|
oleh Adib Za
Vitamin C memang menjadi kegilaan bagi wanita yang ingin tampil dengan kulit bersih, tanpa jerawat dan anti-penuaan.
Namun, mendapatkan produk kosmetik berasaskan vitamin C bukannya murah, betul? Jangan risau, kini anda boleh hasilkan sendiri toner vitamin C khusus untuk wajah!
Dua bahan utama ialah vitamin C sendiri dan juga air mawar untuk membentuk toner anti-penuaan. Gabungan kedua bahan ini mampu meningkatkan penghasilan kolagen, menegangkan kulit, mempercepatkan penghasilan sel dan mencegah kehadiran jerawat. Hebat kan?
Cara-caranya:
Campurkan 1 sudu serbuk vitamin C dengan 3 sudu air mawar. Biarkan ia benar-benar larut dalam beberapa ketika.
Kemudian, pindahkan ke dalam botol jenis spray atau botol penitis. Simpan di lokasi yang gelap dan sejuk.
Elakkan memasukkan serbuk vitamin C secara berlebihan dos, kerana ia boleh menyebabkan kekeringan pada kulit.
Sesuai digunakan untuk kulit berjerawat, berminyak dan kombinasi. Semburkan pada kapas, dan tempelkan pada serata wajah anda. Selamat mencuba! - CARI
Foto: Carian google
|
|