CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5790|Reply: 13

"Cantik Gila!" - Bagaikan Hutan Magik, Zoo Di Singapura Ini Buat Ramai

[Copy link]
Post time 24-7-2018 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini Singapura begitu popular dengan Universal Studionya kini Singapore Zoo Luminous Night Walk menjadi lagi satu tempat yang menarik yang wajib anda kunjungi jika bertandang ke negara ini.



Foto: FB @JBackPackTravel



Foto: FB @JBackPackTravel



Zoo ini menempatkan banyak haiwan liar, dibuka pada waktu pagi dan ditutup pada sebelah malam. Ia mula dibuka kepada para pengunjung bermula pada 1 Julai 2018 yang lepas.



Foto: FB @JBackPackTravel


Foto: FB @JBackPackTravel


Foto: FB @JBackPackTravel


Foto: FB @JBackPackTravel



Kelainan zoo ini terserlah apabila tibanya waktu malam. Zoo yang berhutan rimba bertukar menjadi satu taman yang dilimpahi cahaya yang pasti memukau para pengunjung yang datang.


Penghasilah hutan yang bercahaya adalah gabungan dari teknologi pencahayaan Hutan Hujan Lamina dan juga lagu medley yang luar biasa yang dihasilkan oleh pihak zoo dan Wildlife Reserve Singapore (WRS) bagi menghasilkan suasana luar biasa itu.


Foto: FB @JBackPackTravel



Di zoo ini, anda bakal dihidangkan dengan pengembaraan hutan yang melaui 10 zon interaktif seperti Call of the Wild, Shimmering Islands, dan Wall of Fame yang sangat berbeza dan ianya bagaikan magis. Sudah pasti anda bakal teruja!


Selain zon-zon yang interaktif, terdapat juga adiwira-adiwira (krew zoo) yang menjemput anda ke pengembaraan aneh mereka. Pasti anak-anak anda bakal teruja bila melihat adiwira-adiwira yang mereka minati.


Foto: FB @JBackPackTravel


Foto: FB @JBackPackTravel



Sudah pasti, pengalaman yang mengujakan ini sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, jangan lupa untuk membawa keluarga anda kesini ya. Tiket masuk ke zoo ini ialah S$20 (RM59). Nampak menarik kan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2018 02:13 PM | Show all posts
Singapura ni salah satu negara yang pandai upgrade product pelancongan mereka demi memastikan pelancong tak jemu dan akan ulang datang.  Negara kita patut fikirkan benda2 macam ni untuk dijadikan tarikan baru untuk pelancongan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 04:09 PM | Show all posts
wowww... menarik giler kan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Zoo singapura antara zoo terbaik kat dunia pn kan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 11:24 AM | Show all posts
harga pun okay la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 03:31 PM | Show all posts
berapa harga tiket masuk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2018 12:53 PM | Show all posts
Interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2018 09:04 PM | Show all posts
greantea replied at 25-7-2018 03:31 PM
berapa harga tiket masuk?

tu dia ada tulis ....sgd20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2018 12:01 PM | Show all posts
zoo biasa dia pn cukup best...sama mcm zoo kat tokyo.
wangi , bersih...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2018 02:34 PM | Show all posts
Edited by ira_229 at 31-7-2018 02:36 PM
Denco replied at 30-7-2018 12:01 PM
zoo biasa dia pn cukup best...sama mcm zoo kat tokyo.
wangi , bersih...

wangi apanya busuk jugak la cuma terjaga...nampak la binatang2 dia terjaga..n interesting..
berbaloi klu pergi..
tapi yg nite safari tu kata kawan i yg kerja sana selalu nampak pontianak terjuntai2 kat pokok2 dia..hihi..klu bawak budak2 kecik banyakkan baca ayat kursi ok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 12:19 PM | Show all posts
ira_229 replied at 31-7-2018 02:34 PM
wangi apanya busuk jugak la cuma terjaga...nampak la binatang2 dia terjaga..n interesting..
berba ...

wangi sbb dia bnyak tanam pokok2 yg keluarkan bau
busuk pd aku kat tempat kandang babi je..tmpt lain xde la busuk mcm pg zoo negara tu semua kawasan bau tengik
lg satu naik bot kat tasik tu pn superb , bersih gila tasik tu sbb tu kaw tadahan hujan dorang jaga betul2
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 12:20 PM | Show all posts
ira_229 replied at 31-7-2018 02:34 PM
wangi apanya busuk jugak la cuma terjaga...nampak la binatang2 dia terjaga..n interesting..
berba ...

mak ponti betul ke??? ayoooyoooo serammnya. confirm x pegi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 12:29 PM | Show all posts
Denco replied at 1-8-2018 12:20 PM
mak ponti betul ke??? ayoooyoooo serammnya. confirm x pegi

kat tasik n situ kan dekat dengan hutan agak mmg itu tempat dia...
tapi yg pekerja sana cakap kat nite safari..i pun tak pernah masuk nite safari...kata orang2 yg dah pergi tempat tu bagus jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 04:30 PM | Show all posts
best nyer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059689 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list