bilakah mrk akan berhenti membunuh?
tobby Post at 29-5-2012 01:05
Selagi ada rakyat yang menentang kezaliman mereka, dan selagi Russia dan China hulurkan bantuan senjata, maka selagi tu mereka akan terus membunuh lah rasanya.
Amerika sokong rakyat Syria sebab depa boleh dapat pengaruh dan mungkin untuk jual senjata pada rakyat yang memberontak. Russia pula jual senjata pada kerajaan Syria untuk bunuh rakyatnya sendiri.
Kalau Amerika tak sokong pun, rakyat Syria tetap dibunuh, sebab rakyat dah bangkit menentang kezaliman. Lain pula isu Palestin, sebab Amerika sekutu Israel, tak pula Amerika tolong rakyat Palestin.
Amerika ni memilih juga dalam memberi sokongan. Sebab ada kepentingan. Namun, bukannya bermakna rakyat Syria tu salah hanya kerana terima atau setuju sokongan Amerika. Rakyat Syria juga terima bantuan mujahidin yang ikhlas membantu rakyat Syria, cuma tak banyak yang masuk dalam berita media internet.
Apapun, kalau ikut Wall Street journal, Amerika secara terbuka menafi bantu rakyat Syria kerana tak mahu dilihat sebagai menentang Russia dan Iran secara terbuka.
PM Turki saran cari jalan henti pergolakan politik Damsyik
ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menggesa masyarakat antarabangsa menyokong hak Syria mempertahankan diri jika Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak untuk menghentikan tindakan keras terhadap pemberontak di Damsyik.
“Jika Majlis Keselamatan PBB enggan mengambil tanggungjawab ini, masyarakat antarabangsa tiada pilihan selain menerima hak rakyat Syria mempertahankan diri,” kata Edrogan pada majlis pembukaan persidangan ‘Sahabat Rakyat Syria’ di Istanbul.
Persidangan kedua ‘Sahabat Rakyat Syria’ dibuka dengan 80 wakil menyertai perbincangan mencari jalan memastikan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad melaksanakan rancangan oleh utusan Liga Arab-PBB, Kofi Annan.
Erdogan berharap rancangan itu akan membawa hasil tetapi ada kemungkinan pentadbiran Syria akan menggunakan inisiatif Annan untuk melengah-lengahkan masa.
Rancangan Annan bagi mengakhiri keganasan, gencatan senjata kemanusiaan dua jam setiap hari dan laluan ke semua kawasan yang bergolak di Syria selain mengetuai proses politik Syria, hak menunjuk perasaan dan membebaskan mereka yang ditahan.
Annan dilaporkan tidak menghadiri persidangan itu. Sementara itu, dua sekutu utama Damsyik, Russia dan China, turut menarik diri daripada persidangan terbabit.
Turki yang menganjurkan persidangan itu memberikan 18,000 pelarian Syria penempatan, memutuskan hubungan dengan sekutunya sebelum ini dengan Syria dan menggesa Assad supaya berhenti.
Sementara itu, Syria mengecam persidangan antarabangsa sebelum ia bermula semalam dan menyifatkannya sebagai sebahagian konspirasi antarabangsa untuk membunuh rakyat Syria dan melemahkan negara.
Lidah pengarang akhbar rasmi al Baath menyifatkan persidangan itu sebagai perebutan masyarakat an tarabangsa untuk membunuh lebih ramai rakyat Syria, mensabotaj untuk melemahkan Syria.
Damsyik secara berterusan menyifatkan kebangkitan sejak tahun lalu di negara itu sebagai campur tangan pihak asing.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton turut menghadiri persidangan sehari itu, selain pemimpin dari Eropah, Turki dan negara Arab.
Tokoh pembangkang Syria, termasuk Majlis Nasional Syria turut menyertai persidangan itu, cuba meyakinkan pembiaya antarabangsa mereka boleh mengatasi masalah dan memimpin Syria ke arah demokrasi yang terjamin. – AP/AFP
UCAPAN TEGAS PRESIDENT MESIR: "AKU TIDAK AKAN BERTEMU WAKIL KEDUTAAN IRAN KECUALI MEREKA MENGUBAH PENDIRIAN MEREKA TERHADAP RAKYAT SYRIA DAN KAMI BERSAMA RAKYAT SYRIA".
apa tindakan malaysia..mengenai syria ni...
batmana Post at 1-7-2012 10:04
setakat ni cuma dewan ulama PAS jer yg sibuk buat penerangan ttg nasib umat islam yg disemelih di syria.. but our gov buat dunno jer. patut msia gov halau keluar jer duta syria dari msia dg kadar segera.
Salam, sesungguh benarlah apa baginda Rasullullah khabarkan kepada kita tentang tanda2 hampirnya kiamat dan akan zahir khalifah dimuka bumi selepas ini.