|
Apala nak jadi ngan bebudak kita yer..tak habis ngan samseng sekolah... ni rogol lak... macam ner ler nak buat nih?
Jenayah: Pelajar dakwa dirogol rakan sekolah
KOTA BHARU: Seorang gadis mendakwa menjadi mangsa rogol rakan sekolahnya selepas membantunya menunjukkan rumah teman wanita remaja terbabit di sebuah kampung di Kubang Kerian, dekat sini.
Mangsa dikatakan didatangi remaja terbabit yang juga rakan sekolah ketika menunggu ibunya di luar sekolah mereka di kawasan Kubang Kerian, kira-kira jam 1.15 petang, Rabu lalu.
Remaja lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan meminta bantuan mangsa supaya menunjukkan rumah teman wanitanya yang juga bersekolah di sekolah sama.
Mangsa yang ketika itu sedang menunggu ibunya seorang diri di hadapan sekolah berkenaan bersetuju membantu pelajar terbabit lalu terus membonceng motosikal berkenaan.
Sebaik tiba berhampiran rumah berkenaan, pelajar lelaki itu dikatakan melencong ke arah lain dan membawa mangsa ke sebuah rumah tanpa nombor di sebuah kawasan kampung.
Setibanya di rumah berkenaan, pelajar lelaki itu menarik mangsa yang berusia 15 tahun masuk ke dalam sebuah bilik di rumah itu lalu merogolnya sebelum menghantarnya pulang.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum dibawa ke Balai Polis Kubang Kerian untuk membuat aduan kira-kira jam 10.40 malam, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ishak Ab Majid, berkata pihaknya sudah menghantar mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
揔ita sudah mengenal pasti pelajar lelaki terbabit yang juga rakan sekolah mangsa dan usaha mengesannya sedang dijalankan, |
|
|
|
|
|
|
|
2 pelajar pukul rakan sekelas digantung dua minggu
SEREMBAN 19 April - Dua pelajar lelaki tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 yang terlibat dengan kes memukul rakan sekelas Khamis lalu, akan dikenakan tindakan gantung sekolah selama dua minggu.
Pengetuanya, Datin Maznah Yusof berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan esok untuk menentukan tarikh hukuman itu berkuat kuasa.
Menurutnya, kedua-dua pelajar berkenaan mengaku melakukan kesalahan tersebut dan berjanji akan membaiki kesalahan masing-masing.
``Ibu bapa mereka pun telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan tidak mempunyai sebarang bantahan ke atas hukuman yang akan dikenakan ke atas anak mereka,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tambah Maznah, pihak sekolah semalam telah mengadakan perjumpaan dengan penjaga-penjaga pelajar terbabit, wakil pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Pada pagi Khamis lalu, pelajar tingkatan satu SMK Seremban 2, Manraj Karpal Singh, 13, dipukul oleh rakan sekelasnya kerana mengadu mengenai tindakan mereka yang ponteng kelas.
Bapanya seorang pegawai tentera, Mejar Karpal Singh membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
``Kes ini telah diselesaikan secara baik melalui satu perjumpaan untuk muafakat. Ibu bapa dan pelajar yang terlibat juga telah bermaaf-maafan atas apa yang berlaku,'' katanya.
Tambah Maznah, pihaknya telah menyerahkan laporan kes ini kepada JPNS dan akan menghantar laporan yang sama kepada polis hari ini.
Menurutnya, pihak sekolah tidak akan menyorok dan melindungi sebarang kejadian negatif yang berlaku di sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
wa.....macam pembaca berita la kau ni............berita terkini |
|
|
|
|
|
|
|
ada macam tu ker? ehehehehhe
Sekurang2nya kalau sapa2 terbaca kat thread ni tau la ada citer2 berkaitan jenayah bebudak skang ni. Kalau ada lain yang lain tu paste ler kat sini. Kita sama2 baca dan borak pasal hal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta PKN pecah stor UUM dua kali
ALOR STAR: Kejadian peserta Program Khidmat Negara (PKN) memecahkan stor barang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga menyebabkan sembilan peserta ditahan polis kelmarin, adalah kali kedua berlaku di universiti itu.
Bagaimanapun, ketika kejadian pertama bulan lalu, pihak keselamatan UUM gagal menahan pelatih yang terbabit dan mungkin mendorong mereka melakukannya sekali lagi dengan memecah masuk stor di Kolej Guthrie.
Berikutan itu, sembilan peserta ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jitra untuk disoal siasat tetapi menimbulkan rasa tidak puas hati sekumpulan peserta sehingga cuba menganjurkan demonstrasi kira-kira jam 8 malam semalam.
Bagaimanapun, sepasukan polis diketuai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohammad Aris Ramli, berjaya mengawal keadaan dan mengarahkan peserta terbabit bersurai dan meneruskan latihan seperti biasa.
