CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: YgBenar

[Tempatan] Budak main bola vs Proton x70 special edition.Netizen berbelah bagi

[Copy link]
Post time 6-6-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda boleh bincang, kenapa nak gaduh? Sama2 la capai kata sepakat. Dua2 ada hak. Untuk parking dan budak2 main bola.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2024 01:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-6-2024 12:43 PM
sapa kata tak boleh kemek..
bola tu even getah tapi getah keras kot..

Bila dah kemek ke cermin crack ke, seorang pun tak mengaku. Mak bapak mestilah backing anak juga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 01:37 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-6-2024 12:43 PM
sapa kata tak boleh kemek..
bola tu even getah tapi getah keras kot..

budak2 yang sepak uoollss..main bola ramai2 gitu uoollss.. setakat seronok2 berebut bola tu jer pun...

bukan main boleh serius tendang berdesup tu punn...

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 01:44 PM | Show all posts
ifanonline replied at 5-6-2024 05:53 PM
ada pagar tinggi pun kalau dah sepak bola, dier akan melantun tinggi juga...kena kereta orang di l ...

kannnnnnnnnnn....pastu marah bila bebudak ngangkang main game kat hp....main kat luar salah...main kat rumah salah.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 5-6-2024 05:22 PM
Solution dia satu jer... kau urang pakat-pakat la naikkan pagar dawai 2-3meter tinggi kat sebelah pa ...

Salah. Solution dia sape nak bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 6-6-2024 12:50 PM
Teringat area rumah sewa aku dulu. Kat kawasan tu ada satu padang besar dan belah petang biasa nam ...

Rugi woo ade tanah kosong kt negeri2 kaye kt Mesia ni, X shopping mall, condo. Atau kedua2 sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2024 06:32 PM | Show all posts
mrseller replied at 6-6-2024 01:49 PM
Salah. Solution dia sape nak bayar?

Muafakat la sesama penghuni.
Kumpul duit. Nama pun duduk atas tanah strata.
Kalau tak kena keta merah, esok-esok kena keta lain pulak.

Kat celah mana lagi la bebudak tu nak beriadah... ye dak?
Aku syak sebab takde padang la bebudak tu gi main atas gelanggang badminton tu.
Situ jer la kot tempat budak tu nak beriadah.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Main galah panjang jer lah...best gak tu...even nak main bola pun kecik jer space dia...tak puas nak kick mesti kena jugak kereta2 lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 06:18 PM | Show all posts

Budak flat juga mahu tempat bermain

Budak flat juga mahu tempat bermain
Oleh
FARHANA ABD KADIR
10 Jun 2024 07:30am

Kawasan yang terhad menyebabkan kanak-kanak di kawasan perumahan flat sukar untuk bermain. Foto Facebook Siti Hajar Rahman

SHAH ALAM - Kanak-kanak yang tinggal di kawasan perumahan flat atau apartment kadangkala mengalami masalah untuk melakukan aktiviti riadah bersama rakan sebaya kerana tiada tempat sesuai sehingga mengundang rasa kurang senang jiran tetangga.

Ia susulan hantaran yang dibuat oleh pengguna Facebook, Siti Hajar Rahman mengenai masalah ruangan kawasan beriadah yang sering menjadi tumpuan kanak-kanak bermain bola sepak sehingga terkena kereta milik penduduk di kawasan perumahan itu.

Perkara tersebut telah mengundang kemarahan pemilik kenderaan dan kadangkala bola turut dirampas menyebabkan anak-anak itu akan berlari ketakutan.

Mengulas lanjut, menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, mereka pernah menyuarakan cadangan untuk membina pagar di kawasan tersebut kepada pihak pengurusan, namun sehingga kini masih tiada penyelesaian.

Siti Hajar berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius apabila anak-anak di kawasan berkenaan sering mengadu tidak dapat bermain kerana dimarahi oleh jiran tetangga sehingga mereka buntu untuk melakukan aktiviti di waktu petang.

“Kita faham kadangkala budak-budak ini bermain terkena harta benda termasuk kenderaan di sekitar taman permainan tetapi pihak pengurusan perlu bertindak supaya tidak ada lagi hal seperti ini berbangkit sehingga jiran kurang senang.

“Sebelum ini ada juga yang suarakan supaya pasang pagar di kawasan tempat bermain tetapi perkara tersebut terkubur begitu sahaja. Tiada apa-apa tindakan.

“Tempat sepatutnya mereka main tak boleh buat sebarang aktiviti sebab takut merosakkan harta benda termasuk kenderaan berhampiran, main di koridor mengganggu jiran menyebabkan anak-anak ini tersepit dan dilema,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut wanita berusia 37 tahun itu, setiap pemilik rumah di kawasan kejiranan mempunyai hak untuk mempertahankan harta benda mereka, namun pada masa yang sama perlu bertoleransi bagi mencapai kata sepakat supaya hubungan silaturahim antara masyarakat tidak terputus.

Tambahnya, fasiliti yang lebih selamat membantu penduduk atau komuniti setempat untuk beriadah dan tidak menganggu jiran tetangga lain.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.505246 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list