CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FussyPussy

Sejarah bolasepak Malaysia dari pengalaman forummer Bod

[Copy link]
Post time 4-10-2006 11:14 AM | Show all posts
... salam ...
... tlg bagitau ...
... selangor lwn boca juniors sape menang? ...
... siap ade maradona lagi ...
... mesti best kan ...
... mane nak tgk perlawanan tu ...
... ade copy x? ...
... plsz ...
... salam ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 11:15 AM | Show all posts


Dali Omar

Lagenda bolasepak Kelantan yg sekarang menetap di Australia. Beliau sezaman dgn Mahadi Yusof (ex coach Kelate & SKMK) dan Nik Leh Senggeng. Inilah antara bintang Kelantan yg membawa Kelantan ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1970 (kali terakhir Kelate layak Final) tetapi malangnya tumpas kpd Perak.
Pernah kembali utk membimbing Kelantan semasa Datuk Wan Hashim menjadi Presiden KAFA.

* 1962 Mula pasukan Kelantan

* 1963 Menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan Remaja Asia di Saigon

* Menyertai pasukan ATM pada tahun 1963

* Membantu ATM ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun kecundang 0-1 kepada Selangor

* Menjaringkan 21 dari 28 gol pasukan Kelantan dalam kempen Piala Malaysia 1970

* Menjaringkan empat dari lapan gol ketika membelasah Singapura di separuh akhir Piala Malaysia 1970

* Membantu Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1970 walaupun tewas 0-2 kepada Perak

SEMASA KECILNYA(1946~1952)

Dali Omar dilahirkan di Bertam Baru Kuala Krai kira-kira 270km dari bandar Kota Bharu pada 19hb. Mei 1946. Dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Rashid dan Hazimah. Bapanya bernama Yaakob manakala ibunya bernama Fatimah. Ketika usia Dali baru mencecah hampir dua tahun, ibunya Fatimah meninggal dunia. Sejak itu nenek saudaranya, Kalsom dan datuk saudaranya Syed Omar membelanya. Oleh kerana nenek saudaranya sudah tiada susu lagi, Dali disusukan oleh emak saudaranya yang Dali namakan sebagai Sah iaitu kakak kepada ibu kandung Dali. Dalam masa yang sama Sah juga menyusukan Kamalruzzaman (Kamal). Kemudian emak saudaranya melahirkan Rohani (Kak Ani) atau adik kepada Kamal. Jadi tidak hairanlah ketiga-tiganya mempunyai ikatan perhubungan yang amat kuat.

ALAM REMAJA (1953~1961)

Tahun 1953, Dali disekolahkan oeh bapa angkatnya Omar di Sekolah Kebangsaan Kubang Garong, Kota Bharu. Bila umurnya 10 tahun, Syed Omar ditukarkan ke penjara Seremban dan Dali serta ibu angkatnya turut berpindah ke sana. DI sana Dali menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Jail. Ketika itu Dali mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Tamat darjah enam, Dali menyambung pelajaran di Sekolah King George The V Seremban dari tingkatan satu hingga tiga. Dalam masa yang sama Dali mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan MSSM, Piala Rahman dan Piala Burnley (Piala Razak). Tahun 1962 Dali menduduki peperiksaan LCE tapi beliau gagal menyambung pelajaran ke tingkatan empat. Sejak itu minatnya terhadap pelajaran mula menurun dan minatnya terhadap bolasepak semakin mendalam lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kota Bharu di rumah emak saudaranya, Sah.

ALAM PERKAHWINAN(1962~1963)

Penghujung 1962, atas tawaran Pengurus pasukan Kelantan ketika itu iaitu Dato' Dr. Aziz, Dali mula menyarung jersi senior Kelantan dalam usia semuda 16 tahun. Diawal pembabitannya bersama skuad utama, Dali sudahpun menunjukkan potensinya dalam bolasepak apabila mempamerkan kehebatannya sehingga berjaya memikat pengurusan remaja Malaysia lantas memanggil beliau menyertai Kejohanan Remaja Asia di Saigon, Vietnam pada tahun 1963. Di sana Malaysia muncul juara sementara Dali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan yang disertai oleh 14 negara Asia termasuk gergasi bolasepak sekarang seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Thailand. Penghujung musim 1963, Dali ditawarkan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memegang jawatan sebagai Military Police (MP) bagaimanapun banyak masanya dihabiskan di padang bola. Seiring kelincahannya di padang, kisah cinta Dali tidak kurang hebatnya apabila dia bertemu pasangan pertamanya Hasnah di Kuala Lumpur dan terus mendirikan rumahtangga pada 31 September 1963.

