|
Edited by winamp05 at 14-11-2016 07:09 PM
Ketika Portugis menawan Melaka, tentera Portugis telah merampas beberapa ribu senjata api (bukan keris) milik tentera Melaka. Dianggarkan sekitar 30,000 senjata api telah dirampas , dimana 8,000 daripadanya adalah senjata berat atau senjata pemusnah (Weapon of Mass Destruction) pada ketika itu. Antara senjata api yang digunakan oleh tentera Melaka pada ketika itu ialah Senapang dan Meriam.
Beberapa laras senapang ini telah di bawa oleh tentera Portugis ke Jepun. Dari senapang milik tentera Melaka inilah, Jepun mula mencipta senapang mereka sendiri selepas meniru teknologi senapang tentera Melaka. Dulu Jepun mengamalkan Dasar Pandang ke Barat iaitu Tanah Melayu.
Di mana beribu-ribu senapang milik tentera Melaka itu pada masa kini? Beberapa senapang milik Panglima Melayu tahun 1800an kini dilelong di Eropah, mencapai harga sekitar RM35,000. Berapakah nilai senapang Melayu tahun 1500an? mungkin ratusan ribu atau jutaan ringgit.
Orang Rembau pakar buat senapang untuk lawan Portugis
Semakin hari semakin banyak persoalan timbul akan kaitan serangan Portugis ke atas Melaka untuk merampas senjata rahsia umat Islam ketika itu , iaitu senapang dan meriam. Kaitannya dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau dari istana Pagaruyung ke Rembau, bergabung dengan orang Asli suku Jakun untuk menghalau penceroboh Portugis dari Nusantara. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan perkhabaran bahawa pembesar Melaka telah berundur ke Rembau dan Johor. Anak Bendahara Tun Perak pula iaitu Tun Zainal Abidin pernah menjadi Datuk Lubuk China di Rembau.
Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan perkhabaran bahawa pembesar Melaka telah berundur ke Rembau dan Johor. Anak Bendahara Tun Perak pula iaitu Tun Zainal Abidin pernah menjadi Datuk Lubuk China di Rembau.
Setiap perlantikan Undang dan Yang Dipertuan Besar pada awalnya perlu mendapat restu dari kesultanan Johor. Semakin menarik sejarah ini.
Dikatakan juga orang Minangkabau adalah pakar dalam pembuatan logam terutama besi dan tembaga untuk membuat senjata api seperti senapang dan meriam, lebih lama sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara ini.
Orang Eropahlah yang merampas senjata api ini dan membawa ke Jepun. Senjata api hasil orang Melayu ini, orang Jepun belajar membuat senjata api.
Semua dapatan di atas ini perlu dibuat kajian secara mendalam, saintifik , sokongan dari pembesar, kementerian dan sebagainya. Kalau kita sanggup melabur begitu banyak untuk mengenang kembali Peristiwa Bukit Kepong, kenapa tidak dilakukan pelaburan yang lebih lagi untuk mengkaji sejarah bangsa sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara?
Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah
Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?
kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Minangkabau termasuk Rembau masih tak tau buat senapang la di kurun ke16.  Seperkara lagi... dragoon maksudnya ialah tentera berkuda. Tiada kaitan dengan asas usul pistol |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]kornea replied at 4-11-2016 08:27 AM
Minangkabau termasuk Rembau masih tak tau buat senapang la di kurun ke16. |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli thread macam ni dah banyak dibincangkan. ada tak sesiapa yang rajin nak bagi link kat aku dalam ni beberapa ketul thread yg pernah dibuka sama macam thread ni. nanti aku bagi hadiah. bila dah jumpa aku nak mergekan.  |
|
|
|
|
|
|
|
thread tu ada problem. aku tak boleh nak merge pun. tak pe lah. still aku bagi reward. kekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
Format trigger dan trigger guard dicipta oleh Melaka.  Sebelum ditiru hingga ke hari ini, semua negara Eropah termasuk empayar Usmaniyah hanya menggunakan tuas yang digenggam untuk menembak. Kecuali senapang Bohemia yang ada butang di tepi untuk ditekan.
Mekanisme berspring  untuk melepaskan hammer berfius dengan amat pantas ke arah bahan peledak peluru juga adalah ciptaan Melaka serta Bohemia. Senapang lain semua tiada trigger seperti Melaka atau butang seperti Bohemia, maka hanya merapatkan fius kepada peledak secara perlahan lahan dengan menggenggam tuas   
|
|
|
|
|
|
|
| |
|