CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 17-8-2011 09:24 AM | Show all posts
tengok....PAS kalau nak salahkan UMNO cepat je...tak sempat2..tapi nak nyatakan pendirian dlm isu ni, macam siput babi plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:26 AM | Show all posts
Pas jangan marah Perkasa

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
[email protected]

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mungkin benar apabila mahu mengambil alih tugas mempertahankan kesucian agama Islam selepas Pas dilihat gagal berbuat demikian.

Tetapi Perkasa agak lewat kerana seharusnya ia dilakukan lebih awal lagi kerana Pas sememangnya sudah lama tidak menjadi pejuang Islam sejak bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Namun begitu tahniah kepada Perkasa kerana mempunyai keberanian luar biasa untuk berbuat demikian, satu tindakan yang sudah pasti tidak akan dilakukan oleh Pas.

Pas kini perlu mengakui bahawa parti itu bukanlah pejuang Islam malahan mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa untuk mengambil alih tugas berkenaan.

Apatah lagi Pas pun sudah mengisytiharkan bahawa mereka kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukanlah penubuhan sebuah negara Islam - satu perjuangan yang menyaksikan ada nyawa yang terkorban kerananya suatu ketika dulu.

Oleh itu mereka tidak boleh marah dengan tindakan Perkasa, sebaliknya Pas perlu berasa senang hati kerana kini bolehlah mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan bagi merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

Pas tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari ayat-ayat al-Quran atau potongan hadis bagi 'menghalalkan' apa juga tindakan mereka dengan kedua-dua parti berkenaan kerana mereka bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.

Impian dan misi Pas sekarang ialah berbincang dengan PKR dan DAP berapakah jumlah kerusi yang harus mereka tandingi, kalau DAP dan PKR mahu dominan, Pas tidak boleh kata apa-apa kerana jika pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang, ia bukannya untuk menubuhkan negara Islam.

Kalau Pas dibiarkan dominan sekali pun, Pas tidak ada apa-apa kekuatan untuk mempertahankan Islam kerana kekuatan sebenar terletak di tangan DAP dan PKR. Ia sudah pun berlaku di Kedah dan Selangor pada masa ini.

Tambahan pula ketika ini sudah tidak terdengar lagi suara-suara Pas untuk menegakkan undang-undang syariah di negara ini, sebaliknya lebih kepada corak pemerintahan yang diinginkan oleh DAP dan PKR.

Mungkin Pas akan mendakwa bahawa Perkasa tidak layak untuk memperjuang dan mempertahankan agama Islam kerana mereka bukan parti politik Islam tetapi hanya NGO Melayu.

Soalnya, apakah Pas sebuah parti Islam? Apakah Pas selama ini bertindak sebagai kelompok yang mempertahankan Islam apabila ada tindakan DAP dan PKR yang mengguris perasaan orang Islam?

Islam benarkah Pas yang menolak perpaduan sesama orang Melayu dan umat Islam berbanding dengan Perkasa yang berusaha menyatukan orang Melayu?

Bolehkah Pas mendabik dada sebagai mempertahankan Islam, apabila ada pemimpinnya tidak sehaluan dalam isu-isu berkaitan Islam sejak kebelakangan ini?

Apa yang lebih kita dengar ketika ini ialah keghairahan Pas untuk menuntut sebuah pilihan raya bebas dan adil.

'Perjuangan' ini pada mulanya dicetuskan oleh S.Ambiga - seorang peguam yang menyokong murtad dan pernah mengganggu gugat umat Islam melalui Suruhanjaya Antara Agama.

Tetapi sekarang Pas lebih ke depan menyahut seruan Ambiga, jadi bolehkah Pas mengatakan mereka masih memperjuangkan Islam? Sebagai orang Islam tidakkah Pas sensitif dengan apa yang dilakukan oleh Ambiga sebelum ini, sedangkan Perkasa menentang Ambiga habis-habisan?

Semua itu terjadi kerana Pas secara dasarnya sahaja adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan berasingan tetapi tindak-tanduknya tidak bebas kerana segala-galanya ditentukan oleh DAP dan PKR.

