CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11614|Reply: 25

Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda

[Copy link]
Post time 21-12-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-12-2024 11:37 AM


KOTA BHARU – Keluarga penyanyi wanita sohor Kelantan yang ditahan bersama pil kuda di Golok, Thailand awal November lalu tidak menolak kemungkinan terpaksa menjual tapak rumah sebagai jalan terakhir untuk membiayai kos guaman bagi mengendalikan kes berkenaan.

Salah seorang ahli keluarga yang enggan dikenali mendedahkan, mereka tidak mampu untuk menyediakan wang berjumlah RM1.3 juta atau 10 juta Bath sebagaimana diminta oleh dua peguam dari Thailand.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan ada peguam dari Thailand yang menawarkan khidmat itu. Sejujurnya kami tidak mampu dan jumlah tersebut terlalu tinggi.

“Kami bukan dari keluarga berada (kaya) yang mampu mengumpulkan wang sebanyak itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, ketika ini mereka hanya mampu berdoa dan meneruskan solat hajat bagi memudahkan urusan penyanyi itu yang sedang menjalani tahanan reman di Penjara Narathiwat.

Terdahulu, media melaporkan, ada dua peguam dari Thailand masing-masing tawar 10 juta Bath (RM1.3 juta) untuk bela kes penyanyi sohor Kelantan yang ditangkap bersama pil kuda di mahkamah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita yang popular dengan lagu-lagu daerah negeri ini ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand.

Kesemua individu termasuk penyanyi berusia 20-an itu ditahan dalam serbuan pada pukul 5 pagi waktu tempatan.

Susulan itu, kesemua mereka di reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2024 04:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anda perlu bertanggungjawab di atas segala tindakan anda.


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah bakalan jadi benjy versi thailand?


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Fikir sebelum buat. Sian pd keluarga. Tp yaa.. semoga dijauhkan dari kita benda2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat benda tak betul kt siam memang siap sedia duit lah, dah tertangkap tak boleh undo. Pengajaran jgn sama sekali melibatkan diri dgn jenayah, baik akan kantoi atau tak. Dah kantoi tak boleh putar balik masa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Then family nak buat crowd funding ke keluarkan si tokan dadah 6k pill kuda nie? Sendiri yang carik pasal, so tanggung la akibatnya. Semoga insaf di balik tirai besi
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya upah peguam 1.3M. Macam melampau pula harganya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
So nk kutip derma ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk je la pnjara tu. Nyusah mak bpk nk cagar harta benda
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:33 PM | Show all posts
Sampai kemurungan katanya duk dlm penjara tu

Masa buat tu tak pikir kesan hmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:41 PM | Show all posts
nak minta derma la tewwww...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg leh paham la family dia gigih nk kumpul duit..femili khenn

Yg iols tak paham ..netijen pemurah sudi derma kt penjenayah edar dadah perosak bangsa ni..ni lagi pelik
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Puah aban reporter ni control & try ckp bahasa malaysia standard tapi hujung2 tubik jugak bunyi kecek kelantam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian family. Dia ni nampak cantik walau tak cantik sangat. Ada kerjaya pun. Semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2024 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Saving ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk kes pil kuda ni nekta taknak back up jgn aibkan/sebarkan identiti retis yg terlibat?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 22-12-2024 01:17 AM
Kesian family. Dia ni nampak cantik walau tak cantik sangat. Ada kerjaya pun. Semoga dipermudahkan.

Ada kerjaya? Kerjaya apa minah ni nyah? Selain menyanyi lagu rakyat stail ala dangdut?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar je la perosak bangsa dan agama ni mati dan mereput di thailand. Bukan sikit pil dia ambik, 6000 pil tu oiii.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.650015 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list