CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pangtujuh

Kenduri Arwah, tahlil & Amalan Kematian

[Copy link]
Post time 12-5-2010 06:02 PM | Show all posts
yg menguatkan akal saya sendiri dalam bab transfer pahala ni,  pahala haji boleh ditransfer utk si mati....kita boleh upah orang or buat sendiri utk ahli keluarga yang telah mati/tua keuzuran...
sunsuria3 Post at 11-5-2010 08:04


klu semata2 guna dalil ni ada baiknya kita set up company utk hire ex-pelajar2 maahad utk tujuan upah baca quran, upah solat sunat, upah buat umrah dan lain2 lagi supaya pahala boleh ditransfer kpd si mati.  why not? sbb pahala memang boleh transfer kpd org mati. Hujahnya yg paling jelas: sedangkan haji pun boleh diupah & pahalanya ditransfer terus, maka ikut hukum kiasnya upah baca quran/solat sunat pun pahalanya ternyata boleh ditransfer juga. Begitulah pd pemahaman sy.  

Skrg ni pun dah bercambah company2 swasta upah haji. It is a very good business indeed. Selain dari upah haji why not this company expand business kpd upah baca Quran & upah solat sunat juga. Klu kita sayang tok nenek kita maka why not kita keluarkan duit utk business transfer pahala kpd si mati. Indirectly ekonomi org islam pun boleh maju. ini bukan jenaka ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2010 09:17 PM | Show all posts
bukan kah lebih baik kita berbincang dengan cara berhemah...

cuba teliti situasi ni pulak

Imam Abu Daud, Tirmizi dan al-Baihaqi meriwayatkan hadis yang menceritakan tentang Saidina Ali bin Abi Talib;

أنه يضحي بكبشين عن النبي(صلى) و كبشين عن نفسه و قال : إن رسول الله(صلى) أمرني أن أضحي عنه أبدا فأنا أضحي عنه أبدا
“Bahawa ia (yakni Ali r.a.) menyembelih korban dengan dua ekor biri-biri bagi pihak Nabi s.a.w. dan dua ekor bagi pihak dirinya sendiri dan ia berkata; ‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menyuruhku agar menyembelih korban untuknya selama-lamanya, maka akupun menyembelih korban bagi pihaknya selama-lamanya (yakni selagi aku hidup)”.

Kata Imam al-Baihaqi; jika sabit hadis ini maka ia menjadi dalil sahnya menyembelih korban bagi pihak orang yang telah mati.[3]

Selain itu, jika seseorang menyembelih korban untuk dirinya dan mensyaratkan pahala korban itu untuk orang lain (yakni memasukkan orang lain dalam pahalanya), maka ini adalah harus.[10] Inilah yang dapat difahami dari hadis Saidatina ‘Aisyah r.a. tadi yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. menyembelih binatang korban dan mendoakan koran itu untuk dirinya, ahli keluarganya dan umatnya di mana baginda berkata tatkala menyembelih binatang korban itu;

بِاسْمِ اللهِ، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ
“Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah ini dari Muhammad dan ahli keluarga Muhammad serta dari umat Muhammad”.
(Riwayat Imam Muslim)

hmmm:re:   nabi saw transfer pahala utk umatnya?? kita tak blh transfer pahala utk orang tua kita? or ahli keluarga yang lain??
ali ra transfer pahala utk nabi saw..boleh kan...sbb ada wasiat..so saya pun akan buat wasiat kpd anak2 saya khatamkan quran utk saya, sedekahkan utk saya..boleh tak?

kata ust nak beramal kita mesti yakin, saya bukan upah orang lain saya buat sendiri

again sekadar bertanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 09:50 PM | Show all posts
cuba baca ni pulak
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut:
أن الصدقة عن الميت تنفع الميت ويصله ثوابها ، وهو كذلك بإجماع العلماء ، وكذا أجمعوا على وصول الدعاء وقضاء الدين بالنصوص الواردة في الجميع ، ويصح الحج عن الميت إذا كان حج الإسلام ، وكذا إذا وصى بحج التطوع على الأصح عندنا ، واختلف العلماء في الصواب إذا مات وعليه صوم ، فالراجح جوازه عنه للأحاديث الصحيحة فيه . والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله ثوابها ، وقال جماعة من أصحابنا : يصله ثوابها ، وبه قال أحمد بن حنبل . وأما الصلاة وسائر الطاعات فلا تصله عندنا ولا عند الجمهور ، وقال أحمد : يصله ثواب الجميع كالحج

Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah untuk mayat bermanfaat untuknya dan sampai pahala kepadanya, ini merupakan ijma’ ulama. Demikian juga para ulama telah bersepakat (ijma’) sampainya doa dan pembayaran hutang berdasarkan nas yang ada dalam semua keadaan ini. Dan sah juga haji utk mayat, demikian juga jika simayat berwasiat melakukan haji sunat untuknya berdasarkan pendapat yang lebih Asah di sisi kami. Para ulama pula berbeza pendapat tentang orang yang meninggal dunia sedangkan dia masih ada qadha puasa, pandangan yang rajih di sisi kami harus berpuasa untuk mayat berdasarkan hadith yang sahih tentangnya. Manakala pandangan yang masyhur di dlm mazhab kami, membaca al-Quran tidak sampai pahalanya (kepada mayat),
sebahagian ulama dalam mazhab kami pula berpendapat sampai pahala bacaan tersebut, ini juga pandangan Ahmad bin Hambal, adapun solat dan amalan-amalan ketaatan yang lain, di sisi kami dan jumhur (majority ulama) tidak sampai sedekah pahalanya, dan Ahmad berkata sampai pahalanya sama seperti haji.”

Berdasarkan perkataan al-Imam al-Nawawi ini menunjukkan sedekah pahala bacaan kepada mayat tidak sampai, dan inilah pandangan yang masyhur dalam mazhab al-Syafie. Jester itu, jika sedekah pahala bacaan kepada mayat tidak sampai, maka sedekah pahala bacaan kepada orang hidup LEBIH TIDAK SAMPAI
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 09:51 PM | Show all posts
CONT

Cuma pernah ditanya kepada Dr. Khalid bin Aliy al-Musyaiqih (Anggota lembaga Tadris, Uni. Al-Qasim) tentang sedekah pahala amalan kepada orang yang masih hidup, jawapan beliau adalah seperti berikut:

إهداء القربات للأحياء أو الأموات يصل أجرها للمُهدَى إليه إن شاء الله تعالى، ويدل لهذا حديث عائشة - رضي الله عنها- أن رجلاً قال للنبي -صلى الله عليه وسلم- إن أمي افتلتت نفسها، وأراها لو تكلمت تصدقت، أفأتصدق عنها، قال النبي - صلى الله عليه وسلم-: "نعم تصدق عنها" البخاري(1388)، ومسلم (1004)، والأحاديث في هذا كثيرة جداً، فيصل ثواب القربة للمهدى إليه إن شاء الله.

لكن هذا من قبيل المباح، والسنة أن يدعو له، لحديث أبي هريرة - رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم- قال: "إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة وذكر منها: أو ولد صالح يدعو له" مسلم(1631)، ولم يقل النبي - صلى الله عليه وسلم- يعمل له أو يتصدق عنه أو يصوم أو يصلي، فالخلاصة أن إهداء القربة يصل أجرها إن شاء الله، لكنه من قبيل المباح، والسنة والمشروع هو الدعاء.
Maksudnya: “Menghadiahkan pahala kepada orang yang hidup atau yang telah mati sampai pahalanya kepada mereka insyaallah, ia dibuktikan berdasarkan hadith ‘Aisyah r.a.: Seorang lelaki yang betanya kepada Nabi S.A.W.: ‘Sesungguhnya Ibu-ku telah meninggal dunia secara mengejut, dan saya melihat jika dia mengatakan hendak bersedekah, dia pasti akan bersedekah, maka apakah boleh aku bersedekah untuknya? Jawab Nabi S.A.W. : “Ya, bersedekahlah untuknya.” (al-Bukhari 1388 dan Muslim 1004). Dan hadith dalam perkara ini banyak, maka insyaallah sampai pahala sedekah kepada mereka.
Akan tetapi ini dari sudut keharusan (yakni apakah harus mensedekahkan pahala kepada orang yang masih hidup atau yang telah mati), sedangkan sunnahnya adalah berdoa untuk mereka berdasarkan hadith Abu Hurairah R.A. sabda Nabi S.A.W.:“Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara, dan salah satunya yang baginda sebut ialah doa anak soleh yang mendoakannya untuknya, (Muslim 1631), dan Nabi S.A.W. tidak menyebut pula (anak soleh) yang melakukan amalan untuknya atau bersedekah pahala untuknya atau melakukan puasa dan mendirikan solat untuknya. Maka kesimpulannya, menghadiahkan pahala amalan qurbah insyaallah sampai (kepada orang yang dihadiahkan pahalanya), akan tetapi ia hanya dari sudut keharusan. Sebaliknya berdasarkan sunnah dan yang disyariatkan adalah doa (untuk mereka).
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 10:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 12-5-2010 22:11