Justeru lebih baik menjadi NGO Melayu yang bebas seperti Perkasa berbanding menjadi parti politik yang hanya menjadi 'pak turut' kepada orang lain.

Jika Pas mendakwa di dalam Perkasa tidak ada ulama yang boleh memberikan nasihat berbanding Pas yang mempunyai ramai alim ulama termasuklah adanya Dewan Ulama, kita juga perlu bertanya berfungsikah golongan berkenaan dalam parti itu.

Apakah benar Dewan Ulama Pas mampu mempertahankan kesucian umat Islam sedangkan tindakan mereka lebih banyak 'dirantai' oleh perhitungan politik yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin lain terutamanya daripada golongan bukan ulama.

Berfungsi sangatkah Dewan Ulama dalam menjadi pembimbing kepada Pas supaya tidak meninggalkan landasan perjuangan Islamnya semata-mata kerana mahu merebut kuasa politik?

Kalau betul Dewan Ulama Pas berfungsi, kenapa Pas boleh mengubah dasar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan?

Kenapakah keupayaan ulama-ulama Pas ini seolah-olah tidak diiktiraf apabila pemilihan parti itu baru-baru ini menyaksikan golongan berkenaan ditolak habis-habisan bagi jawatan-jawatan utama?

Pas harus ingat untuk memperjuang dan mempertahankan Islam ia bukan soal perlu ada ulama atau tidak dalam sesuatu kelompok itu sebaliknya keazaman dan keikhlasan serta demi mencari keredaan Allah SWT.

Kalau ada berpuluh ribu pun ulama dan cerdik pandai agama dalam sesebuah organisasi tetapi mereka hanya menjadi pemerhati sahaja tiada gunanya juga!

Pas perlu mengakui akibat kerana sikap berpolitik merekalah yang menyebabkan pelbagai pihak terutamanya dalam pembangkang 'naik tocang' dengan melakukan tindakan yang mengganggu-gugat umat Islam dan orang Melayu.

Apa juga tindakan puak berkenaan ia akan dibela oleh 'tok-tok guru' dalam Pas sehingga kesudahannya bukan sahaja umat Islam rugi malahan mereka berpecah belah.

Begitu juga dalam isu terbaru melibatkan sebuah gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, sekali lagi Pas dilihat tidak berupaya melakukan apa-apa biarpun ia berkaitan dengan akidah Islam.

Jika suatu ketika dulu, Pas menuding jari menyalahkan UMNO apabila gejala murtad berlaku tetapi kali ini pemimpin-pemimpin kanan cukup berlapik dalam menyatakan pendirian, biarpun Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan menunjukkan ketegasan 'luar biasa'.

Semua ini membuktikan Pas tidak lagi berupaya menjadi pejuang Islam apatah lagi mempertahankan kesucian agama Allah itu.

Oleh itu keikhlasan Perkasa untuk menjadi benteng utama mempertahankan umat Islam harus disokong oleh semua pihak, tidak usahlah orang Melayu merasa khuatir atau dituduh rasis apatah lagi ekstremis kerana ada pihak lain yang lebih rasis daripada kita.

Selama ini, bukannya Perkasa tidak pernah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan , oleh itu kalaulah kali ini ada pula tuduhan baru anggap sahaja 'ia deruan angin yang berlalu' tanpa apa-apa kesan.

Apa yang lebih utama ialah perjuangan mempertahankan kesucian Islam perlu dilaksanakan kerana ia bukan tuntutan manusia semata-mata tetapi Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:30 AM | Show all posts
tengok....PAS kalau nak salahkan UMNO cepat je...tak sempat2..tapi nak nyatakan pendirian dlm isu ni ...
Anak_Nogori Post at 17-8-2011 09:24

sbb rekod umno pedajal PAS byk sgt kot sbb tu jgn buat jahat... selamanya org anggap jahat
ape2 pun aku tetap nmp PAS ade dua puak dlm tuh..... tp pendirian rasmi ttp nak jaga hati pakatan.... w/pun terang2 salah....
yg awal2 mintak maaf tu tak reti malu ka
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:34 AM | Show all posts
sbb rekod umno pedajal PAS byk sgt kot  sbb tu jgn buat jahat... selamanya org anggap jahat ; ...
dino Post at 17-8-2011 09:30


