Edited by ipes2 at 3-8-2016 08:31 PM
Apakah Insulin?
1) Hormon yang dibuat dari peptide; dibuat di dalam beta cells di dalam pancreas.
2) Membolehkan cells badan kita mendapatkan tenaga dari glucose (dari carbohydrates dalam makanan).
3) Ini sekaligus menghalang glucose dari menjadi terlalu tinggi dalam darah.
4) Ia adalah kunci yg membuka cells untuk menerima glucose dari dalam darah
5) Tanpa insulin, glucose akan terkumpul dalam darah dan merosakkan organs eg kidneys,mata, jantung, otak
6) Tanpa insulin, cells akan kelaparan
7) Cells lalu merombak fat dan muscles untuk membakarnya sebagai tenaga
8) Hasil rombakan fat adalah Ketone Bodies
9) Ketone Bodies akan terkumpul dalam darah, menjadi Ketoacids
10) Ini dapat dihidu dari pernafasan pesakit (bau manis manis gitu)
11) Bila Ketoacids sudah terkumpul, darah dan semua system mula menjadi acidic (pH jadi<7.35)
12) Badan manusia sgt sensitive dengan acid
13) pH dalam badan adalah antara 7.35-7.45 sahaja
14) Bila pH 7.25-7.34, biasanya pesakit itu unwell
15) Bila pH7.15-7.25, pesakit lalu jatuh koma dan boleh mati
16) Bila pH<7.15, biasanya pesakit sgt kritikal dan mungkin nazak
|