Edited by maklukpenggoda at 19-3-2024 10:00 AM
Sepanjang tempoh berpuasa pada waktu siang hari, terdapat beberapa ‘larangan’ atau perkara yang tidak boleh dilakukan yang dikhuatiri akan membatalkan puasa anda. Mungkin perkara tersebut sudah jelas pemahamannya namun ramai yang tidak sedar bahawa ada satu perkara yang dikira kecil seperti mencuci lubang dubur secara berlebihan akan membatalkan puasa!
Sudah semestinya anda mahu kawasan dubur menjadi bersih selepas buang najis besar atau kecil namun jangan terlebih cuci kerana tindakan anda akan menyebabkan puasa terbatal. Berikut merupakan penjelasan dari Ustazah Thaniah di laman Tiktoknya dan ternyata ramai yang baru cakna tentang perkara ini.
Menurut perkongsian dari Ustazah Thaniah di laman Tiktoknya ketika memberi penjelasan kepada orang ramai, perkara ini mungkin nampak ringan dan leceh namun boleh membatalkan puasa anda. Antara perbuatan yang sering dilakukan apabila membasuh dubur selepas buang air besar atau berak adalah memasukkan jari ke dalam lubang dubur kerana dikatakan akan lebih bersih cucian sedangkan perkara itu tidak wajib.
Untuk pengetahuan anda, BATAL puasa jika masuk sesuatu ke dalam rongga terbuka contohnya, lubang dubur anda. Bukan sahaja ketika buang air besar malah ketika buang air kecil juga buat kaum wanita. Bahkan, ramai yang tidak tahu bahawa najis yang sudah keluar tetapi tidak lancar dan masuk semula ke dalam lubang dubur juga dikhuatiri dapat membatalkan puasa. Baru tahu!
Jadi, apa yang anda perlu lakukan apabila berlaku situasi ini semasa membuang air besar dan mengalami sembelit adalah tekan atau urut bahagian ari-ari di bawah perut secara perlahan. Selalunya, najis akan keluar dengan lebih lancar apabila anda lakukan pergerakan ini.
|