ALAM KELUARGA(1964~1967)

Mengenai keluarganya, tahun 1964 anak sulungnya Dalini dilahirkan. Namun jodohnya dengan isteri pertamanya tidak panjang apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 1965. Dali Omar kekal bersama Angkatan Tentera Malaysia sehingga 1966 dan di tahun tersebut beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Walaupun tewas kepada Selangor 0-1 namun Dali muncul sebagai penjaring terbanyak tahun tersebut.  Dan kejayaanya itu berjaya memikat pengurusan pasukan kebangsaan lalu beliau ditawarkan untuk bermain dengan pasukan negara dalam kejohanan Piala Merdeka (Pestabola Merdeka). Tahun 1967 Dali kembali ke Kelantan dalam kejohanan Piala Malaysia dan sekali lagi diberi peluang menyertai Malaysia dalam kejohanan Piala Merdeka.

ISTERI KEDUA (1968~1971)

Tahun 1968 Dali Omar menyertai latihan rekrut di Port Dickson dan di tahun ini juga dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua; Roziah. Pertemuan bermula juga di Kuala Lumpur biarpun kedua-duanya berasal dari Kelantan. Tahun berikutnya anak pertama dari isteri keduanya dilahirkan, Daliza. Tahun 1970 merupakan detik penting dalam hidupnya apabila berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Perak. Dalam saingan separuh akhir Dali menjaringkan dua gol ketika Kelantan seri 2-2 di Singapura dan beliau menjaringkan empat gol ketika Kelantan membelasah Singapura 8-0 di Kota Bharu. Tahun 1970 juga Intan Baizura dilahirkan. Tahun 1971 Dali sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan 21 daripada 28 gol keseluruhan Kelantan musim itu. Lebih dari itu, anak lelaki dari isteri keduanya juga muncul, Dino. Reputasi baiknya dalam Liga berjaya memikat beberapa kelab Eropah untuk memikatnya.

PEMAIN SEMI PRO (1972~1974)

1972 Dali dengan resminya menjadi pemain Malaysia pertama beraksi ke luar negara dan beliau memilih kelab Azzuri Australia. Semasa di Perth beliau telah menjdi pemain semi pro kelab itu dan menerima mendapat kemudahan rumah, kereta serta elaun setiap perlawanan di samping gaji sebanyak A$556 seminggu, jumlah yang cukup lumayan baginya ketika itu.

JURULATIH (1974)

Tahun 1974 Dali mendapat tawaran dari kelab Olimpik Kingsway sebagai jurulatih dengan gaji A$40,000 setiap tiga bulan.

Sources

www.kelate.net

(www.kelate.xs3.com)

http://www.stormpages.com/tazhar/dali.htm

[ Last edited by  HangPC2 at 4-10-2006 11:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:15 AM | Show all posts
tak tahan tgk gambar penyokong pahang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 12:42 PM | Show all posts

Reply #8 borderBOYS's post

sapa ingat masa pestabola merdeak tahun 80an dulu kita ada 2 team. yang second team tu kita namakan Harimau Malaysia ataupun Malaysian Tiger. Tak salah saya dalam team Harimau Malaysia yang first sekalai ada Karim Pin dan Azizol Abu Hanifah. sorang main wing kiri, sorang wing kanan, memang laju gila duaorang ni...before injuries took its tolls. Kalau tak memamg dua org ni mesti main Malaysia lama gila. Azizol tu lama gak main utk Malaysia, samapi kena buang masa krisi rasuah bola malaysia dulu.

Satu lagi yang best, pasukan Harimau Malaysia ni ada pemain import. Tak lain tak bukan....Kevin Keegan. Dengan rambut perm dia..pergh... tak salah saya team ni masuk sampai semi pestabola. kalah dengan korea kat semi (mcm biasa laaa).

Harimau Malaysia ni boleh la dikatakan asal usul projek nasional bolasepak yang kos berjuta-juta tapi habuk pun takde lah. at least team yang first seklai tu berjaya jugak. the nesxt ones, mcm Barcelona Babes (azman adnan et. al) - dan skuad Hatem Soussitenggelam lebih cepat dari sebutir batu di dalam air...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 12:44 PM | Show all posts
Aksi Separuh Akhir Piala Malaysia 1975 Kelantan dan Singapura di Kota Bharu












Sources

www.kelate.net

(www.kelate.xs3.com)

http://www.stormpages.com/tazhar/dali.htm
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by Fussyshit* at 4-10-2006 12:42 PM
sapa ingat masa pestabola merdeak tahun 80an dulu kita ada 2 team. yang second team tu kita namakan Harimau Malaysia ataupun Malaysian Tiger. Tak salah saya dalam team Harimau Malaysia yang first s ...


