|
Penyanyi popular Kelantan bersama suami dan empat individu lain mengaku mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand pada 1 November tahun lalu.
Mereka iaitu Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, bersama suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35, dan empat individu, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di Sungai Golok.
Pengakuan tersebut dibuat selepas dua pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh Hakim Yuan Khao Kham di Bilik 9, Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Selasa.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh mengemukakan bukti bahawa mereka tidak memiliki bahan terlarang itu sebelum perbicaraan bagi pertuduhan memiliki dadah dilaksanakan.
Pada perbicaraan itu, keenam-enam mereka diwakili tiga peguam serta seorang peguam yang disediakan kerajaan Thailand.
Mahkamah menetapkan 11, 12 dan 14 Februari depan untuk perbicaraan kes.
Manakala prosiding keputusan hukuman pula ditetapkan pada awal Mac depan.
Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand.
Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.
Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.
Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narawhiwat pada 4 November lalu.
Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya dibenarkan ikat jamin.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|