View: 4593|Reply: 14
|
4 Tip Mudah Nak Tahu Tembikai Yang Anda Beli Manis Atau Tak
[Copy link]
|
|
Sering tertipu bila beli tembikai rasa tak manis? Biasalah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam dalam memilih tembikai yang manis ataupun tidak di kedai. Sebenarnya ada cara yang mudah untuk memastikan tembikai yang kita beli manis.
Jom layan 4 cara mudah ini untuk memilih tembikai yang manis di kedai buah-buahan
1. Garis pada buah tembikai yang kemas
Kebiasaannya, bagi buah tembikai yang manis, corak garisan di bahagian luar buah adalah kemas dan tidak berserabut. Orang kata buah yang cantik dan sedap mata memandang.
Bagi tembikai kurang manis pula, corak garisan pada kulitnya tidak cantik dan agak berserabut. Jika anda ke kedai buah, elakkan membeli buah tembikai yang mempunyai corak garisan yang sebegini ya!
2. Saiz bahagian tapak buah tembikai
Selain melihat pada corak garisan, saiz tapak buah tembikai juga memainkan peranan dalam memastikan buah tembikai itu manis atau tidak. Bagi buah tembikai yang manis, saiz tapak adalah bersaiz kecil. Manakala buah yang kurang manis tapaknya bersaiz agak besar sedikit.
3. Bentuk buah tembikai
Bentuk juga boleh membantu anda dalam memilih buah tembikai yang manis atau tidak. Bagi buah tembikai yang manis, biasanya berbentuk bulat dan buah tembikai yang berbentuk lonjong, buahnya agak berair dan kurang manis.
4. Keadaan tangkai
Keadaan atau bentuk tangkai buah tembikai juga boleh membantu anda untuk memilih samaada buah yang anda hendak beli manis atau tidak. Bagi buah tembikai yang manis, tangkainya agak 'curly'. Manakala buah yang kurang manis tangkainya adalah tegak.
Jadi, bagi anda yang hendak mencari buah tembikai yang manis, pastikan anda melihat semuda ciri-ciri ini supaya anda dapat membeli buah tembikai yang manis dan sedap. Selamat mencuba! - CARI
Kredit foto: Aishah Wahab
|
|
|
|
|
|
|
|
Tembikai manis memanaskan tubuh. Tembikai tawar menyejukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau nk beli tembikai...tepuk2 je, kalau bunyi nyaring tu manis dan elok..
kalau bunyi mcm tepuk bantal tu takyah la beli... |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya tembikaiiii... lama xmakan balik ni nak cari lah |
|
|
|
|
|
|
|
tqtqtqtq!
info yang bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul pun tips2 ni. Iols dah guna sejak berkurun lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
owh mcm tu ke. iols x pandai tgk. lps ni terrer lah iols pilih tembikai. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bab tangkai tu kadang sampai kedai tangkai da kecut2..but then tips slain tgok keadaan tangkai tu meollss nak cuba la pasni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat kedai dah xde tangkai.... |
|
|
|
|
|
|
|
tembikai yang paling manis paling juicy ialah tembikai yg dimakan semasa berbuka bulan puasa hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, this is new to me. Thanks for the good info |
|
|
|
|
|
|
|
Berguna sgt tips ni.tq for sharing |
|
|
|
|
|
|
| |
|