Reply 278# sunsuria3


salam saudari sunsuria saya sudah ceritakan asbabul wurud bg hadis tersebut. dah baca?

dlm post # 248.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 10:25 PM | Show all posts
kata ust nak beramal kita mesti yakin, saya bukan upah orang lain saya buat sendiri

sunsuria3 Post at 12-5-2010 21:17


upah org lain baca Quran pun apa salahnya klu kita ada duit lebih. ini berpandukan kpd dalil upah haji.  indirectly boleh mengembangkan bisnes org islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2010 10:31 PM | Show all posts
Kata Imam al-Baihaqi; jika sabit hadis ini maka ia menjadi dalil sahnya menyembelih korban bagi pihak orang yang telah mati.[3]
sunsuria3 Post at 12-5-2010 21:17


mungkin agaknya kita dah salah sangka dgn kumpulan2 umat islam yg sembelih kambing di kubur keramat pulau besar melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 10:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 12-5-2010 22:45

bismillah....

perlu diingat, bagi pengikut mazhab syafiee, yg rata2 terikat dgn mazhab, yakni kalo syafiee maka semua pakai syafiiee saja....maka sepatutnya anda ikut pendapat syafiee dlm hal ini....
sy sarankan kerana pendapatnya dlm hal ini adalah sesuai dgn sunnah rasul....walopun sy bukan taksub syafiee...namun pendapatnya tentang tahlil ini benar...

boleh rujuk kitab imam syafiee yg terkenal iaitu al-umm...

atau rujuk bloghttp://hilabiyus.multiply.com/journal/item/107
( sebagai seorang yg bertanggungjawap , sy menyarankan agar merujuk kita secara terus kepada kitab asal, kerana blog2 dari mana2 pihak tidk boleh dipastikan kesahihannya kerana byk copypaste dari blog sehingga tulisan berlambak2 dan tak efektif yakni tidak memberi kesan)

contoh blog utk pautan segera.
http://hilabiyus.multiply.com/journal/item/107



perlu diingat, yg menyatakan boleh sampai pahala bacaan Quran adalah dari imam hambali dan imam yg dikatakan imam wahabie sendiri yakni ibnu taimiyah, namun prinsip salaf ialah mengambil pendapat yg lebih tepat kepada sunnah rasul yakni pendapat imam syafiee....dan kami tidak teragak2 utk melepaskan pendapat ibnu taimiyah dlm hal ini walopun dia dikategorikan sebagai imam wahabie....

kerana sifat  taksub pada seseorang bukanlah sifat utk kebenaran....kalau kita yakin seseorang tu boleh buat khilaf, maka kita terima yg benar dan kita jgn terima yg salah....

bukannya kita menyalahkasn smua pendapat seseorang kerana dia salah satu perkara....

atau betulkan semua pendapat seseorang hanya kerana dia ustaz atau imam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2010 10:42 PM | Show all posts
betul2 nak tahu fatwa tentang business transfer pahala bacaan Quran ni sbb benda ni adalah peluang utk org islam nak buat bisnes halal. ni consider business opportunity sbb market org islam sgt besar. Company2 spt ni perlu dibuat dgn lebih sistematik supaya takda pelanggan yg kena tipu. Kat tempat aku ada sgt byk iklan upah haji kat tepi2 jalan dari mcm2 nama syarikat. Meaning business ni memang sgt lumayan. malah klu kena gayanya company2 mcm ni boleh tersenarai di papan utama Bursa Msia. market negara Arab kita belum explore lagi.  i'm serious, bukan melawak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 10:50 PM | Show all posts
Reply 289# tobby

ko nie sinis betul la....hehe...tak baek taww..

