CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23366|Reply: 5

[Tempatan] Kepimpinan atasan PAS amal dasar pilih bulu

[Copy link]
Post time 18-9-2024 04:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-9-2024 12:53 PM

Dalam Muktamar PAS ke 70, pembahas dari Perlis, Mohd Saifizi Saidon menyuarakan kesedihan terhadap kualiti pemimpin parti itu. Ia berikutan tiada tindakan diambil ke atas individu tertentu.


Penganalisa politik berkata, isu berkait MB Perlis, Shukri Ramli, dilihat membelenggu akar umbi PAS.

Ia kerana tiada tindakan susulan diambil pucuk pimpinan pusat dan negeri.

Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan, berkata:

“Akar umbi PAS tidak lagi melihat ia parti yang menuruti ajaran Islam.”
“Kerana dikaitkan dengan rasuah, salah laku dan mempunyai kepentingan sendiri.”
“Akar umbi dah sedar perubahan perlu dilakukan.”
“Jika ada salah laku pemimpin lakukan, tindakan tatatertib perlu dikenakan.”
“Cuma bezanya tindakan tak diambil dalam PAS dan disenyapkan.”
“Lebih-lebih lagi pemimpin itu dari peringkat tertinggi hierarki parti.”
“Dalam muktamar dipersoalkan isu ini.”
“Malah bila ketua pemimpin yang juga MB Perlis dipersoalkan, itu masalah besar yang menghantui akar umbi.”
“Dan mereka tak boleh lagi mempertahankan PAS sebagai parti terbaik agama Islam,”jelas Dr Azmi Hassan.

Beliau mendakwa ada pemimpin PAS bersalaman dengan wanita berkali-kali tidak dikenakan tindakan.Dan yang berkaraoke pula dipertahankan.

Selain PAS Perlis tidak terima laporan berhubung isu dihadapi Shukri, sama ada daripada negeri atau pusat. Shukri pada 2 Mei lepas menegaskan beliau masih menteri besar. Walaupun timbul desakan letak jawatan susulan siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Malah beliau melihat desakan lepas jawatan hanya timbul di media sosial, bukannya di peringkat parti atau pentadbiran negeri.

Agak menarik bila isu Shukri dibawa ke perbahasan Muktamar Tahunan PAS oleh wakil dari Perlis sendiri.

Sudah pasti ada sebabnya, mengapa wakil dari Perlis itu berbuat begitu.

Juga sudah pasti, Saifizi tidak bersendirian dalam membawa isu tersebut sebagai perbahasan dari negeri Perlis.

Adakah ini satu mesej yang jelas bahawa kepimpinan utama PAS kini mula diragui oleh ahli mereka sendiri?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2024 08:46 AM | Show all posts
Kena gantung lah pulekkkk...

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Bulu kerinting atau bulu lurus yg menjadi pilihan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat abang sepupu i penah komen pas ni sibuk kan pasal pempuan pempuan pempuan je..komen zaman late 90s dulu..sampai skrg same thing..dia pun arwah dah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 01:15 PM | Show all posts
Lepas Nik Aziz mati,Pas skrg dah jadi Parti Ajaran Sesat..walaonwalauntet  bahalol je yg bodoh x sedar2 lagi





Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pas parti diktator
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070086 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list