ini bukan soal rekod lama ka rekod baru ka..tapi ini lebih pada soal menyatakan pendirian...kalau PAS boleh secepat itu menyalahkan UMNO, mereka sepatutnya begitu cepat nyatakan pendirian mereka..baru nampak krebilitinya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:57 AM | Show all posts
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Selepas JAIS batal...pertemuan dengan gereja pula tangguh
Selepas JAIS batal...pertemuan dengan gereja pula tangguh

    Selasa, 16 Ogos 2011 14:19
    ROSLI ISMAIL

    * Email
    * Cetak
    * PDF

mustafa_ali70Semua ini memang sudah boleh dijangka dari awal lagi. Selepas pertemuan PAS dengan JAIS dijadual, semalam (Isnin) dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor  kerana tidak mahu maklumat siasatan bocor,pertemuan dengan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) petang Selasa pula ditangguhkan.

Soalnya apa  ceritanya PAS nak sibuk-sibuk ‘ mencelah’ ditengah siasatan dakwaan isu  cuba murtadkan orang Islam sedangkan penjelasan mengenainya sudah diberi oleh Exco Agama Selangor yakni orang PAS sendiri.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibupejabat parti itu bahawa pertemuan dengan DUMC  telah ditangguhkan atas permintaan pihak gereja itu sendiri menerusi sepucuk surat Isnin.

“Sepatutnya hari ini ada pertemuan antara pimpinan PAS dengan Gereja Methodist Damansara Utama tapi semalam saya terima surat daripada pihak gereja menyatakan agar pertemuan itu ditangguhkan.

“Pertemuan itu ditangguhkan, sebab isu ini telah menjadi tumpuan orang dan ditafsirkan macam-macam, pihak gereja minta agar pertemuan itu ditangguhkan dulu dan tarikh baru akan ditentukan kemudian,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa..

Tambah Mustafa, disebabkan pertemuan dengan Gereja Methodist Damansara Utama tidak diadakan pihaknya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenai apa yang berlaku.

Sebelum ini Jais juga memutuskan untuk tidak mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak termasuk PAS.

“Gereja akan maklumkan kepada PAS bila tarikh lain, hari ini tidak jadi.

“Kita mahu buat pertemuan ini untuk mendapatkan maklumat supaya kita boleh buat kesimpulan tapi oleh kerana tidak bertemu tiada kesimpulan,” kata Mustafa.

Menurutnya, satu tarikh lain yang sesuai akan dicari bagi pertemuan itu.

“Kita mahu buat pertemuan ini untuk mendapatkan maklumat supaya kita boleh buat kesimpulan tapi oleh kerana tidak bertemu tiada kesimpulan,” kata Mustafa.-16/8/2011
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:04 AM | Show all posts
JAIS vs DUMC: PAS jadi siLuncai....

    Rabu, 17 Ogos 2011 04:51
    ROSLAN BIAN

Semakin jelas PAS nampak terbelit dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Pada mulanya PAS yang mahu menjaga sekutu mereka –PKR dan DAP- enggan menyatakan pendirian dalam isu wujudnya dakwaan cuba memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja terbabit.

Memberikan alasan ingin berlaku adil, PAS mahu berjumpa pihak JAIS yang melakukan pemeriksaan terhadap gereja dan pihak DUMC yang mendakwa JAIS menyerbu premis mereka.

Malangnya, atas nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama di negeri itu, JAIS tidak akan bertemu PAS sebaliknya akan menyiapkan laporan kejadian dan menyerahkan kepada kerajaan negeri.

Sekaligus, ini membuatkan PAS terpaksa menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS dan mahu jabatan itu bertindak ikut undang-undang jika ada bukti  wujud usaha memurtadkan orang Islam.