Naib Canselor UUM yang juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohammad Basri, berkata dalam kejadian kelmarin, peserta memecahkan stor simpanan barang penuntut kolej yang sedang bercuti dan mencuri pelbagai barang seperti radio, pembesar suara komputer dan jam.
"Ini bukan kes pertama. Bulan lalu, sebuah stor di kolej lain dipecahkan dan pelbagai barang kepunyaan penuntut UUM hilang tetapi kita tidak dapat menangkap mereka yang melakukannya.
"UUM menyerahkan kepada polis untuk menyiasat perkara itu ," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tidak ada perkara tidak diingini berlaku dalam kejadian itu.
Dr Ahmad Fawzi berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti dalang di sebalik demonstrasi itu.
揇alang demonstrasi akan dihantar ke kem khas yang dicadangkan sebelum ini di Kuala Lumpur dan Selangor. Pemindahan pelatih bermasalah ke kem khas bukan bertujuan menghukum, sebaliknya membimbing remaja berkenaan ke arah kebaikan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Pelajar dibelasah depan tandas
Oleh Adha Ghazali
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Marang, tersungkur selepas ditendang dan ditumbuk seorang pelajar lain di hadapan sebuah tandas di sekolah itu, pagi, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa, 17, dikatakan ke sebuah tandas berhampiran kelasnya, sebelum ditahan pelajar itu.
Difahamkan, pelajar itu kemudian menengking serta menyatakan rasa tidak puas hatinya mengenai perselisihan faham masa lalu, sebelum mangsa cuba meredakan keadaan.
Bagaimanapun, sebelum sempat memberikan penjelasan, mangsa ditumbuk dan ditendang pelajar itu sehingga jatuh tersungkur di hadapan tandas.
Mangsa yang sedikit tercalar dan lebam di siku kanan kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Payong, kira-kira jam 1.40 petang, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Char Boo, ketika ditemui mengesahkan laporan mangsa.
Beliau berkata, suspek, 17, dikatakan bertindak kasar selepas tidak berpuas hati dengan pertelingkahan lama yang timbul antara mereka berdua dan mengambil jalan berkenaan untuk meredakan dendamnya.
揔es berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, |
|
|
|
|
|
|
|
Berita tuk hari nih takde ker????????? |
|
|
|
|
|
|
|
ader... jap
Pelajar ganggu rakan tertidur dalam kelas cedera ditoreh
KUALA LUMPUR 22 April - Akibat mengganggu seorang rakan yang tertidur dalam kelas, seorang pelajar berusia 13 tahun menerima lima jahitan selepas ditoreh di belakang badannya dengan pisau di sebuah sekolah di Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini.
Kejadian berlaku pada pukul 8.45 pagi ketika sekumpulan empat pelajar lelaki dalam kelas peralihan mengambil kesempatan bermain catur sementara menunggu pertukaran mata pelajaran lain.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohammad. Nor Masdar berkata, bagaimanapun tindakan sekumpulan pelajar tersebut telah mengganggu seorang rakan mereka yang sedang berehat di meja lain.
Katanya, ini menyebabkan pelajar yang sedang berehat itu marah lalu berlaku pertengkaran antara mereka.
``Pelajar itu kemudian berang lalu mengeluarkan pisau berukuran 12 sentimeter dan menoreh belakang badan rakannya,'' katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, ekoran itu mangsa luka sepanjang kira-kira tujuh sentimeter dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh guru sekolah untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Katanya, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tajam.
``Kita telah mendapatkan maklumat daripada pelajar terbabit tetapi kemudian melepaskannya dengan jaminan polis,'' katanya.
Katanya, polis turut memanggil ibu bapa pelajar masing-masing dan menasihatkan mereka agar tidak mengambil tindakan di luar undang-undang.
Dalam pada itu, Mohammad. Nor menasihatkan ibu bapa agar dari semasa ke semasa menyelidik beg sekolah anak masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
Periksa
SEORANG anggota polis memeriksa beg pelajar yang lewat datang ke sekolah dalam operasi membanteras gejala salah laku di kalangan pelajar di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam. - Gambar AZMAN AHMAD
--------------------------------------------------------------------------------
Polis semalam mula menjalankan operasi bagi membanteras gejala salah laku di kalangan pelajar sekolah.
Antara operasi pada waktu persekolahan itu ialah yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Cif Inspektor Muniandy Chelliah.
Mereka menjalankan pemeriksaan di kafe-kafe Internet dan pusat hiburan sekitar Wangsa Maju.
Semasa melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 20 pelajar yang lewat datang ke sebuah sekolah di Wangsa Maju pula, polis turut menemui beberapa bungkusan rokok dalam beg pelajar. |
|
|
|
|
|
|
AssamBoi This user has been deleted
|
Boss aku kena pukul.....
