CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27620|Reply: 218

Nak berpisah tapi husband tak nak, aku dituduh kena sihir pulak

[Copy link]
Post time 2-12-2016 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by arlyssa at 2-12-2016 04:45 PM

Salam semua.
saya ada satu permasalahan nak share n minta oopinion.
Saya dah kawin 8 thn, anak 3.
Selama kawin saya tak pernah dapat nafkah zahir yg sepatutnye seorang suami beri.
Dari awal perkahwinan mmg semua sy yg support sbb gaji dia jauh lebih rendah dari saya.
Saya pula tak pernah mendesak mintak sbb saya ada duit saya sendiri.
sbnrnye pernah je minta sbb nak rasa duit dari seorg suami, tp dia kata xde ..
mmg xde pun sbb duit dia abis utk bayar hutang blajar dia n bagi emak dia .
Tp saya rasa dah malas nak support itu ini lg
rasa mcm dah fed up
perasaan syg makin lama makin kurang sampai xde dah
so sy ingat lebih baik cerai je
tp dia xnak
skrg ni jd serba salah
dia perangai mmg ok, layan anak, tolong keje umah.
cume bab tanggungjawab sbg suami menyediakan nafkah, tmpt tinggal , makan pakai isteri n anak2 je x bole
dia tunaikan.
patut ke sy teruskan dgn niat sy nak pisah .
tqia semua.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau rasa nak berpisah berpisah jelah

kalau dia taknak talakkan minta je lah fasakh

bawak bukti berwibawa dia x pernah tunaikan nafkah
dia memang xmau bercerai sebab hilangla segala kesenangan dan kemudahan, kalau bincang elok elok pastu bagitahu suruh buat kerja part time dia mahu tak, memanglah buat parttime tu penat tapi lagi elok dari masuk neraka sebab tak bagi nafkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 12:52 PM | Show all posts
kalau dah ada banker, sapa nak lepas..
kalau dia lepas, sapa nak tanggung hidup bahagia dia tu..
gi la rujuk pejabat agama dulu..
minta pendapat mereka yang lebih arif dan minta mereka nasihatkan suami tentang nafkah..
kalau dah dinasihat masih tak berubah jugak, sila halau jah biawak tu..
nafkah turutan pun mak selepas diri sendiri, bini dan anak-anak..
so kewajipan dia bagi nafkah pada awak dulu..
kalau ada lebih baru boleh bagi ke mak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 01:43 PM | Show all posts
tp kes sy susah sikit
my parents tak bg cerai
dorang ingat sy kena buatan org sbb tu nak cerai
sy ada kedai n mmg ada pesaing
mmg ada kena buatan pun n dah sethn berubat
bila kena kedai tu akan kurang customer
bila berubat ok blk

skrg ni perawat kata pesaing tu dah masuk stage kedua
dia nak kacau bilaukan rumahtangga sy pula
supaya sy x fokus bisnes

tp sy x rasa sy kena sihir
masalahnye my parents percaya yg sy kena sihir
sbb tu nak cerai
so sy nak cerai ni takde support dr family sendiri

in fact dilayan mcm org sakit
apa sy ckp xnak didengarnye
katanye ni bukan sy

perghh seksa hidup cmni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
@melatibiru
Exactly sama macam yg i cerita u kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak nak tukar kerja ke? Suruh lah dia cari kerja yang bergaji elok sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2016 01:58 PM | Show all posts
cha-cha replied at 2-12-2016 01:55 PM
Dia tak nak tukar kerja ke? Suruh lah dia cari kerja yang bergaji elok sikit.

taknak
dah suh dia cari keje lain
tp dilengah2kan
dia rasa mcm xde urgency gitu
dia dah dlm comfort zone sangat
meluat pulak sy tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 01:58 PM | Show all posts
cha-cha replied at 2-12-2016 01:55 PM
Dia tak nak tukar kerja ke? Suruh lah dia cari kerja yang bergaji elok sikit.

taknak
dah suh dia cari keje lain
tp dilengah2kan
dia rasa mcm xde urgency gitu
dia dah dlm comfort zone sangat
meluat pulak sy tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2016 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
arlyssa replied at 2-12-2016 01:58 PM
taknak
dah suh dia cari keje lain
tp dilengah2kan

Lelaki macam ni dia dah selesa dengan apa yang dia ada.. apa-apa jadi pun dia ada u. U boleh support life dia so buat apa dia nak amik risk dan ubah apa yang dia selesa sekarang kan..

I paham bila u kata family tak kasi u cerai. Asal berlaki konsepnya... kalau u cerai juga, takut u terpaksa sendirian nak mulakan hidup baru..