Rupa-rupanya, PAS bukan sahaja tidak dapat berjumpa JAIS bagi mendapatkan penjelasan sebaliknya pihak DUMC juga minta tangguh persetujuan bertemu PAS pada Selasa dengan alasan isu itu sudah mendapat liputan meluas.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. PAS seolah-olah terpaksa terima hakikat bahawa mereka sudah silap perhitungan politik dalam isu ini.

Sekaligus menampakkan PAS terpaksa tanggung sendiri kesan  kerana enggan menyokong tindakan JAIS sedangkan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sudah menjelaskan mengenai kejadian itu ketika mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dua minggu lalu.

Pemimpin PKR dan DAP nampaknya tidak banyak bersuara dalam isu ini.

PAS kena terima hakikat teman ketawa ramai sekali, teman menangis...menangislah sendiri.

Sebenarnya, PAS boleh menunjukkan bahawa mereka memang memperjuangkan dasar-dasar Islam dengan menyokong tindakan JAIS.

Lagipun yang membuat kenyataan mengenai pemeriksaan itu adalah pemimpin parti itu sendiri.

Dr Hasan pernah jadi Naib Presiden, pesuruhjaya negeri dan kini ahli jawatankuasa PAS Pusat, takkan mereka meragui keterangan beliau.

Bagaimanapun, di sebalik kemelut ini, ada segelintir pemimpin PAS melihat isu ini jadi beban PAS disebabkan pertembungan Dr Hasan dengan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang kini timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

“Perang’ mereka berdua dalam PAS Selangor bukan rahsia lagi.

Namun Khalid yang ditanya Agendadaily mengenai isu ini, mendakwa menghormati Dr Hasan sebagai Exco Agama di Selangor.

Isu ini katanya tidak ada kena mengena antara beliau dan Dr Hasan.

Sebaliknya beliau mempertikaikan tindakan JAIS apabila ada laporan jabatan itu menyerbu gereja berkenaan.

“Saya bukan hentam JAIS. tetapi beri pandangan bahawa Islam kena hormat rumah ibadat agama lain. Malah tak boleh membunuh dalam rumah ibadat walaupun orang itu musuh,” kata Khalid yang ditemui di ibu pejabat PAS, Selasa.

Katanya, kekeliruan isu ini apabila JAIS kata tidak serbu manakala DUMC mendakwa sebaliknya.

“Sekarang apabila JAIS kata mereka berbincang dan kemudian baru masuk periksa, saya setuju tindakan JAIS. Cuma kalau pihak gereja masih pertahan dakwaan kena serbu atau ceroboh, kena tunggu mahkamahlah,” katanya.

Khalid juga mahu JAIS mengambil tindakan jika benar ada gerakan memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja.

“Saya pertikai tindakan JAIS bukan pertikai Dr Hasan,” katanya sambil meminta semua pihak tunggu sehingga JAIS menyiapkan laporan mengenai insiden itu.

Cuma yang menambahkan pelik apabila Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tuduh UMNO ada peranan dalam serbuan JAIS.

Alasannya UMNO nak bikin porak peranda kerajaan PKR, DAP dan PAS di Selangor.

Malangbya apabila ditanya adakah beliau ada bukti UMNO terbabit, Mustapha selamba saja kata akan maklumkan bukti itu jika dapat jumpa JAIS.

Kasihan PAS semakin pening setelah terbelit dan terjerat isu ini.

Cuma takut ada pemimpin PKR dan DAP nyanyi lagu Si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan. -16/8/2011 - OLEH ROSLAN BIAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2011 11:12 AM | Show all posts
JAIS vs DUMC: PAS jadi siLuncai....

