manfaat dalam sistem meritokrasi. Mereka tidak dilahirkan dengan hak istimewa, kuota dan peluang yang 'tidak adil'. Lulusan Melayu Singapura dari universiti sebagai doktor, jurutera dan saintis, dapat bertanding dengan orang lain kerana mereka telah berusaha sendiri untuk membuahkan hasil."


"Orang Melayu di Singapura berganding bahu dengan warga Singapura lain. (bangsa lain)"

MR Niaz Mohamed: 'Kemakmuran Singapura merupakan hasil daripada kestabilan dalaman iaitu kehidupan yang harmoni antara bangsa dan antara agama. Seorang bukan Muslim boleh melawat masjid mana saja di Singapura, di mana mereka bukan sahaja akan disambut dengan penuh keramahan, tetapi juga diberi tunjuk. Begitu juga, seseorang dapat mengunjungi rumah ibadah lain jika dia berpakaian sederhana dan akan menerima keramahan yang sama. Orang Melayu di Singapura telah berjaya dalam segala bidang dan berganding bahu dengan rakyat Singapura yang lain."


"Warga Singapura yang terdiri dari latar belakang etnik yang berbeza telah mengharung satu jalan yang jauh sejak tahun 1965."

MR orang Jeffrey Law: 'Sebahagian besar menganggap ulasan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya satu retorika politik. Warga Singapura yang terdiri dari latar belakang etnik yang berbeza telah mengharung satu jalan yang jauh sejak tahun 1965, telah memperkenalkan sistem meritokrasi dalam segala aspek: pendidikan, pekerjaan dan status sosial. Apa yang paling penting ialah kemampuan kita untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam masa yang singkat kerana usaha bersepadu dan pengorbanan dari semua rakyat Singapura - Cina, Melayu, India dan lain-lain. "

The Straits Times (SINGAPORA)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2010 09:19 AM | Show all posts
kutty mahader ni nak komen depan makcik2 melayu kampung kat mesia boleh la... dgn warga urban dimesia dan spore,... kata2 dia tak laku...
kutty ni cam berahim ali je.. JAGUH KAMPUNG bak kata KJ

prrrrrtfhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:26 AM | Show all posts
kutty ni ingat pemikiran melayu urban spore dan mesia ni sama cam pemikiran melayu kampung UMNO kat kedah tu kot....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:32 AM | Show all posts
jawa jawa johor yg merempat kat spore tu kutty tak nak komen apa2 ke??? kesian org spore.. terpaksa melayan kerenah pendatang2 mesia mencari rejeki tempat org
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:33 AM | Show all posts
kutty ni nak cakap... busuk2 kerajaan kami.. asalkan kerajaan melayu isle.. kita ok laa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:34 AM | Show all posts
dulu Tun ckp kt s'pore xde jawatan tinggi tentera utk melayu...tup tup baru2 ni ade melayu jd jeneral...watever coming out from Tun's mouth bout s'pore,its full of bitter jealousy....x ubah cam org indon yg meroyan cemburu kt m'sia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2010 09:36 AM | Show all posts
dulu Tun ckp kt s'pore xde jawatan tinggi tentera utk melayu...tup tup baru2 ni ade melayu jd jenera ...
kecimpret Post at 27-6-2010 09:34



    jeneral?name ape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:36 AM | Show all posts
kuttty tak mo org melayu terbongkok bongkok.. alahai kutty... dia tak tau gomen melayu umno dok terbongkok2 merayu pelabur spore melabur kat iskandar... terbongkok2 suruh warga spore beli hartanah kat johor... terbongkok bongkok nak yakinkan warga spore yg pekan johor ni selamat dan bebas jenayah katanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2010 09:41 AM | Show all posts
jeneral?name ape?
shazuyi. Post at 27-6-2010 09:36



    From 1st July, Colonel Ishak bin Ismail caps his 28 years with the Singapore Armed Forces by being the first Malay to attain the rank of brigadier-general. The first Malay one-star general is clearly one for the history books, but the question remains whether it will be the only star shining for the foreseeable future.

