|
oleh Adib Za
Selena Gomez memang terkenal dengan rambutnya yang tebal dan cantik berkilau. Pasti ada rahsia dan petua yang diamalkan untuk kekal menawan sedemikian.
Memetik Sugarscape, Selena berasa sangat bersyukur kerana memiliki rambut cantik yang diturunkan daripada kedua ibu bapanya.
"Mereka mempunyai rambut yang tebal," ujarnya.
Dari segi penjagaan, Selena mengakui tidak mencuci rambutnya setiap hari. Hanya setiap tiga hari sekali barulah dia mencuci rambutnya dengan syampu.
Selain itu, bagi mengelakkan rambutnya menjadi kering dan rosak, Selena sesekali tidak mewarnakan rambutnya.
Rambut alami dan semula jadi lebih disukainya, selain menganggap warna rambut adalah jatidirinya.
Satu lagi tips, Selena tidak suka menggunakan perapi rambut ketika mencuci rambut. Begitulah antara tips bagaimana si cantik ini menjaga rambutnya. - CARI Infonet
Sumber foto Carian google |
|