|
Profesor 100 Student 0
Di sebuah universiti, ada empat orang rakan baik yang selalu pulang lewat malam. Bila sudah pulang lewat malam mereka pun selalulah lambat ke kelas, kadang kala ponteng pulak tu, tambah-tambah kelas Profesor D sebab kelas bermula jam 8 pagi.
Suatu hari, Profesor D telah mengadakan satu peperiksaan. Seperti biasa, empat sekawan ni bangun lambat sebab semalam pulang jam 4 pagi. Lalu, tak sempatlah nak menduduki peperiksaan. Tapi peperiksaan tersebut banyak pulak markahnya, kalau tak duduki memang mereka akan gagal. Tak mengapa, mereka ada idea bagaimana nak memberikan alasan kepada Profesor D.
Keesokan hari, selepas kelas tamat, mereka terus berjumpa dengan Profesor D dan menerangkan mengapa mereka tidak hadir untuk peperiksaan kelas Profesor.
Empat rakan baik: Profesor D, kami minta maaf sebab tidak dapat hadir semalam dan terlepas nak duduki peperiksaan kelas Prof. Boleh tak kami nak duduki peperiksaan tu hari ini?
Profesor D: Kenapa kamu tidak hadir?
Empat rakan baik: Tayar kereta kami pancit Prof, tidak ada tayar spare. Maafkan kami tak dapat datang. Boleh tak nak duduki peperiksaan tu lagi?
Profesor D: Baiklah. Esok kamu datang ke pejabat saya dan jawab soalan peperiksaan di situ saja.
Keesokan harinya, setelah sempat buat sedikit revision, di pejabat Profesor mereka pun sudah bersedia nak menjawab soalan peperiksaan kelas Profesor D.
Setelah membuka kertas soalan peperiksaan, hanya ada satu sahaja soalan tetapi keempat-empat rakan baik tersebut terus pengsan.
Soalan:
1. Tayar manakah yang telah pancit semalam?
Markah: 100 markah
Sekadar lawak jenaka 
FKB
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|