Sekarang ni terltak pada u. U majukan diri u sampai bertiang-tiang jauh u tinggalkan dia dan bila u dah confident, u minta fasakh. But not simple as that... nak kena bukti dia tak bayar nafkah segala..


*tension pula dengan iklan otomen ni  
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
arlyssa replied at 2-12-2016 05:58 AM
taknak
dah suh dia cari keje lain
tp dilengah2kan

Ye lah. Sebab dia dah terlalu selesa.
Berpisahlah sementara, tengok dia ada effort tak nak betulkan keadaan. Kalau takde jugak, blah je lah. Asalkan anak2 tak menjadi mangsa ok sis?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah jgk ekk situasi mcm ni...lau kita g jab agama apa ekk tindkan yg bakal di ambil..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 02:51 PM | Show all posts
Pilih lah antara tanggungjawab atau duit. Kalau dia berduit esok, adakah dia terus setia? Minta lah dia tolong dalam bisnes you, at least mungkin hati sis akan lebih ikhlas bila menanggung beban keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 03:00 PM | Show all posts
arlyssa replied at 2-12-2016 01:43 PM
tp kes sy susah sikit
my parents tak bg cerai
dorang ingat sy kena buatan org sbb tu nak cerai

stendet org melayu kalau slah skit semua kena sihir !!
ko penah dengar ke McD or KFC kena sihir ???
pegi je pejabat agama bukak file cerai... nanti naik court jgn lupa bwk semua bukti yg ko memang bela biawak hidup selama ni
kalau ade saksi lg bagus...
p/s hidup ni sementara so pilih la happiness over sadness jgn pk sgt psl org lain even to ur own family
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 03:56 PM | Show all posts
cucumberkl replied at 2-12-2016 03:00 PM
stendet org melayu kalau slah skit semua kena sihir !!
ko penah dengar ke McD or KFC kena sihir ? ...

tq tq..
saya mmg nak pilih my own happiness
drpd jaga hati org tua n laki sendiri tp hati sy terseksa
walaupun sian kat husband cmane dia nak hidup lepas ni
tp malas la nak pikir
pandai2 dia la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 04:10 PM | Show all posts
TT, sayangi diri u dulu.. klu berterusan mcm ni..u pun takkan happy sampai bila2.. mkn ati berulam jantung..


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 04:22 PM | Show all posts
Sebelum buat keputusan terburu2, better akak calm down and try to think back.
Bukan ape, walaupun dah 8 tahun berkahwin..kia kena jaga akad itu sebaik2nya.
Cerai memang mudah untuk kita ungkapkan. Memang penceraian itu tak salah dan halal.
Tapi kena ingat juga ianya perkara yang halal tapi dibenci Tuhan. In the end kita akan disoal balik ketika didepan denganNYA suatu masa nanti. Time tu xda sapa akan tolong, sebab every decision kite sendiri yang buat.

Apakata akak cuba bertenang, cuba fikir balik masa mula2 berkahwin. Sebelum ada anak,
Adakah akak dan suami pernah berbincang di awal perkahwinan mengenai soal nafkah dan juga lifestyle nye standard. Bukan nk mencari salah sesiapa sama akak ataupun suami.
Cuma kita kadang2 terlepas pandang. Benda nampak kecil dan remeh je..tapi bila berlarutan hingga 8-10 tahun, kesan memang amat jelas.

Cuba slow talk ngan suami, bincang elok2. Cuba pujuk dia untuk berubah untuk cari kerja lain yang lebih stabil dan boleh support family walaupun sikit xpe..slow2 dulu..then 2-3 tahun lagi cuba cari kerja lain. Lama kelamaan segala kekurangan itu akan hilang sikit demi sedikit.
Memang saya akui lelaki ada egonya..tapi ego itu sementara dan mudah cair dengan kasih sayang seorang isteri.

Cuba amalkan solat hajat dan tahajud setiap malam. Bangun dan dirikan solat hajat dan tahajud berdekatan dengan kamar tidur. Berdoa dan pohonlah kepadaNYA,
1. minta buka pintu hati si suami untuk berubah menjadi yang lebih baik.
2. minta luaskan pintu rezeki si suami dan akak.
3. minta ringankan beban masalah yang dihadapi.
4. Kurniakan dan kekalkan kebahagian bersama.
5. Minta pada Tuhan untuk ingatkan dia akan janji2 dia kepada Tuhan semasa lafaz akad itu. (ini paling penting sebab bila kita nk jadi suami..kita telah berjanji untuk terima dan bertanggungjawab ke atas si isteri dengan Allah SWT.)

Kalau nak nangis masa berdoa, nangis je akak. Luahkan kepada Tuhan.

