View: 4693|Reply: 5
|
Comelnya Donat Peha Ayam. Ini Resipinya Kalau Anda Nak Cuba
[Copy link]
|
|
Biasanya donat berbentuk bulat. Tak kira donut Big Apple mahupun Dunkin Donut, biasanya ia berbentuk bulat dan disirami topping yang menarik.
Berlainan pula dengan donat yang disediakan oleh saudari Fitri Afiana ini, beliau membuat donut yang berbentuk seperti peha ayam yang disaluti coklat dan taburan coklat chips.
Jom cuba resipi donat peha ayam
Bahan:
250 gram tepung berprotein tinggi
100 gram kentang, direbus
50 gram gula halus
6 gram yis
50 gram susu
2 biji kuning telur
50 ml air
40 gram butter
Glaze coklat untuk topping
Choc rice secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Lidi sate
Cara buat:
1. Blender kentang rebus dan air sampai halus dan asingkan.
2. Ayak tepung, gula halus, susu tepung, dan yis. Campur rata kesemuanya.
3. Masukkan adunan kentang di atas dan kuning telur, mixer dengan kelajuan rendah menggunakan mata spiral.
4. Tambahkan butter dan teruskan memutar sehingga menjadi doh.
5. Rehatkan doh adunan selama 30 minit sambil ditutup plastik wrap.
6. Bahagikan adunan menjadi kecil (sekitar 42 gram). Bulatkan dan tutup dengan kertas roti.
7. Rehatkan kembali adunan selama 10-20 minit.
8. Panaskan minyak dengan api kecil.
9. Ambil adunan donat. Bentukkan adunan yang kecil tadi menjadi seperti paha ayam dan cucuk dengan lidi sate.
10. Goreng donat sampai masak.
11. Setelah sejuk, celupkan donat dalam coklat glaze dan taburkan coklat rice.
Siap untuk dihidang. Selamat mencuba! - CARI
Kredit : ResepKita
|
|
|
|
|
|
|
|
ehhhh mcm donut yg jual masa kt skolah rendah dulu..yummehhh sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
nyampah aku....buat donut bese pon aku x lepas2....rs dia x sama mcm org jual tepi jalan tuh...geram aku |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|