View: 3999|Reply: 33
|
[Politik]
Jangan cari pasal dengan Pendekar Bugis, kata PM Najib
[Copy link]
|
|
PM NAJIB: Siapa yang nak mencarik-carik maruah orang Bugis, tunggu balasannya nanti. - Foto oleh Hiekal Rosli
KUALA LUMPUR: “Jangan main-main dengan Pendekar Bugis. Siapa yang nak mencarik-carik maruah orang Bugis, tunggu balasannya nanti," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira kira 5,000 pengamal seni silat negara sewaktu berucap di Majlis Himpunan Raksasa Guru-guru Silat 2018, di Gombak, hari ini.
Najib yang mempunyai darah keturunan Raja Gowa, Karaeng Aji dari Sulawesi, memberi amaran kepada pihak ‘tertentu’ yang cuba menggugat kepimpinan beliau ketika negara sedang berada di ambang pilihan raya umum.
Sementara itu, dalam ucapannya, Perdana Menteri turut melahirkan rasa kagum terhadap prinsip yang diamalkan pengamal seni silat, iaitu sikap wala’ dan taat kepada kepimpinan negara.
Beliau berkata, prinsip itu, jika turut dipelajari dan diamalkan rakyat negara ini, ia dapat menjamin kepimpinan sedia ada dalam perjuangan memenangi pilihan raya umum kelak.
"Kalau kita wala' dan setia, kita tidak akan bergaduh antara satu sama lain, kalau kita wala' dan setia, arahan pasti akan kita penuhi, kalau kita wala' dan setia tiadalah sikap seperti boikot dan menembak kaki sendiri, sabotaj dan lain-lain lagi.
"Bila saya tuntut wala' daripada anda semua ia bukan atas nama Najib Razak.. tetapi atas jawatan sebagai pemimpin utama negara Malaysia yang tercinta," katanya lagi.
Majlis itu, yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, turut diserikan dengan kehadiran Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Dr Ali Rustam, dan Setiausaha Agung PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang juga merupakan Mahaguru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.
Dalam pada itu, Najib turut memberi jaminan untuk terus mempertahan serta mengangkat martabat dunia persilatan ke tahap seterusnya.
“Sebab itu bila saya diminta isytihar silat sebagai seni pertahankan diri rasmi negara pada tahun 2015, saya tak ragu-ragu, malah saya anggap silat sebagai angkatan ketiga pertahanan negara yang boleh menegakkan kedaulatan negara kita, keselamatan negara kita, serta dapat memastikan maruah negara Malaysia akan terus dapat dipertahankan,” katanya lagi.
Perdana Menteri turut mengumumkan kesediaan kerajaan untuk membina kompleks silat negara, serta memperuntukkan geran tahunan kepada PESAKA sebagai badan induk untuk mengurus aktiviti serta menjaga kebajikan guru-guru dan pesilat dari pelbagai pertubuhan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haryatie at 2-4-2018 11:36 AM
....takutnyaaa...
kalau org da guna pistol..sempat lagik ke nk bersilat bagai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat mengaku bugis saja siapa heran
Seperkara lagi...Gowa adalah wilayah bangsa makassar. Bukan bugis |
|
|
|
|
|
|
|
ha... dengar tu...
BUGIS terbaik hokkayy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ktuanan Bugis
melayu gi mapos |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm org bodoh pm ckp mcm ni....nak tarik ummah bugis side dia sqnggop main isu perkauman... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Modngengade at 2-4-2018 05:13 AM
Jgn main2 dgn raja bugis ye |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg hebatnya sulawesi tu dalam sejarah dunia? Mcm Rome? Mesir? Jepun? German? |
|
|
|
|
|
|
|
Pahlawan la sangat bugis ko tu. Bukan keturunan bugis ko lari kalah berperang ngan Belanda ke sampai terpaksa merempat kat tanah Melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
abis... simen dengan C4 sebelum ni senjata pahlawan ke??
ingatkan macam pahlawan melayu guna keris je.
buat malu orang bugis je. skang nak mengaku keturunan bugis pun malu sebab sekor pangai kalah beruk |
|
|
|
|
|
|
|
'lu belum kenal lagi siapa pendekar mustar...' |
|
|
|
|
|
|
|
Pendekar bugis ni klo terserempak dgn pendekar mamak madey mau tercirit lari |
|
|
|
|
|
|
|
pondan ni suma dia mengaku |
|
|
|
|
|
|
|
mmm....brim aku xlulus..aku menyampah dgn die nih |
|
|
|
|
|
|
|
surwanis replied at 2-4-2018 02:16 PM
mmm....brim aku xlulus..aku menyampah dgn die nih
Adoi.. Lawak la pula yg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah bugis tu pergi la ke kawasan orang bugis (Kuala Selangor etc)...yang pergi kawasan orang Minang buat apa...kawasan Azmin, (Urang Awak) |
|
|
|
|
|
|
|
LaksamanaBentan replied at 2-4-2018 01:38 PM
Pahlawan la sangat bugis ko tu. Bukan keturunan bugis ko lari kalah berperang ngan Belanda ke sampai ...
Bugis lawan dengan belanda mana pernah menang...di selangor, Johor, Pulau Penyengat...sembang je kencang... |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya najib ni pandai bersilat ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
whateverrr...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|