|
Edited by telracs at 19-11-2018 04:35 PM
salaam semua...petang haritu saya janji nak buat soalan baru, maaf kerana memungkiri janji... 
harini saya tunaikan janji...hokkkeyyyyh
mari tolong saya, carikan satu gambar:
kabinet dapur dilihat dari atas...
pintunya berwarna putih...
atasnya berwarna biru tua...
dindingnya mozek kecik kecik warna kuning...
atas kabinet tu bersusun pinggan dan makanan mainan...
baris depan dari kiri:
pinggan biru tua kosong, mangkuk tapis pink berisi beberapa makanan mainan, pinggan kuning kosong, pinggan jingga berisi beberapa potong kuih muih mainan, pinggan biru tua berisi 2 sosej dan 2 peha ayam goreng mainan dan pinggan hijau muda berisi ketam stick 1 warna hijau, 4 warna jingga...
baris belakang dari kiri:
satu gelas mainan rendah warna koko muda, dua pinggan bertindih berisi roti mainan, pinggan jingga berisi 1 nugget mainan, pinggan merah berisi ayam goreng mainan dan satu pinggan jingga berisi puff panjang mainan...
hujung sekali ada satu bekas makanan stainless steel bertutup.
agak susah ni... tapi kalau kena kiwednya, sonang bah itu.....
kiwed
dua perkataan bahasa melayu... kata nama berkaitan dengan aktiviti kanak-kanak
silakan menggoogle... 
|
|