CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99362|Reply: 159

'Saya masih sayangkan Fazura'

[Copy link]
Post time 15-9-2024 06:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-9-2024 03:51 AM

KUALA LUMPUR: "Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan dalam media sosial sehingga kini."

Demikian kata pelakon Fattah Amin mengenai dakwaan ia bersikap curang terhadap Nur Fazura sehingga isterinya itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.

Fattah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia juga terkejut apabila hanya mengetahui isterinya itu memfailkan perceraian melalui media sosial.

"Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

"Saya amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura)," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fattah, dia berharap orang luar dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isu keretakan rumah tangganya dapat diselesaikan secara tenang.

"Walau apapun terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian, tak kira mengenali mahupun tidak kami secara peribadi.

"Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

"Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,"
katanya.

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Fattah curang bersama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.

Susulan itu, Instagram milik pelakon lelaki terbabit dibanjiri netizen apabila mereka 'ambil bahagian' sejurus berita perceraian pasangan itu dilaporkan media.- BH


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara dia bgtau wartawan ni mcm.mereka berdua langsung tidak ada perbincangan dan masing2 buat hal sendiri sampai buat satu2 keputusan besar pun sendiri2 punya keputusan..

Pelik knp Fatah ni perlu nk menegaskan kenyataan dlm berita...pi je jumpa wife dan bincang dan betulkan segala keadaan ...ni sampai ada berita ko keluar rumah semua tu ko x nk bgtau knp?...kata syg...kehkeh...sesuatu sgtlah hubungan yg pelik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Brp banyak benang daaa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hm. Hang ni, just don't avoid the conflict. Dh salah kan, discuss elok² and pandai² la pujuk. Lama oo, faz menunggu. Diam je. The problem won't it solved by being silent.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingatkan anak dia. Fazura memang takde hati perut langsung ke. Tak kesian ke kat anak tu. Dahla anak tu sayang bapak dia. Patah takyah ler cakap sayang kat Pajura. Cakap aje saya taknak anak saya dalam broken marriage.

I tak rasa Patah curang. Tengok parents dia, bertahan in marriage takde cerai berai. Usually orang akan ikut parents dia. Kalau dia punya family takde cerai berai, seboleh2 dia pun taknak cerai jugak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa habaq kat kami bamtah? Pi la habaq kat bini. Netizen just nak tunggu masa makan popcorn tunggu keputusan mahkamah. Naik mahkamah mesti ada bicara, ada bicara mesti ada aduan, ada aduan mesti ada bukti.
Dak syira pon tak file lagi defamation suit. Selagi dia tak file, kita anggap sahaja plot twist tu sembang kari made in kokdiang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2024 10:04 AM | Show all posts
mana acik2 yang lebih mengetahui tang masaalah mereka....

yang ada macam rapat dgn abdol...tahu segala seluar dalam masaalah abdol.

yang ada maciam rapat dgn pajura...tahu semua apa ada dlm pala otak pajura.




#justwaitandsee
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih acik porem analisis macam tau luar dalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ok bang
kang kita wasap kakafaz eh bgtau hang masih sayang kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 10:47 AM | Show all posts
brape episod depa nya drama nih

cam sol mkn 2,3 thn juga

begitulah realiti kehidupan sbg retis

penuh realiti & fantasi

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm gaya ayat mcm dah lama xde komunikasi laki bini, sampaikan bini gi failkan cerai pun dia x tau..masing2 bulu jembut pun naik putih dah, apa2 hal pun duduklah bertentang mata cakap, luah apa2 yg x kena..geram pulak aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... org tu diam x berkutik salah... org tu cakap terus terang secara open pun salah.
Mestilah ada direct discussion antara dia tuan badan.. tp oklah tu utk make it public sbb byk sgt speku merepek2.

For both harap selesai secara baik. kalau takde jln dah, nak cerai ok jelah cari bahagia masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 15-9-2024 08:54 AM
Dia ingatkan anak dia. Fazura memang takde hati perut langsung ke. Tak kesian ke kat anak tu. Dahla  ...

Apo le sengkek pemikiran...bestu kuarga fazura tu mak ayah, adik beradik suka bcerai berai ke? Ni mst xpernah dgn lagu Raihan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 15-9-2024 11:07 AM
Hmm gaya ayat mcm dah lama xde komunikasi laki bini, sampaikan bini gi failkan cerai pun dia x tau.. ...

Kannnn....mcm duk jauh2....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bamtah buat apa pun semua tak kena sekarang. Lepaskan je lah bamtah, bila orang dah tak sayang. Semoga tahun baru lebih baik untuk bamtah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 15-9-2024 11:07 AM
Alahai... org tu diam x berkutik salah... org tu cakap terus terang secara open pun salah.
Mestilah  ...

semua salah bamtah
diam dikatakn lembap...bg kenyataan dikata kn ckp la kt bini..takpe la bamtah..
hidup mmg keras.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:09 PM | Show all posts
Buktikan bamtah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
#teamFA
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2024 12:24 PM | Show all posts
xtinkerbellx replied at 15-9-2024 10:42 AM
Gigih acik porem analisis macam tau luar dalam

Kannn.... beria bebenor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.399519 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list