Jangan anda sangka susu hanya baik untuk kesihatan dalaman badan sahaja. Memang ia kaya dengan protein dan juga vitamin, namun manfaat itu turut berkesan jika diaplikasikan pada rambut.
Ya, sebagai rawatan rambut. Sudahlah murah, malah ia sangat berkesan untuk menjadikan rambut semakin sihat dan juga bersinar.
Ini kerana kandungan kalsium dan juga protein dalam susu memberi 'makan' pada rambut agar kekal sihat dan juga cantik.
Seorang hair stylist Richard Marin turut mengakui kehebatan susu yang dibilas pada rambut. Katanya rambut yang dibilas dengan susu kelihatan lebih berkilau.
Anda boleh mencampurkan susu dengan bahan lain seperti madu dan strawberry untuk meluruskan rambut anda, selain membantu menjadikan rambut lebih rapi dan lembut.
Satu lagi kehebatan susu, bahan dalam susu berupa alpha hydrozy acid berfungsing membantu pengelupasan kulit kepala yang tidak sihat dan akhirnya membenarkan rambut tumbuh dengan lebat dan kuat! - CARI
Bilas Rambut Dengan Susu, Inilah Hasil Keajaibannya!
|