Oleh Izzah Abbasy
Seakan perkara yang remeh dan tak ramai yang ambil tahu mengenai pembersihan terhadap mesin basuh. Bukan sahaja baju atau pakaian yang perlu dicuci, tetapi mesin basuh yang diguna juga perlu dijaga agar ia boleh tahan lama dan 'berkhidmat' baik dan setia kepada tuannya.
Apa yang penting, sediakan beberapa bahan ini :
2 gelas cuka
50 gram baking soda
50 ml air
Span
Cara-cara membersihkan :
1. Campur baking soda dan air dalam bekas kecil.
2. Tuang cuka di dalam bekas asing.
3. Tuangkan larutan baking soda di bahagian sabun.
4. Kemudian boleh masukkan cuka.
5. Tutup penutup mesin dan hidupkan sebentar seperti ingin membasuh pakaian.
6. Baking soda dan cuka akan membantu menghilangkan semua kotoran yang tertinggal dalam mesin.
7. Gunakan span untuk cuci permukaan dalam mesin basuh.
Jangan lupa untuk selalu membersihkan mesin basuh secara teratur paling tidak sebulan sekali. Ini akan membuat mesin basuh tetap bersih dan boleh digunakan secara efektif lebih lama. |