CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: truememe

Pelakon bergelar Datuk tampar polis, tendang orang awam

    [Copy link]
Post time 24-1-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas dibebaskan dari tahanan remam dengan jaminan RM3,000 untuk setiap dakwaan yang dikenakan ke atas dirinya, Farid Kamil kini nampaknya sudah bersedia untuk menceritakan apa sebenarnya yang terjadi .. atau tidak?

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Farid Kamil memuatnaik sekeping gambar dirinya memegang laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara — namun tidak mendedahkan isi kandungan laporan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
IG Kosmo :

Police report dikatakan utk membenarkan his brother utk ambil barang personal di rumah di Damansara
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 24-1-2018 06:48 PM
IG Kosmo :

Police report dikatakan utk membenarkan his brother utk ambil barang personal di rumah ...

So betul lah spekuan forumers DD dgn dia x ok
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 07:32 PM | Show all posts


Teka-teki laporan polis pelakon Datuk Farid Kamil terjawab apabila satu sumber mendedahkan kepada akhbar Kosmo! bahawa ia tidak ada kena mengena dengan sebarang kes jenayah.

Sebaliknya, laporan tersebut dibuat berhubung hal rumah tangga dengan isterinya, Datin Diana Dianelle, 27.

Menurut sumber tersebut, Farid, 37, memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari untuk masuk ke kediaman di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba tersebut turut memaklumkan di dalam laporan itu bahawa kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan.

“Tujuan Farid membuat laporan polis ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya sebarang tindakannya termasuk membenarkan adiknya memasuki rumah tidak dianggap menceroboh.

“Mengenai anak-anaknya pula, laporan tersebut membuktikan dia tidak melarikan mereka daripada jagaan Diana,” ujar sumber tersebut.

Laporan tersebut juga bukan dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, sebaliknya di Balai Polis Pantai, Lembah Pantai pada 18 Januari lalu.

“Farid telah membuat laporan awal di Balai Polis pada 18 Januari lalu, namun kes itu dirujuk ke Balai Polis Damansara kerana berdekatan dengan kediamannya,” tambah sumber tersebut lagi.

Sekitar pukul 1.40 petang tadi, Farid memuat naik sekeping gambar di Instagram sambil memegang laporan polis berlatar belakangkan Balai Polis Mutiara Damansara.

Status yang dimuat naik itu mendapat perhatian peminat serta rakan artis yang dilihat memberi sokongan kepadanya.

Sebelum itu, Farid dilihat mula aktif di laman sosial berkenaan sejak dua hari lepas dengan mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu yang sedang bersiaran di Astro Ria sejak 15 Januari lalu.

Terdahulu, Farid menggemparkan dunia hiburan apabila dia menampar seorang anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor pada 11 Januari lalu, selain disahkan positif dadah jenis ganja.

Farid, yang sebelum itu ditahan reman selama lima hari bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5  Mac hadapan untuk sebutan semula kes.

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apesal gaya pegang police report sampai begitu sekali? Eh bukan police report la kot kan..surat keizinan ke cemana tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
SummerAutumn replied at 24-1-2018 07:51 PM
Apesal gaya pegang police report sampai begitu sekali? Eh bukan police report la kot kan..surat keiz ...

ntahnya, jari tunjuk2 cam tu ngan caption yg @.@

ni nak salahkan DD la tu kekonon sbb DD la dia stress pastu mendadih..

perjuangan bla3..bongok betul jantan ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Penerbit tak gentar ugutan saman Farid Kamil

farhana@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Penerbit dan novelis popular tanah air, Siti Rosmizah Semail tidak teragak-agak untuk menyaman aktor, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu (LKC).

Siti Rosmizah mendakwa, sikap tidak berdisiplin aktor terbabit menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika menghasilkan drama arahan Jalena Rejab dan Along Kamaluddin itu.

"Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.

"Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa.

"Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi.

"Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya," katanya kepada BH Online.

Siti Rosmizah yang juga penerbit bersama drama rantaian 7 Hari Mencintaku, berkata aktor berkenaan sudah menghantar beberapa tuntutan kepada pihak peguamnya.

"Selain isu air kotor yang dibangkitkan, saya juga menerima tuntutan daripada peguam Farid yang mendakwa anak guamnya diminta membuat aksi lasak membahayakan nyawa ketika penggambaran LKC.

"Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa? Mungkin saya baru lagi sebagai penerbit, namun saya guna dua pengarah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini dengan terus membuat kenyataan balas. Jika benar Farid ingin saman, saya sudah bersedia. Saya mempunyai latar belakang sebagai peguam, jadi saya sudah mengumpul segala bukti yang ada," katanya.

Terdahulu, BH Online melaporkan, Farid memuat naik perkongsian di laman sosial Instagramnya, menyatakan beliau mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya, tanpa menyebut individu dimaksudkan.

Perkongsian itu menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan netizen, apatah lagi apabila beliau memegang dokumen yang kelihatan seperti sebuah laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada laporan polis dari Farid Kamil

PETALING JAYA: Polis Daerah Petaling Jaya menafikan menerima laporan polis oleh pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata semakan di Balai Polis Mutiara Damansara setakat petang tadi mendapati tiada laporan, seumpamanya dibuat penama terbabit.