pernah dulu aku nak wat bisnes jenazah walopun taktau mandi jenazah pun, last2 aku cancel, takut syubhat....
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 10:51 PM | Show all posts
baru2 ni pihak berkuasa agama merobohkan kubur2 keramat di pulau besar melaka. kesian dgn puak2 yg selalu mohon hajat (bertawassul) di kubur keramat pulau besar. mungkin mrk berpegang kpd fatwa afdalnya tawassul dgn org mati & niat mrk sembelih kambing kat kubur ialah utk transfer pahala kpd keramat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 10:56 PM | Show all posts
Reply  tobby

ko nie sinis betul la....hehe...tak baek taww..

pernah dulu aku nak wat bisnes j ...
ussopp Post at 12-5-2010 22:50


klu baca secara sinis memang nampak mcm aku sinis. tapi klu baca betul2 benda ni memang logik sbb adanya fatwa yg membolehkan mengupah utk transfer pahala kpd si mati.  why not umat islam explore business ni betul2 & set up company secara sah supaya pihak berkuasa boleh pantau & kutip cukai utk kebaikan org islam sendiri. sekurang2nya hafiz2 dari sekolah2 tahfiz terjamin pekerjaan mrk bila tamat mengaji kelak. aku nampak benda ni business yg bagus sbb market besar kat negara2 Arab.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 11:15 PM | Show all posts
pernah dulu aku nak wat bisnes jenazah walopun taktau mandi jenazah pun, last2 aku cancel, takut syubhat....
hehe
ussopp Post at 12-5-2010 22:50


business urus jenazah takpa kot.... byk pakai kederat.  byk tenaga yg diperlukan utk uruskan mayat mula dari rmh mayat di hospital, uruskan kereta jenazah sampai ke kg halaman si mati, sediakan alat2 kelengkapan pengkebumian hinggalah urusan gali kubur hingga selesai.  tapi klu solatkan jenazah pun nak caj itu memang dipertikaikan.  Solat jenazah patutnya on voluntary basis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 11:58 PM | Show all posts
klu baca secara sinis memang nampak mcm aku sinis. tapi klu baca betul2 benda ni memang logik sb ...
tobby Post at 12-5-2010 10:56 PM



    kalau dah  boleh transfer pahala kepada orang hidup....
    aku rasa kalau buat business transfer pahala sembahyang lagi menguntungkan...
    sapa-sapa yang malas sembahyang boleh la upah orang untuk sembahyang....memang boleh maju business ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 12:09 AM | Show all posts
kalau dah  boleh transfer pahala kepada orang hidup....
    aku rasa kalau buat business  ...
Hang Post at 12-5-2010 23:58


org hidup yg kaya & mampu apa salahnya upah org lain utk transfer pahala kpdnya. klu yg miskin terpaksa la buat amal sendiri.  
Back to business: perniagaan transfer pahala utk org mati lebih lumayan sbb biasanya anak2 sgt sensitif & hiba dgn kematian ibu bapa mrk, so mrk willing to spend big amount of $$ utk upah transfer pahala.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 01:37 AM | Show all posts
org hidup yg kaya & mampu apa salahnya upah org lain utk transfer pahala kpdnya. klu yg miskin t ...
tobby Post at 13-5-2010 00:09


Sesungguhnya Allah yang menilai setiap pengorbanan diri dan harta hambaNya..dan Allah yang akan membalas setiap amal baik dan buruk hambaNya, bergantung kpd niatnya..dan dengan Rahmat Allah lah seseorang itu beroleh kejayaan.



Ketika Shuhaib pergi menyusul Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berhijrah, ada beberapa orang Quraisy yang membuntutinya. Mereka berkata pada Shuhaib: “Dulu kau datang pada kami dalam keadaan tidak punya apa-apa, kemudian kau hidup bersama kami dan mendapat-kan harta yang banyak dan kau menjadi orang seperti sekarang ini. Tahu-tahu kau ingin keluar dengan membawa semua hartamu? Demi Allah, hal itu tidak akan pernah terjadi”.