The Straits Times lauded the promotion of the current Commander of 6th Division as “a milestone in Malays’ efforts to be fully accepted in the military”; it was only in 1987 that another brigadier-general doubted the loyalty of Malay soldiers by virtue of their religion: “If there is a conflict, we don’t want to put any of our soldiers in a difficult position where his emotions for the nation may be in conflict with his emotions for his religion … We don’t want to put anybody in that position where he feels he is not fighting a just cause, and perhaps worse, maybe his side is not the right side.” (Then-BG (Res) Lee Hsien Loong, who was also then Second Minister for defence.)


dia bukan mamak
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:42 AM | Show all posts
dulu Tun ckp kt s'pore xde jawatan tinggi tentera utk melayu...tup tup baru2 ni ade melayu jd jenera ...
kecimpret Post at 27-6-2010 09:34



    yg penting jeneral melayu tu jadi jeneral bukan kerana quota... mmg dia layak jadi jeneral

lain la kat mesia.. asal sokong UMNO, melayu... bodoh pon leh jadi ketua..ketuanan melayu beb
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:43 AM | Show all posts
jeneral?name ape?
shazuyi. Post at 27-6-2010 09:36



    spore bukan cam mesia... kat mesia.. asal melayu, pastu kaki bodek UMNO.. bodoh cam Abu sah pon leh jadi NC university cam ITM tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:43 AM | Show all posts
From 1st July, Colonel Ishak bin Ismail caps his 28 years with the Singapore Armed Forces  ...
kecimpret Post at 27-6-2010 09:41



   yang tu first eh?malaysia bukan melayu dah ramai dah jadik!mejar jeneral dalam atm dah bpe ramai.tu jeneral dua bintang.kalu kat pdrm chinese pun dah jadik 3 bintang.singapore baru sorang?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:46 AM | Show all posts
yang tu first eh?malaysia bukan melayu dah ramai dah jadik!mejar jeneral dalam atm dah bpe  ...
shazuyi. Post at 27-6-2010 09:43



    yg cina... jadi macai MCA.gerakan.. leh la jadi mejar jeneral... cuba sokong pembangkang.. title datukship dari sultan johor pon leh kena tarik...prrrrfthhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:47 AM | Show all posts
yg cina... jadi macai MCA.gerakan.. leh la jadi mejar jeneral... cuba sokong pembangkang.. ...
peYno Post at 27-6-2010 09:46



   negeri lain pun penah tarik gelaran gak ape!bukan pasal politik pun!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:48 AM | Show all posts
yang tu first eh?malaysia bukan melayu dah ramai dah jadik!mejar jeneral dalam atm dah bpe  ...
shazuyi. Post at 27-6-2010 09:43



dah citer pasal malaysia lg ramai jeneral cina plakkkkkkkk...pusing jgn x pusing
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:49 AM | Show all posts
dah citer pasal malaysia lg ramai jeneral cina plakkkkkkkk...pusing jgn x pusing
kecimpret Post at 27-6-2010 09:48



   ang tu pusing mana kecimpret!singapore dah lame wujud baru ade seorang bridiger jeneral melayu!tu ang kagum tu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2010 09:50 AM | Show all posts
negeri lain pun penah tarik gelaran gak ape!bukan pasal politik pun!
shazuyi. Post at 27-6-2010 09:47



    yelah.. tapi negeri jawa bertendang luct datukship sebab merajuk chua masuk PKR.. alahaiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:51 AM | Show all posts
ang tu pusing mana kecimpret!singapore dah lame wujud baru ade seorang bridiger jeneral mel ...
shazuyi. Post at 27-6-2010 09:49


so btul laaa Tun ckp s'pore xde jeneral melayu yer?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:53 AM | Show all posts
Berani melayu2 singapork tu nak sokong ckp mahadet??nak kena??
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 09:56 AM | Show all posts
Berani melayu2 singapork tu nak sokong ckp mahadet??nak kena??
FaithNoMore Post at 27-6-2010 09:53



    tak yagh melayu spore.. melayu mesiapon dah tak layan dah org tua ni... dulu pak lah tong sampahkan je pendapat tua kutuk kutty ni...prrrfthh.. nazri dok kata kutty ni gila..prrrfthhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 7126 Replies : 24
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 64087 Replies : 725
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 260382 Replies : 6569
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76577 Replies : 3169
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12566 Replies : 49
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5687 Replies : 27
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11558 Replies : 108
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga harga USD100,boleh bayar melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay,pelan pembayaran ansuran.
YgBenarPaderi Kristian jual lot tanah di syurga
Views : 8313 Replies : 10
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 28082 Replies : 171
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117599 Replies : 1560

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.084653 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list