Pagie nie very bad news... boss kena pukul dengan botol ayer todi kat depan tmn betuah koma very bad condition...., jumaat semlm baru dia belanja we all makan KFC.... kecian kat dia... |
|
|
|
|
|
|
AssamBoi This user has been deleted
|
Sekarang nie dah tak selamat... takut assam nak kuar memalam sensorang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AssamBoi at 24-4-2004 10:54 AM:
Pagie nie very bad news... boss kena pukul dengan botol ayer todi kat depan tmn betuah koma very bad condition...., jumaat semlm baru dia belanja we all makan KFC.... kecian kat dia...
sapa yang pukul lak tu? Ish..ish..:hmm: |
|
|
|
|
|
|
AssamBoi This user has been deleted
|
Tadi assam baru balik ISC... still koma.. kesian tgk wife dia baru bersalin 3rd baby...
sapa pukul.. masih ?.. doktor ckp tak der harapan..
yg pasti boss assam nie memang baik.. soft spoken, kalau nak kata along pukul, tak tau ler gaji boss beribu-ribu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AssamBoi at 24-4-2004 03:07 PM:
Tadi assam baru balik ISC... still koma.. kesian tgk wife dia baru bersalin 3rd baby...
sapa pukul.. masih ?.. doktor ckp tak der harapan..
yg pasti boss assam nie memang baik.. soft spoken, k ...
kesiannya.... :sad: |
|
|
|
|
|
|
|
Mahkamah Syariah: Suami sumbang mahram
Oleh Fauzi Rahim Mustafa
[email protected]
SUNGAI PETANI: Seorang isteri mengemukakan cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda, di sini, dengan alasan tidak dapat menerima perbuatan sumbang mahram yang dilakukan suaminya terhadap anak kedua mereka sehingga mengandung.
Norshidah Mat Zain, 39, dari Batu 18, Guar Cempedak, Gurun, berkata akibat sumbang mahram itu, suaminya ditahan polis pada 23 Jun tahun lalu dan sejak itu dia tidak lagi menerima sebarang nafkah.
揝ebelum ini kami pernah bercerai tetapi rujuk semula pada 5 Januari 1989 dan kali ini saya terpaksa membuat aduan kepada mahkamah kerana ditinggalkan sejak 10 bulan lalu, |
|
|
|
|
|
|
Blink5o5 This user has been deleted
|
Gejala sosial kena kaji semula..semua rakyat main peranan........ |
|
|
|
|
|
|
|
masing-masing kena pikir cari jalan yang terbaik untuk menangani masalah ini.........bagaimana pula dengan dasar sosial negara diam je ade aktiviti ke
untuk menyedarkan bahaya masalah ni |
|
|
|
|
|
|
AssamBoi This user has been deleted
|
Kerajaan kena laa memainkan peranan.. buat hukuman yg lebih keras ker.. even curi barang kecik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni sedih gak. Kesian la adik comel umur 2 tahun ni.. meninggal dia.
Kemaluan mangsa dera dicubit, dubur koyak
PETALING JAYA: Pemeriksaan awal ke atas Norizayani Amilya Ahmad (gambar), yang mati akibat didera, mendapati mangsa dipercayai dicubit pada kemaluan berdasarkan keadaan lebam, manakala duburnya mempunyai kesan koyak.
Budak perempuan berusia dua tahun itu juga dipercayai mengalami kecederaan dalaman yang menjadi punca kematiannya, selain kesan lebam pada hampir keseluruhan badannya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Datuk Ghazali Mohammad Amin, berkata doktor juga menemui kesan koyak pada dubur mangsa yang dipercayai dimasukkan benda keras yang tumpul.
揃agaimanapun, kita belum dapat memastikan objek yang digunakan kerana bedah siasat belum dilakukan, |
|
|
|
|
|
|
|
Bedah siasat mayat mangsa dera hari ini
IBU bapa Norizayani Amilya bersama anak sulung mereka
menuju bilik mayat PPUM untuk menuntut mayat kanak-kanak
itu, bagaimanapun hampa apabila diberitahu bahawa bedah
siasat masih belum dilakukan. -Gambar oleh
Syamsi Suhaimi
KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat Norizayani Amilya Ahmad, yang mati akibat didera kelmarin, akan dilakukan hari ini.
Jurucakap Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, ia kerana doktor yang sepatutnya melakukan bedah siasat berkenaan berada di luar kawasan.
Sementara itu, beberapa ahli keluarga mangsa termasuk ibunya dilihat tiba di PPUM kira-kira jam 10.30 pagi semalam untuk menuntut mayat Norizayani.
Mereka bagaimanapun hanya berada di situ kira-kira setengah jam selepas diberitahu mayat Norizayani Amilya hanya boleh dituntut hari ini.
Ketika ditemui, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Norhayati, 24, berkata mereka masih berasa sedih dengan kejadian itu.
揝ehingga sekarang, saya masih tidak dapat tidur selagi anak saya itu belum dikebumikan, saya dapat merasakan seolah-olah dia masih hidup.
揝aya harap pihak hospital dapat segera melakukan bedah siasat kerana kami sekeluarga mahu mengebumikan Norizayani di kampung suami saya di Kok Lanas, Kelantan, |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|