Mengenai dirikan solat berdekatan dengan kamar tidur (dekat dengan suami tidur) untuk biar dia dengar setiap doa2 akak pohon selepas solat. Dengar setiap rintihan akak kepada Tuhan. Lama2 nanti Insya Allah, perasaan belas kasihan kepada isteri dan anak2 semakin menebal. Disitu akan membuka hati suami untuk berubah menjadi yang lebih terbaik.

Maybe mula2 dia xsedar masa akak berdoa (kes lena betul ni). Tapi xpe..jgn putus asa, Yakin pada Allah SWT..dont give up. Lama2 nnti dia akan tersedar dgn setiap malam akak bangun beribadah. Cuma akak kena sabar dan berusaha.

Kalau kita tanamkan sifat kebencian atau putus asa pada seseorang, akak dirikan solat istikarah dan doa sampai air mata darah sekalipun, apa yang akak nampak adalah sifat benci dan putus asa akak kepada suami. Sebab kita dah tanamkan perasaan-perasaan buruk itu dalam diri kita awal2.
Tapi jika akak buat kerana mencari keredhaan Tuhan dan berdoa kerana Allah..Insya Allah akan diberi petunjuk yang baik2.

Sebab apa yang terjadi ada salah silap samada ada di pihak si suami atau di pihak akak atau kedua2nya. The best way is akak reflect balik apa yang terjadi.

akak cuba fikir pasangan orang2 dahulu..diaorg lagi susah..sumber pendapatan sikit je. belanja pon sekadar keperluan..tapi rumahtangga tetap bahagia dan dikurniakan anak2 yang ramai.

Saya sendiri walaupun bujang, tapi saya memang against penceraian. Saya kalau boleh cuba elak penceraian. Saya sayang bakal isteri saya (wlpun xtahu siapa dan dimana)...cewahhhhh. Tapi itulah..tepuk dada tanya selera.

Saya harap akak bersabar. Dan semoga segala permasalahan akak diringankan olehNYA.

p/s: Maafkan saya kalu apa yang diperkatakan ini mungkin susah nk dihadam. Tulisan mcm karangan. Itu memang xboleh nk buat ape dari pihak saya, huhu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mokcikKSKB at 2-12-2016 04:54 PM

Dia kalau gaji laki seciput mana pun tp nmpk usahan bagi nafkah kat anak bini kira dia dh bertanggung jawab dah pun.kalau laki tt ni kaya raya sekalipun tetap x jamin tt akan dpt nafkah bulanan. Sbb dia tau tt berduit dan tt dh biasakan diri sponsor dia sampai 8tahun...salah kau jugak tt didik laki kau jd camni.
So..drpd terus mengungkit dan benci kat laki sendiri ada baiknya mintak cerai je...kalau x sanggup tanggung dosa mintaklah fasakh.

Lps ni mohon carik suami yg sekufu..,
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 05:14 PM | Show all posts
Adeh..
Kalau laki tu baik.. bertanggung jawab, tapi financially kurang , ade kah sebab yang kukuh untuk bercerai?

Akak pun ckp akak punye financial stable, so mmg takde masalah kewangan ahh.. cuma tak dapat merasa duit suami.. kukuhkah??

Unless kalau suami gaji ciput.. akak punye gaji pun tak cukup nak cover makan, pakai, anak2, pastu laki takde usaha nak perbaiki keadaan.

Yelah pada aku, dalam Family tu ade yang laki dia rezeki lebih, ade yang bini dia gaji lebih, so sapa yang lebih confirm lah akan contribute lebih kat family..

Cube terbalikkan keadaan pulak, dapat laki yang sponsor semua sekali luar dalam tapi tak bertanggungjawab, beter ke mcm tu?

Life is not perfect. U cant have everything.

itu pendapat aku ahh..
kalau ko ckp laki langsung malas nak keje, tak layan ko dan anak2, kaki pukul ke, kaki socmed ke, malas solat ke lain ahh
Kesian kat anak2... sebab yang biasa jadik mangsa perceraian ialah anak2. impact dia besar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 2-12-2016 05:14 PM
Adeh..
Kalau laki tu baik.. bertanggung jawab, tapi financially kurang , ade kah sebab yang kukuh u ...

Bila dah lama2 hati jd tawar..
Tgk laki org lain blanje bini beli itu ini hati jd sedih, jeles.. bukan nk emas ke hapa, setakat blanje mkn pun x dpt.
Mcm rasa kempunan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 2-12-2016 05:14 PM
Adeh..
Kalau laki tu baik.. bertanggung jawab, tapi financially kurang , ade kah sebab yang kukuh u ...


Tak bg nafkah mmg alasan yg kukuh sis/bro.
3 bulan x bg nafkah isteri dh layak tuntut fasakh, inikan pulak 8 thn.. huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063073 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list