View: 1667|Reply: 1
|
Virus Misteri Dihidapi 40 Sekeluarga Punca Di Kajang? (Jangkitan Atypical Klebsi
[Copy link]
|
|
Virus Misteri Dihidapi 40 Sekeluarga Punca Di Kajang?
Published on Feb 10, 2017 in Jenayah/Utama & Sensasi
KOTA BHARU – Dunia maya tempatan sejak kelmarin kecoh tular dengan kes sedih 40 sekeluarga Kelantan ditahan di Hospital Tanah Merah akibat virus misteri berpunca di Kajang, Selangor.
Penularan itu pada mulanya hanya mengakibatkan demam biasa sebelum menyebabkan kematian kepada keluarga tersebut yang datang jauh bercuti sempena Tahun Baharu Cina dan menetap di sebuah rumah inap desa di Kajang.
Menurut media tempatan, Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan virus misteri itu berpunca akibat jangkitan pernafasan, manakala ada netizen mendakwa sudah ada 3 kes dengan 1 kematian pernah direkodkan sebelum ini.
Virus misteri seumpama wabak zombie itu ‘menyerang’ tiga keluarga yang tinggal di sebuah homestay di Taman Seri Jeluk, Kajang. Serangan itu tidak berupa gigitan seperti dalam cerita zombie tetapi melalui jangkitan respiratori.
Keluarga malang berkenaan yang diserang virus misteri itu secara kebetulan memiliki sejarah lawatan sama kerana mereka pada asalnya hanya pergi bercuti panjang ke Kuala Lumpur dari 27 Januari sehingga 31 Januari lalu.
Mereka tinggal di sebuah inap desa di Taman Seri Jeluk. Kes pertama lelaki berumur 59 tahun yang mempunyai sejarah kencing manis, darah tinggi dan asma tiba di Kajang pada 27 Januari dengan gejala demam dan batuk.
Pada 4 Februari kira-kira jam 11 malam, mangsa dimasukkan ke Hospital Tanah Merah dan terpaksa diberi bantuan pernafasan pukul 5 pagi keesokan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Pesakit itu dimasukkan pada jam 8 pagi namun meninggal dunia pukul 5 petang hari yang sama. Doktor ketika itu hanya memberi sebab kematian sebagai Severe Pneumonia. Kes kedua pula melibatkan lelaki berumur 28 tahun.
Mangsa dimasukkan ke Hospital Tanah Merah pada 8 Februari jam 2 pagi dengan gejala respiratori dan sekarang masih berada di situ untuk proses inkubasi. Manakala kes ketiga membabitkan seorang kanak-kanak kecil.
Pesakit tersebut yang berumur 2 tahun mendapat gejala selesema ringan dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Batu Gajah. Semua kes adalah dari Taman Seri Jeluk dan kebetulan mempunyai sejarah lawatan pada tarikh sama.
Penularan cerita penyakit misteri itu menyebabkan siasatan lanjut segera dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah dan Kota Bharu malah Jabatan Kesihatan Selangor turut dimaklumkan berkaitan insiden tersebut.
Maklumat awal setakat ini menunjukkan tiada kelainan dalam pelaporan kejadian kes respitori tersebut, namun kebanyakan netizen sudah mengeluarkan pelbagai amaran awal khususnya kepada penduduk sekitar Kajang sendiri.
Sebagai langkah pencegahan awal, elakkan berkunjung dan meminum air di rumah rumah yang pernah dikunjungi mangsa di kawasan Kampung Panglima Bayu dan Taman Seri Jeluk, Kajang dalam masa terdekat ini.
Ini kerana secara kebetulan virus itu telah pun merebak sejak kematian salah seorang penduduk Kampung Panglima Bayu baru baru ini dan sekarang adik ipar arwah disahkan oleh pihak hospital dijangkiti virus tersebut.
Mangsa kini berada di Unit Rawatan Rapi HRPZ II Kota Bharu kerana tidak sedarkan diri. Pihak hospital juga telah mengkuarantinkan keluarga dan waris pesakit tersebut daripada berada di kawasan terbuka atau luar rumah.
Virus ini kebetulan juga telah dibawa balik oleh mangsa semasa beliau bercuti di Taman Seri Jeluk sempena Tahun Baharu Cina baru baru ini. Arwah telah disahkan meninggal dunia akibat virus misteri ini dalam masa 24 jam.
Bagaimanapun ada yang berpendapat, virus misteri yang dikaitkan dengan punca kematian seorang lelaki di Hospital Tanah Merah pada Ahad lalu dipercayai disebabkan oleh bakteria Atypical Klebsiella Pneumonia.
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, bakteria yang tersebar melalui udara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami jangkitan saluran pernafasan sehingga boleh membawa maut.
Namun kisah penularan virus misteri itu sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Kajang yang selama ini terkenal dengan kesitimewaan sebagai bandar sate tersohor, sejenis masakan warisan masyarakat Jawa zaman silam.
Kajang yang hanya terletak 20 kilometer dari selatan Kuala Lumpur sebelum inu sering menerima gambaran negatif dengan pelbagai masalah banjir kilat dan kesesakan lalu lintas teruk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/virus-misteri-dihidapi-40-sekeluarga-punca-di-kajang/ |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya...macam-macam sekarang penyakit bawaan yang kita x nampak |
|
|
|
|
|
|
| |
|