Malah katanya, tiada juga laporan dibuat di mana-mana balai polis dalam Daerah Petaling Jaya.

"Semakan setakat hari ini, tiada laporan polis dibuat penama terbabit di Balai Polis Damansara atau mana-mana balai dalam pentadbiran Petaling Jaya.

"Bagaimanapun, dia ada membuat satu laporan dalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 18 Januari lalu, tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Kolej Universiti Saito di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Difahamkan, laporan dibuat Farid Kamil itu bagi memberi kebenaran kepada adiknya untuk mengambil beberapa barang peribadi beliau dan dua anaknya di rumahnya di Tropicana, Damansara.

Terdahulu, BHOnline melaporkan Farid Kamil berkongsi sekeping gambar di akaun Instagram miliknya menunjukkan dia memegang sekeping kertas dipercayai laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara.

Dalam kapsyen gambar yang dikongsi itu, dia turut menyatakan mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya tanpa menyebut individu dimaksudkan.

Pada masa sama, beliau turut berharap masyarakat dapat mendoakan supaya perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu mampu ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Farid ketika dihubungi BH Online menerusi aplikasi WhatsApp, cuma menjawab: "Jumpa di mahkamah esok pagi untuk maklumat seterusnya."

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/380115/tiada-laporan-polis-dari-farid-kamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SummerAutumn replied at 24-1-2018 07:51 PM
Apesal gaya pegang police report sampai begitu sekali? Eh bukan police report la kot kan..surat keiz ...

Police report la tu. Tengok format.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 24-1-2018 07:32 PM

Ok, mohon bercerai dengan jayanya. Dari dulu lagi DD deserves better.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 24-1-2018 10:06 PM
Police report la tu. Tengok format.

Aah betul gak, baru tgk balik hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
botol_purple replied at 24-1-2018 04:10 PM
Tapikan banyak kali aku teserempak dia,  tiap kali teserempak tu bukan stakat 5minit,  bjam pon pe ...

Aah..member i pon ckp fk ni jenis pendiam...xbyk cakap pon..buat hal die je... mcm ntah...mcm die xhirau sgt kat org sekelilig die...member i kate lah... fk ni jenis xbyk ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:19 AM | Show all posts
truememe replied at 24-1-2018 09:58 PM
Penerbit tak gentar ugutan saman Farid Kamil

farhana@bh.com.my

akak loyar ni mmg pandai bela diri dia. lepas ni kita  tgk kebenarannya pula. mcm2 cite dari 2 belah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
truememe replied at 24-1-2018 10:01 PM
Tiada laporan polis dari Farid Kamil

PETALING JAYA: Polis Daerah Petaling Jaya menafikan menerima ...

Tunjuk gambar beriya dekat ig ghupenya sekadar buat polis cover report untuk masuk rumah ambil barang dia dan anak2. Sembang kemain. Gaduh dengan bini sampai ke polis kekdahnya. Dasar dadih!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 07:55 AM | Show all posts

sesuatu je aku tgk pic die pgang police report dgn gaya gituh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Choyyy!
Gaduh dgn bini sampai buat gaya gitu apakehal?
Yo yo oo je org speku mcm2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 08:17 AM | Show all posts
knp aku rasa fk ni dari dulu mmg poyo n keras pale
sory fk
i cuba nak husnuzon dlm kes tgkap polis tu

dan knp aku rasa fk yg dpt jaga anak2 kalau dia dgn dd bpisah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 24-1-2018 10:22 PM
Aah..member i pon ckp fk ni jenis pendiam...xbyk cakap pon..buat hal die je... mcm ntah...mcm die  ...

Ye begitulah.. Tp ini cuma apa yg me botol nampak depan matalah..tapi botol xkenal beliau personally.
Oo lupe,  org kata mukanya macam kawah bulan,  tapi botol tengok xdla mcm kawah bulan,  teruk na perumpamaan. Mmg ada bekas jerawat tapi tidak lah tidak terjaga kulitnya.  Elok je bersih.  Kalau kawah bulan,  pada botol macam kulit muka jalil hamid,  parut yg tak terkendali.  Bukan sebab warna kulit tapi perumpamaan parut  yg botol maksudkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 24-1-2018 10:22 PM
Aah..member i pon ckp fk ni jenis pendiam...xbyk cakap pon..buat hal die je... mcm ntah...mcm die  ...

iol penah bbrapa kli trserempak heol. last 2tahun lps tp skejap jer. bnyk jgk tgok heol brsembng msa melepak dgn member2 heol kt kdai mkn kt a.star tu. tp 10 tahun lps iol smpat tgok heol bbrapa hari msa prsiapn ffm kt uni 3 hari brtrut2. tiap kli lps hbis klas iol pegi mlepak tgok prsiapan event tu. fk galak ok dgn que haidar n bbrapa retis lain lg. brlari main kejar2 n brgurau mcm nk sruh org tgok heol knon2 hppy go lucky la msa anugerah brlgsung pndai plk heol buat2 macho
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 10:03 AM | Show all posts
DD ni berlakon dalam gol & gincu 2 ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.519492 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list