Edited by pengecattaik at 25-2-2025 06:08 AM
BERLIN - Pemenang Pilihan Raya Persekutuan Jerman, Friedrich Merz berikrar untuk mula bertugas pada Isnin meskipun berdepan cabaran bagi membina kerajaan gabungan baharu.
Merz turut memberi amaran terhadap lebih banyak risiko 'kelumpuhan' di Berlin jika menangguhkan proses pemulihan selain menggesa blok Eropah membina pertahanan mereka sendiri untuk menghadapi 'perubahan yang memeningkan' dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Blok konservatif CDU/CSU pimpinannya meraih 28.5 peratus undi, sekali gus menewaskan Parti Demokrat Sosial (SPD) dipimpin Canselor Olaf Scholz dan Parti Hijau manakala parti berhaluan kanan, Alternatif untuk Jerman (AfD) yang memperjuangkan dasar antipendatang berada di tempat kedua dengan memperoleh 20.8 peratus undi.
Merz, 69, bakal dilantik sebagai Canselor negara ekonomi terbesar Eropah itu untuk menggantikan Scholz setelah keruntuhan pakatan pendahulunya itu.
"Saya akan mengembalikan semula kegemilangan Jerman di blok ini dan supaya dunia melihat Berlin di bawah pimpinan yang stabil sekali lagi," ujarnya. - AFP
|