CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 18405|Reply: 22

[Jenayah] 'Ustaz GISBH' tidak mengaku cabul guru praktikal

[Copy link]
Post time 18-9-2024 08:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-9-2024 03:06 AM

KUALA LUMPUR: Tiga kes berkaitan kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dijangka dituduh di tiga mahkamah berasingan masing-masing di Putrajaya dan Negeri Sembilan hari ini.

Berdasarkan maklumat dikongsi kepada media, satu kes iaitu membabitkan seorang ustaz dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dijangka dilakukan jam 8.30 pagi berikutan kesalahan mencabul kehormatan guru praktikal di sebuah pusat pengajian di Port Dickson.

Di Mahkamah Sesyen Seremban 2 pula, seorang ustaz di pusat sama akan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana kes amang seksual.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur melalui kenyataan memaklumkan seorang lelaki yang juga ahli kepada kumpulan GISBH dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 8 pagi ini.

Berdasarkan makluman dikeluarkan kepada media, lelaki itu akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen 506 merujuk ugutan jenayah yang mana ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan tiga kes ini adalah yang pertama berkaitan GISBH selepas Op Global dilancarkan polis pada 11 September lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan tiga daripada 33 kertas siasatan dibuka polis susulan Op Global sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Razarudin berkata, tindakan itu bagi mendapatkan cadangan dan arahan lanjut bagi tujuan pertuduhan di mahkamah.

Katanya, dua kertas siasatan bagi kes mengikut Seksyen 14(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala satu kertas siasatan bagi kes mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Razarudin juga berkata, sebanyak 30 kertas siasatan lain masih di peringkat siasatan yang mana siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 427 dan 505(b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini GISBH dipalit kontroversi eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja selepas 20 premis dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal diserbu polis awal pagi 10 September lalu.

Dalam serbuan terbabit, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu termasuk ustaz yang mengendalikan premis yang diserbu untuk siasatan lanjut.

Dalam sidang media di Kuantan sebelum ini, Razarudin dilaporkan berkata operasi GISB bermula selepas Darul Arqam diharamkan dan beberapa pemimpin kanannya ditahan polis pada 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selepas pengharaman Darul Arqam, katanya, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISBH pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2024 11:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Menggelupuh golongan acah2 pembela agama sbb yg kena dakwa arini semua ustaz
Skrip biasa fitnah kpd agama blabla
Nak hancurkan agama islam
Pastu ulang sebut pasal teresa kok
Takde sekor nak kesiankan nasib anak2 yg diperlakukan dgn teruk tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 10:23 AM | Show all posts
ustaz tuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik plak ada yg support ... alasan nk jatuhkan bisnes melayu/islam... allahuakbar... hak pekerja/budak² yg ditindas camana... sekadar luahan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 04:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde muka ustaz tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak padan dengan songkok tinggi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt asal thread ko yg tajuk astaghfirullah tu dah takleh nk bukak?
Aneh tul la porem ni, sblm ni pun jd gitu gak bila thread tu bincang pasal gisbh ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 11:57 PM | Show all posts
Tgk muka pon hmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 18-9-2024 10:20 AM
Menggelupuh golongan acah2 pembela agama sbb yg kena dakwa arini semua ustaz
Skrip biasa fitnah kpd  ...

Nape nak salahkan teresa kok..

Patut salahkan chatgpt sebab salah tafsir ayat beliau
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini dah penuh kuota, anak dah bersusun. Tak cukup lagi ke geng2 setat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 18-9-2024 09:34 PM
Tt asal thread ko yg tajuk astaghfirullah tu dah takleh nk bukak?
Aneh tul la porem ni, sblm ni pun  ...

Iols bukak baca ni ok je buleh
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 08:49 AM | Show all posts
penangan burit jgn di buat main...sampai tinggi songkok-songkok semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 08:49 AM | Show all posts

penangan burit jgn di buat main...sampai tinggi songkok-songkok semua

penangan burit jgn di buat main...sampai tinggi songkok-songkok semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 19-9-2024 08:46 AM
Iols bukak baca ni ok je buleh

Tred mana? Aku tekan tak boleh pun kuar gini je

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
"Dengan mas kahwin, 1 pusingan aurad muhammadiah."

Soklan serius, maksimum pusingan ada berapa?
5...7...8..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
amende laaa org terlebih warak ni sokmo la ade kes berkaitan seks
pasni ada la yg komen jgn pukul rata, dugaan org beragama yg liberal tu takde kes sbb suka sama suka

menjadi2 sgguh kes dlm gisb ni, kepala besar elok je takde kene apa2 pun.
depa ni terlalu taksub, tokey dulu mampuss jadi ulat dah pun elok anak2 didik berakar balik generate yg baru plak. payah betul nak cantas
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 18-9-2024 11:26 AM
pelik plak ada yg support ... alasan nk jatuhkan bisnes melayu/islam... allahuakbar... hak pekerja/b ...

Sama gak cam kes abam bas.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2024 01:21 PM | Show all posts
Musim dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.410717 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list