CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2539|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : APMM rampas tiga bot Vietnam nilai RM3 juta

[Copy link]
Post time 30-6-2018 09:08 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU, 30 Jun (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga bot  nelayan Vietnam yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram  di perairan negara.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Kuala Terengganu, Komander Maritim Suffi Mohd Ramli berkata tiga bot tersebut ditahan antara jam 12 tengah hari dan 1 tengah hari Khamis lalu di tiga lokasi berbeza iaitu antara 49 hingga 51 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

"Seperti biasa, mereka (nelayan Vietnam) akan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa tetapi mereka berjaya dihalang. Turut ditahan tekong dan 26 awak-awak yang berusia antara 18 hingga 55 tahun."

"Pemeriksaan mendapati hanya beberapa orang yang memiliki dokumen pengenalan diri tetapi kesahihannya masih diragui. Kesemua  mereka akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada pemberita di Pejabat DM 9 Kuala Terengganu hari ini.

Nilai rampasan termasuk hasil laut, bot, peralatan dan diesel dianggarkan berjumlah RM3 juta.

-- BERNAMA

http://bernama.com/bm/news.php?id=1476024

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077079 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list