Skuad Olimpik 2000 yang bersaing kat Liga Malaysia last habuk tarak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 4-10-2006 06:08 AM
antara pemain import pertama main kat malaysia cup zaman akhir 70an/1980.

Razali Alias - Selangor


apa aku dengar orang2 dulu cakap, dia ni saing Fandi Ahmad masa kecik2 kat Kaki Bukit dulu, ...



wehhhhh masih teringat lagi ko zaman zaman Fandi, K.Kannan dan Malek Awab punya zaman.:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 4-10-2006 06:08 AM
antara pemain import pertama main kat malaysia cup zaman akhir 70an/1980.

Razali Alias - Selangor


apa aku dengar orang2 dulu cakap, dia ni saing Fandi Ahmad masa kecik2 kat Kaki Bukit dulu, ...


Borhan Abu Samah (bek Pahang dari Singapura) dah meninggalkah def?? apa sebabnya ??:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 12:52 PM | Show all posts
def, aku rasa ko tertinggal beberapa nama pemain handalan Singapura pada era Fandi Ahmad seperti David Lee, D.Tokijan, Salim Moin, Abdullah Nor, D.Devaraj, Yahya Madon, Sudiat Dali, Ahmad Ibrahim Maksudi, Razali Saad dsb .. ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 12:54 PM | Show all posts

Reply #9 deaf4ever's post

cakap tentang fandi ahmad ni, saya nak tanya tentang kepastian cerita ni. masa fandi memang terror dulu, dia adalah salah seorang pemain terbaik di asia. padahal masa dia main singapore and kl tu umur dia muda lagi la.

org cerita kat saya, lepas dia main singapore, dia dapat offer main dengan Ajax. dia mmg dah nak pegi dah, tapi ada something, tak tahu apa benda yang buat dia tak jadi nak pegi dan reject the offer. utk org yg tau bola, ajax ni suka ambik budak2 muda2 and develop mereka in what they called "the ajax way". setiap player boleh main mana2 position without any difficulties dan ajax mesti main cantik, pass and move ala-ala since 1970s zaman johan cruyff, neeskeen et all. maknanya kalau u berjaya graduate dari youth team ajax ke first team ajax, maknanya u mmg terror tahap gaban la masa tahun 80an dan 90an.

masa fandi dapat offer tu, dlm youth team ajax masa tu ada 2 org player yg baru nak naik. nama mereka Marco van Basten and Frank Riijkard. THE marco van basten.... bayang lah possibilities  yg mungkin terjadi pada fandi kalaulah dia terima tawaran tu... world class player agaknya. sayangnya, dia tak terima. tapi a year after tht, dia terima offer main dgn FC Gronigen... rugi...rugi... if not jadi anak melayu pertama yg world class.

ada sapa2 tau kenapa dia reject ajax??
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by legend_al_musa at 4-10-2006 11:14 AM
... salam ...
... tlg bagitau ...
... selangor lwn boca juniors sape menang? ...
... siap ade maradona lagi ...
... mesti best kan ...
... mane nak tgk perlawanan tu ...
... ade copy x? ...
...



boca juniors menang 2-1

Fandi Ahmad dijemput jadi guest player Selangor tu game

Tak salah aku Fandi bicycle kick bola masuk, tapi tak pakai pasal dangerous play referee cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 4-10-2006 12:48 PM



wehhhhh masih teringat lagi ko zaman zaman Fandi, K.Kannan dan Malek Awab punya zaman.:hatdown:



aku budak2 zaman late 70s early 80s
belajar tengok tv, baru start nak paham bola

kira aku untung la, tu jam zaman bolasepak paling best...
RTM semua pun live telecast
takde kena mengena ngan Malaysia pun live telecast kalo tu game main kat stadium merdeka, tu jam zaman live telecast black n white lagik hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 4-10-2006 12:50 PM