    Rabu, 17 Ogos 2011 04:51
    ROSLAN BIAN

Semakin je ...
Anak_Nogori Post at 17-8-2011 11:04

mmg tak serbu pun.... itu blogger miloais ke ape... taknak buat analisa video ka... ade tisu terbang ka kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:29 AM | Show all posts
kawan saya yang pro pakatan rakyat tanya. kenapa video itu minit minit awal dia diperlahankan. tak nak tunjuk itu serbuan ke jadi perlahankan pergerakan {:3_83:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 11:29 AM | Show all posts
byknya meratib PAS..bleh plak masuk isu politik kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:30 AM | Show all posts
kawan saya yang pro pakatan rakyat tanya. kenapa video itu minit minit awal dia diperlahankan. tak n ...
RP255 Post at 17-8-2011 11:29

spt aku tulis td.... hahahahahah
klau nak menegakkan benang basah.... klau tgk pun tahu... takde rupa org berlari pun.... alasan apa nak slow motion hanya yg edit tu yg tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:31 AM | Show all posts
byknya meratib PAS..bleh plak masuk isu politik kat sini
cak! Post at 17-8-2011 11:29

mmg ade kaitan pun... satu pihak dpt keuntgn... satu pihak terperangkap gituh
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:33 AM | Show all posts
mmg ade kaitan pun... satu pihak dpt keuntgn... satu pihak terperangkap gituh
dino Post at 17-8-2011 11:31



    ok la aku buat kesimpulan..ni semua salah PAS PAS PAS PAS anwat anwat anwat ...fuhh lega meratib
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:36 AM | Show all posts
ok la aku buat kesimpulan..ni semua salah PAS PAS PAS PAS anwat anwat anwat ...fuhh lega m ...
cak! Post at 17-8-2011 11:33

isunya bkn salah sapa.... isu skrg pendirian rasmi PAS.... yg btul berjuang atas nama agama mmg sokong jais....
yg berangan nak p putrajaya mmg gigih jaga hati pakatan.... dah mmg org tak hrpkn umno pun nak berjuang atas nama agama kan.... tp klau pkiran politaik tepu mmg suka slhkan org lain.... tak nmpk pun isu sebenar... or buat2 tak nmpk?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:42 AM | Show all posts
tapi kenapa pihak gereja yang baju hitam itu mula mula nak tipu kata tak ada muslim dalam church itu. lepas jais kata berani bagi jaminan baru dia kata tak tahu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:44 AM | Show all posts
tapi kenapa pihak gereja yang baju hitam itu mula mula nak tipu kata tak ada muslim dalam church itu ...
RP255 Post at 17-8-2011 11:42

dah mmg sah menipu... nak pelik ape lg
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:48 AM | Show all posts
dah mmg sah menipu... nak pelik ape lg
dino Post at 17-8-2011 11:44



    cuma saya hairan kenapa dia hendak bagi tahu tiada muslim dalam itu... kenapa dia nak menipu {:3_84:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 11:49 AM | Show all posts
cuma saya hairan kenapa dia hendak bagi tahu tiada muslim dalam itu... kenapa dia nak meni ...
RP255 Post at 17-8-2011 11:48

kan majlis kesyukuran utk muslim yg murtad tuh
itu psl jais 'serbu'.... yg khalid gigih mintak maaf.... wat malu sajork
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 11:56 AM | Show all posts
Bila orang Islam sendiri tak nak pertahankan agama Islam malah menyalahkan plak orang yang hendak mempertahankan Islam.

Ya Allah, Kau peliharalah akidah aku dan keturunanku semoga terus kekal di dalam agamaMU. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 12:27 PM | Show all posts
isunya bkn salah sapa.... isu skrg pendirian rasmi PAS.... yg btul berjuang atas nama agama mmg so ...
dino Post at 17-8-2011 11:36


alah...biasalah....bila salahkan UMNO tak kata plak ratib UMNO UMNO UMNO, NAJIB NAJIB NAJIB, TUYA TUYA TUYA, ROSMAH ROSMAH ROSMAH..

bila orang ratip PAS PAS PAS..eh..ni isu politik..ppgfgftffrffffffffffff...ngaku tak jugak sama2 sokong orang islam nak murtad..nama je parti islam...berbuih2 mulut cakap pasal nak mempertahankan islam...mahu je bulan posa ni AN ludah je..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 12:39 PM | Show all posts
alah...biasalah....bila salahkan UMNO tak kata plak ratib UMNO UMNO UMNO, NAJIB NAJIB NAJIB, TUY ...
Anak_Nogori Post at 17-8-2011 12:27

mangsa politaik tepu mmg camtu la jdnya.... hipokrit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.347179 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list