CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7878|Reply: 15

Kesiannya, Zakar Lelaki Ini Membesar 5 Kilogram Akibat Digigit Nyamuk

[Copy link]
Post time 27-10-2017 04:58 PM | Show all posts |Read mode







Kebiasaannya kaum lelaki mengimpikan alat sulit yang besar dan panjang namun bagi seorang pemuda di Kenya, memiliki zakar yang besar merupakan pengalaman terburuk dalam hidupnya.


Horace Owiti Opiyo, 20 tahun atau mesra dipanggil Forence terpaksa menjalani pembedahan kerana zakarnya membengkak hingga lima kilogram.


Forence tidak dapat mengenakan pakaian normal seperti kawan-kawannya lain selepas menemui benjolan di kemaluan pada 2006.


Seterusnya pada 2007, dia menjalani pembedahan tetapi benjol tersebut muncul kembali sehingga membuatkan buah zakarnya kembali membengkak dengan lebih teruk, menurut laporan media di negara Afrika itu.






Hasil kajian sekumpulan doktor akhirnya mengenal pasti keadaan yang dialami Forence ini berlaku akibat gigitan nyamuk yang kemudian membawa larva ke dalam aliran darahnya. Ulat halus itu tumbuh menjadi parasit.


Ia selepas itu tumbuh subur menutup sistem aliran darah sehingga menyebabkan pembengkakan. Situasi pelik ini menyebabkan pemuda berasal dari kota Kibigori itu mengalami rasa kesakitan yang agak luar biasa.


Bahkan keadaan tersebut membuatkan dirinya tidak dapat menjalani kehidupan normal. Malangnya, masalah ekonomi pula mengakibatkan Forence tidak dapat membayar kos pembedahan di sebuah hospital tempatan.


Justeru dia cuba kepada perubatan secara herba tetapi ia juga belum berhasil. Forence menerusi catatan dalam akaun Facebooknya menulis: “Pada awalnya benjolan itu amat kecil, seperti bisul sebelum tumbuh besar.


“Saiznya menjadi seumpama kepalan tangan saya dan terus bertambah besar.” Akibat masalah ini, Forence terpaksa berhenti sekolah kerana batang zakarnya terus membengkak membuatkan dia tidak mampu mengenakan pakaian.


Bukan itu sahaja, Forence gagal berjalan kerana menanggung berat kemaluannya. Dia juga menjadi bahan jenaka rakannya. Pemuda ini tinggal bersama saudaranya, Eliza dan neneknya, Salina selepas ibu bapanya meninggal.








“Saya katakan kepada nenek jika saya dijangkiti penyakit tetapi saya tidak tahu penyakit apakah yang menyerang saya. Ini mungkin satu sumpahan, saya tahu ini bukan pekerjaan Tuhan, tetapi syaitan,” tambah dia lagi.


Sebagai usaha untuk menolong pemuda ini, jiran tetangganya, Duncan Otieno mengambil foto Forence dan memuat naik kisah sedihnya menerusi laman sosial Facebook sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan.


Berita ini sampai kepada isteri Gabenor Kisumu, Olivia Ranguma. Wanita tersebut kemudian meminta bantuan seorang doktor untuk memeriksa keadaan Forence dan membawa pemuda itu ke sebuah hospital pakar.


Kemudian sepasukan doktor di Hospital Jaramogiginga Odinga memeriksa Forence dan menyatakan dia mengalami situasi penyakit apa lazim disebut dengan kelainan Scrotal elephantiasis dan memerlukan dua kali pembedahan.


Foto - dailymail.co.uk




Syukurlah, selepas dua pembedahan tersebut berjaya akhirnya Forence kini sudah dapat hidup normal seperti lelaki lain dan bercita-cita ingin memiliki isteri suatu masa nanti. - CARI



AMARAN : Video di bawah ini mengandungi grafik lucah dan mungkin mengganggu mood anda.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2017 05:18 PM | Show all posts

ini dah kategori cacat sampai ssah  gerak. jantan mana gila nak besar dan berat macam itu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Happynye muka dia terkangkang atas katil tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kene mcm kaki gajah tu. Mmg penyakit pembawaan nyamuk. Yg ni nasib die terkena kt kemaluan.. Kesian la hai pakai seluar pun susah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Robbana..
Kencing dalam besen ke tu..
{:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada bc baru2 ni juga  beruang lidah bengkak besar sangat . Dah operate dah. Pun disebabkan gigitan nyamuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2017 11:00 AM | Show all posts
org cakap saiz nalla...ni la
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 12:05 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 28-10-2017 11:00 AM
org cakap saiz nalla...ni la

ni bukan nalla...ni bala dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2017 10:53 AM | Show all posts
perggh gila seksa betul .. macam mana lah dia nak membuang ...? terkencing terberak .. cannot imagine ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 12:12 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 28-10-2017 11:00 AM
org cakap saiz nalla...ni la

acik2 kepama forum selalu la sebut nalla tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 03:04 PM | Show all posts
kesian dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 05:12 PM | Show all posts
Aiyoooo hakak kenod handle this type. hakak surrender
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2017 02:39 PM | Show all posts
Hoho. Melampaunya saiz. Baguslah dah sembuh dan bolehlah berkahwin selepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 01:49 PM | Show all posts
Camni pn dijadikan berita
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 03:14 PM | Show all posts
nyamuk jantan ke betina yg gigit tu... huhuhuhu.... kesian dia....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang last x boleh tahan {:yameteh ingin beristeri hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.138902 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list