Borhan Abu Samah (bek Pahang dari Singapura) dah meninggalkah def?? apa sebabnya ??:



dah lama dah dia meninggal

mula2 dia lepas menang malaysia cup 1994 tu ,
then dia main semi pro singapore nye liga kejap
then lepas tu aku dengar dia bukak kedai
then dia sambung pelajaran
then dia start jatuh sakit, duk spital..
then lepas tu habis..

tak salah dia meninggal around 1997 kot.
Mudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagi tau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 4-10-2006 12:52 PM
def, aku rasa ko tertinggal beberapa nama pemain handalan Singapura pada era Fandi Ahmad seperti David Lee, D.Tokijan, Salim Moin, Abdullah Nor, D.Devaraj, Yahya Madon, Sudiat Dali, Ahmad Ibrahim M ...



tu semua lambat sikit... mid 80s to late 80s

aku tak minat sangat zaman ni...pekak badak!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by Fussyshit* at 4-10-2006 12:54 PM
cakap tentang fandi ahmad ni, saya nak tanya tentang kepastian cerita ni. masa fandi memang terror dulu, dia adalah salah seorang pemain terbaik di asia. padahal masa dia main singapore and kl tu u ...



Fandi nak main Ajax

tapi tak salah aku family dia tak kasi, ko paham la orang melayu kalo dengar nak gi negri omputeh kan cam fikir ntah hapa hapa ntah.

So Fandi tak sign kontrek Ajax kasi kat dia

instead dia pergi Indonesia main untuk Niac Mitra dua tahun tak salah, lepas tu baru dia gatal nak main European football so FC Gronigen sign dia
walaupun dia main Holland 1st div, main UEFA cup score ngan Inter Milan tapi dah terlambat.
Betul ko cakap, Fandi sama ujian pilihan ngan Marco Van Basten
dan apa aku tahu, Fandi ngan Marco Van Basten waktu tu sama skill
dont be surprised kalo Fandi sign, dia pun world star player cam Marco Van Basten.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 01:13 PM | Show all posts

Reply #21 legend_al_musa's post

tak salah..muzium shah alam ada copy perlawanan ni. dulu masa sekolah selalu gi muzium shah alam, pegi kat bahagian sejarah sukan pasal ada tayangan video perlwanan2 pasukan selangor. match paling kerap dia tayang time tu selangor belasah johor 6-1 dalam final piala malaysia 1988? 1989?. match terakhir allahyarham mokhtar dahari sebelum dia bersata secara rasmi dari pasukan selangor.

saya ingat2 balik terharu sungguh dgn allahyarham. dalam final tu, dia cuba2 la macam2 nak score. even teamates pun cuba lah mcm2 so that he can score in his final games. dahlah final piala malaysia lak tu (final PM tahun 80an ni mmg gila penuh stadium, tak macam tahun ni...hehehe). tapi dah takdir dia tak dapat gol yang dia nak sgt tu. tiap  kali aku teringat dia julang piala malaysia for the last time, mesti terharu hati ni... al-fatihah.

p/s?: apa jadi anak laki sulung dia?? ada sehebat bapak dia tak? dulu tak salah budak ni masuk sekolah projek bola selangor, apa jadi pastu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 01:16 PM | Show all posts
Pasal dulu aku memang ikut jugak Malaysia nye team,

pada aku , detik permulaan kehancuran team Malaysia, ialah bila ada satu Sea Games kat Manila la..

final result

Filipina 1
Malaysia 0

Aku rasa satu dunia tak percaya tu score..

tapi serious Malaysia dulu kuat beb, korang kalo ingat satu Sea Games kat Jakarta
Malaysia final ngan wak Indon
Malaysia menang 1-0 Mokhtar Dahari long shot. Giler beb Malaysia tu jam, power giler!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 03:45 PM | Show all posts
Dulu kita ramai pemain berkebolehan .kalau pemain utama cedera  tak risau sangat sebab pemain simpanan yang ada pun hebat
cthnya pra Olimpik tahun 1980,Mokhtar Dahari tak main tapi kita ada James Wong dengan Hassan Sani.
Teringat Malaysia belasah Indonesia 6-0 dlm Pra Olimpik 1980, Khalid Ali dan Hassan Sani masing masing
hatrick.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:08 PM | Show all posts
menarik!   .
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 09:52 PM | Show all posts
sebenarnya dalam gambar Soh Chin Aun pegang Piala Merdeka dengan Korea Selatan tu adalah tahun 1979 bukannya tahun 1977. Tahun 1977 Korea Selatan juara kalah kan Iraq 1-0. Gol Korea dijaring kan oleh
Cha Bum Keoun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080940 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list