Edited by maklukpenggoda at 25-2-2025 02:51 PM
Shah Alam: Pelakon, Hafidz Roshdi nekad memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap dua anaknya, Humairah, 8, dan Umar, 5, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, (Februari, 5).
Hafidz berkata, dia mengambil langkah itu selepas lebih setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya, yang dipercayai berada di Australia bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
"Saya sudah failkan afidavit tambahan untuk hak penjagaan dan juga hak melawat anak saya. Saya harap dengan pemfailan ini saya dapat jumpa dengan anak saya di masa akan datang," katanya.
Perkara itu disahkan peguam syarie mewakili Hafidz iaitu Puteri Ummi Kartini ketika ditemui selepas selesai prosiding pada pagi, (Februari, 5).
Menurut Ummi, tiada sebarang perintah mahkamah berkaitan hadanah yang membenarkan Nurul Shuhada membawa dua anaknya ke Australia.
"Sebenarnya, perkara ini sepatutnya sudah selesai kerana ia berkaitan dengan kes sivil (kes pukul), tetapi disebabkan dia tidak hadir, keputusan tidak dapat dibuat.
"Tanpa kehadirannya, kita juga tidak berpeluang untuk menetapkan sebarang terma hak lawatan dan perkara berkaitan," katanya.
Ummi Kartini juga memaklumkan tarikh sebutan seterusnya adalah pada 25 Februari.
Beliau menjelaskan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa masing-masing, dengan mahkamah syariah bertanggungjawab dalam urusan hadanah. Namun, sehingga kini, masih belum ada sebarang perintah rasmi mengenai hak penjagaan anak.
Petikan: Harian Metro
|