View: 3967|Reply: 4
|
Rasanya Unik, Setanding Dengan Otak-Otak! Jom Cuba Buat Pepes Ayam
[Copy link]
|
|
Nak tahu apa itu Pepes Ayam? Kalau dah biasa makan otak-otak atau sata, rasa Pepes Ayam ni lebih kurang sahaja dengannya.
Ia pedas, enak dan penuh dengan perisa. Tak rugi kalau cuba-cuba masuk dapur dan buat sendiri Pepes Ayam ni!
Foto: rasa.my
Bagaimana cara nak membuatnya? Ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah.
Bahan-Bahan
500gm isi ayam yang dipotong kecil
Perahan air daripada 2 biji limau nipis
10 batang pucuk daung kemangi (diracik)
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 batang daun salam (dihiris)
Setengah sudu the gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya (sapu minyak dan layurkan sedikit)
Lidi secukupnya
Foto: Cookpad.com
Bahan untuk pes (kisar)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
Foto ookpad.com
Cara-Cara
1.Gaulkan isi ayam dengan perahan air limau nipis. Perap seketika kemudian cuci dan toskan
2.Campurkan isi ayam dengan tomato, daun pucuk kemangi, daun salam dan cili merah. Gaulkan sebati.
3.Masukkan bahan yang telah dikisar diikuti garam dan gula secukup rasa. Gaulkan rata sehingga menjadi pes.
4.Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
5.Panaskan pengukus dan kukus pepes selama 30 minit.
Foto: Cookpad.com
Siap! Sedia untuk dihidang panas-panas, memang nikmat sungguh! Selamat mencuba. -CARI
Kredit resipi: Rasa.my |
|
|
|
|
|
|
|
Hi friends if you wanna the best information so you follow me here https://onlinetechnicalhelps.com/snipping-tool-windows-10/ and click the show link for get the more update thanks is the best place. |
|
|
|
|
|
|
|
Hi friends if you wanna the best information so you follow me here <a href="https://onlinetechnicalhelps.com/snipping-tool-windows-10/">snipping tool shortcut</a> and click the show link for get the more update thanks is the best place. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|