View: 13242|Reply: 42
|
Resepi Rendang daging yang sedap dan menjadi
[Copy link]
|
|
tried and tested by me and ramai suka
Rendang Daging Sedap Giler
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
1 kg daging
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan gula
Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan jintan putih - sangai
Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.
Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.
Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.
Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.
Cara memasak menggunakan periuk Noxxa:
Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk PC ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.
***Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.
credit: http://aziejaya.blogspot.co.id/2015/06/rendang-daging-sedap-giler.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah lagi satu bahan Buah Keras.
Nk lagi beraroma letak Daun Limau Purut.
Aku letak juga Daun Salam. |
|
|
|
|
|
|
|
Felycya replied at 6-5-2017 12:47 PM
Tambah lagi satu bahan Buah Keras.
Nk lagi beraroma letak Daun Limau Purut.
Aku letak juga Daun Sa ...
Suka letak daun kunyit...wangi je bau |
|
|
|
|
|
|
|
iman_kasih replied at 6-5-2017 11:57 AM
Suka letak daun kunyit...wangi je bau
Itu sudah menjadi satu kemestian kalau fel pon.
Termasuk kunyit hidup.
Huhuhuuhuuwwwaaa...
Kena lh buat ni jap lagi iman.
Terliur...
Buat rendang daging basah. |
|
|
|
|
|
|
|
Felycya replied at 6-5-2017 12:59 PM
Itu sudah menjadi satu kemestian kalau fel pon.
Termasuk kunyit hidup.
2 minggu lepas baru buat tp guna ayam |
|
|
|
|
|
|
|
iman_kasih replied at 6-5-2017 12:00 PM
2 minggu lepas baru buat tp guna ayam
Ayam kampung sedapnyeeee imaaannnnnn...
Ayam pencen pon sedappp...
Ungkepkan pon sedap...
Ya allah... Terliur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow ungkep...u dh bg idea nk msk ptg nnt. Many thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnyaa boleh try resepi ni |
|
|
|
|
|
|
|
tq share. nak cuba lah nanti. harap harap menjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-5-2017 01:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
swayne replied at 6-5-2017 01:23 PM
tq share. nak cuba lah nanti. harap harap menjadi.
U ikut je sebijik mcm dlm resepi.confirm jadi.
Aku tak pernah masak rendang sebelum ni. Pakcik n makcik aku repeat 2 3 kali walaupun paginya diorang dah puas melantak.4 kilo daging tahan 2 hari je |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 6-5-2017 01:46 PM
U ikut je sebijik mcm dlm resepi.confirm jadi.
Aku tak pernah masak rendang sebelum ni. Pakcik ...
Semangat pula i baca komen you ni. Tak sabarrrrrr nak merendang! |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya..thanks tt for the recipe..huhuu ;-) |
|
|
|
|
|
|
|
tq TT for the receipi |
|
|
|
|
|
|
|
Rendang bertali tu sedap cane deme buat..blend daging tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya..akan ku cobain nt |
|
|
|
|
|
|
|
Resipi Azie Kitchen memang sedap2 uols. Try resepi puding karamel sheol. Sedap gila kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|