CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5736|Reply: 7

Memanglah Kacak, Tapi 4 Gaya Rambut Ini Boleh Buat Anda Botak..

[Copy link]
Post time 21-3-2018 01:54 PM | Show all posts |Read mode
Masalah rambut gugur dan botak tidak hanya menghantui golongan wanita, kerana lelaki juga turut dibayangi dengan masalah yang sama.





Banyak faktor yang menyumbang kepada kebotakan yang melanda kaum lelaki antaranya adalah faktor hormon. Selain itu, cara mendandan rambut juga boleh menyebabkan rambut lelaki semakin menipis.


Menerusi laman merdeka.com yang memetik laporan daripada pakar transplan rambut, William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutama sekali bagi mereka yang mempunyai lapisan rambut yang sedikit atau nipis.


1. Pakai topi yang terlalu ketat


Gambar Sekadar Hiasan (Foto: Carian Google)



Topi jenis snapback, cap, atau beanie sememangnya membuat penampilan lebih terserlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada mereka yang sedang mengalami masalah rambut gugur dan kebotakan kerana boleh menutup bahagian yang botak tersebut.


Namun, tanpa disedari ianya boleh menyebabkan traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala sekiranya topi tersebut terlampau ketat di kepala pemakainya.


2. Man bun

Gambar Sekadar Hiasan (Foto: Carian Google)



Man bun, gaya rambut yang popular dikalangan lelaki yang suka berambut panjang. Sebenarnya tak salah untuk mengikat rambut sebegitu namun ikatan yang terlampau ketat dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada akar rambut.


Menurut Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya man bun ini telah mengalami masalah rambut gugur yang serius.


3. Man braid

Gambar Sekadar Hiasan (Foto: Carian Google)



Setelah man bun, giliran man braid pula yang menjadi tren di antara selebriti lelaki.French braid, cornrow, side plaits, atau mini braids, tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy.


Tetapi gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.

4. Semua gaya rambut yang diperoleh dengan styling product

Gambar Sekadar Hiasan (Foto: Carian Google)



Seprti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan 'styling product' secara berlebihan juga menyumbang kepada kebotakan. Sisa bahan kimia yang terdapat pada produk tersebut akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala. Akibatnya, kulit kepala jadi tak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik.


Kesimpulannya, tidak salah untuk bergaya tetapi harus tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan topi. Sesekali biarkan rambut terlepas bebas dan kurangkan penggunaan hair styling.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rambut bkl suami aku macho...{:hypnotize
Hahahahhaahha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
CikZora replied at 21-3-2018 07:08 PM
Semoga rambut bkl suami aku macho...{:hypnotize
Hahahahhaahha

Jangan terlalu letak haraparapan tinggi..tu je i cakap kat u buat masa ni

Sebab i botak
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2018 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukany style man bun ni
Tp x semua sesuai k
Hrp2 yg x sesuai tu jgn buat
Jijik{:cryrun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2018 01:25 PM | Show all posts
CikZora replied at 21-3-2018 07:08 PM
Semoga rambut bkl suami aku macho...{:hypnotize
Hahahahhaahha

Hahhahaah good luck sis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2018 01:26 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 21-3-2018 08:17 PM
Jangan terlalu letak haraparapan tinggi..tu je i cakap kat u buat masa ni

Sebab i botak

hahah botak pun kacak jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2018 01:26 PM | Show all posts
GigaMom replied at 22-3-2018 01:37 AM
Sukany style man bun ni
Tp x semua sesuai k
Hrp2 yg x sesuai tu jgn buat

yang ni iols setuju. tak semua sesuai dgn style man bun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 02:59 PM | Show all posts
ramai org buat man bun sebab nak cover botak tengah

that the fact
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050153 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list