Lalu Shuhaib turun dari tunggangannya, dikeluarkannya anak panah dari tempatnya, seraya berkata: “Wahai kaum Quraisy, kalian sudah tahu bahwa aku termasuk orang paling pandai memanah di antara kalian. Demi Allah, kalian tidak akan menyentuhku kecuali akan aku bidik dengan semua anak panahku, kemudian aku akan menebas dengan pedangku ini selama dia berada di tanganku. Ayo lakukan apa yang kalian inginkan!” Akan tetapi Shuhaib setelah itu berkata: “Bagaimana bila aku tinggalkan semua hartaku untuk kalian, apakah kalian akan membiarkan aku pergi?” Mereka menjawab: “Ya.” Maka Shuhaib meninggal-kan semua hartanya untuk mereka. Dan ketika sampai ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di Madi-nah, beliau bersabda: “Telah beruntung perniagaanmu hai Abu Yahya. Telah beruntung perniagaanmu hai Abu Yah-ya.” Dan turunlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan di antara manusia itu ada seseorang yang mengor-bankan dirinya karena mencari keridhaan Allah.” (Al-Baqarah: 207).



Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah :111)


Firman Allah Taala, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff : 10-11)


Firman Allah yang bermaksud :"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu." (Al-Ankabut :2-4)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2010 08:48 AM | Show all posts
kalau dah  boleh transfer pahala kepada orang hidup....
    aku rasa kalau buat business  ...
Hang Post at 12-5-2010 23:58


Dah habis hujah ker?

Sampai kalau malau pun dah jadi hujah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 08:55 AM | Show all posts
Dah habis hujah ker?

Sampai kalau malau pun dah jadi hujah..
always_typo Post at 13-5-2010 08:48 AM



    Tak ada kalau malaunya... ini quote dari posting sunsuria...



Cuma pernah ditanya kepada Dr. Khalid bin Aliy al-Musyaiqih (Anggota lembaga Tadris, Uni. Al-Qasim) tentang sedekah pahala amalan kepada orang yang masih hidup, jawapan beliau adalah seperti berikut:

إهداء القربات للأحياء أو الأموات يصل أجرها للمُهدَى إليه إن شاء الله تعالى، ويدل لهذا حديث عائشة - رضي الله عنها- أن رجلاً قال للنبي -صلى الله عليه وسلم- إن أمي افتلتت نفسها، وأراها لو تكلمت تصدقت، أفأتصدق عنها، قال النبي - صلى الله عليه وسلم-: "نعم تصدق عنها" البخاري(1388)، ومسلم (1004)، والأحاديث في هذا كثيرة جداً، فيصل ثواب القربة للمهدى إليه إن شاء الله.

لكن هذا من قبيل المباح، والسنة أن يدعو له، لحديث أبي هريرة - رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم- قال: "إذا مات الإنسان انقطع عنه عمله إلا من ثلاثة وذكر منها: أو ولد صالح يدعو له" مسلم(1631)، ولم يقل النبي - صلى الله عليه وسلم- يعمل له أو يتصدق عنه أو يصوم أو يصلي، فالخلاصة أن إهداء القربة يصل أجرها إن شاء الله، لكنه من قبيل المباح، والسنة والمشروع هو الدعاء.
Maksudnya: Menghadiahkan pahala kepada orang yang hidup atau yang telah mati sampai pahalanya kepada mereka insyaallah, ia dibuktikan berdasarkan hadith ‘Aisyah r.a.: Seorang lelaki yang betanya kepada Nabi S.A.W.: ‘Sesungguhnya Ibu-ku telah meninggal dunia secara mengejut, dan saya melihat jika dia mengatakan hendak bersedekah, dia pasti akan bersedekah, maka apakah boleh aku bersedekah untuknya? Jawab Nabi S.A.W. : “Ya, bersedekahlah untuknya.” (al-Bukhari 1388 dan Muslim 1004). Dan hadith dalam
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 09:13 AM | Show all posts
Indirectly ekonomi org islam pun boleh maju. ini bukan jenaka ok.
tobby Post at 12-5-2010 18:02

mmg bkn jenaka,tp lebih kepada jenaka
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 09:17 AM | Show all posts
kalau dah  boleh transfer pahala kepada orang hidup....
    aku rasa kalau buat business transfer pahala sembahyang lagi menguntungkan...

    sapa-sapa yang malas sembahyang boleh la upah orang untuk sembahyang....memang boleh maju business ni...

Hang Post at 12-5-2010 23:58

kerajaan barisan nasional blh luluskan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.230611 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list