Edited by Vivo_MY at 7-7-2017 07:22 PM
Jika tahun ini, pengeluar telefon pintar berlumba-lumba meletakkan teknologi dwi kamera, lain pula ceritanya buat vivo. Pada acara MWC 2017 di Shanghai baru-baru ini, vivo telah menampilkan teknologi baru selain teknologi pengimbas cap jari ultrasonik. Penonton dipersembahkan pula dengan dua teknologi baru oleh vivo.
Pertama yang diperkenalkan ialah ciri fotografi DSP. Ciri ini berfungsi untuk penggambaran yang lebih terang serta mampu menarik lebih banyak cahaya msuk ke dalam sensor. Selain itu, ia menawarkan teknologi yang memudahkan pengguna bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik dan ketepatan pada exposure, sementara kelajuan pemprosesan gambar juga telah dipertingkatkan.
Tambahan lagi, fotografi DSP boleh mengambil beberapi gambar RAW semasa merakam termasuk merendahkan tahap noise pada cahaya yang malap. vivo juga masih mengekalkan ciri kecantikan pada raut wajah menggunakan mod Beauty di peranti.
Beralih pula kepada kategori audio, vivo telah memasukkan cip terbaru DAC dan fon kepala yang menggunakan teknologi amplifier. Selain itu, fungsi Hi-Fi pula menawarkan pengalaman muzik yang lebih tinggi hadir dengan X play6 mampu menghemburkan SNR setinggi 122db, dynamic range sebanyak 120db dan distortion pada -111db dengan kuasa output sebanyak 2.2VRms.
Implimentasi ini lantas memberikan telefon pintar vivo selangkah ke hadapan berbanding telefon pintar biasa.
Sumber : Ering Malay
|