Putrajaya: Selepas lima tahun 'menghilang', Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU 2004) dianjurkan semula berkonsep futuristik bermula malam kelmarin sehingga 31 Disember di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, LAMPU 2024 edisi Ke-8 mengangkat tema 'Menerangi Masa Depan' bertujuan mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa sejak penganjuran terakhirnya pada 2019.
Menurutnya, penganjuran festival seni cahaya dengan teknologi unik ini dapat meningkatkan keupayaan pusat pentadbiran kerajaan di sini sebagai bandar pintar melalui penggunaan teknologi canggih dalam penganjuran acara berskala besar.
Katanya, LAMPU 2024 turut dijadikan medan bagi menonjolkan Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya dengan memanfaatkan seni bina ikonik bangunan yang terdapat di sini.
"Penganjuran festival ini sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan menyediakan platform kepada peniaga makanan, trak makanan dan pempamer untuk mempromosikan produk keluaran mereka," katanya pada majlis perasmian LAMPU 2024 di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini malam kelmarin.
LAMPU 2024 bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam dengan mengetengahkan persembahan Pemetaan Cahaya Mega (Grand Projection Mapping) ke fasad Bangunan Istana Kehakiman menggunakan 16 projektor berbanding 12 projektor sebelum ini bagi menghasilkan kualiti visual dan teknologi pemetaan yang lebih canggih.
Sebanyak lima segmen pemetaan cahaya akan dipersembahkan setiap malam dengan setiap segmen berdurasi 30 minit.
Caj minima dikenakan bagi tiket masuk berharga RM5 untuk dewasa dan warga emas dan RM2 untuk kanak-kanak (7-12 tahun) manakala kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun dan Orang Kurang Upaya OKU adalah percuma.
Fadlun berkata, edisi kali ini reka bentuk visual mendapat sentuhan pereka tempatan dan antarabangsa dari Itali iaitu Michele Pusceddu dan Antaless Visual Design.
Menurutnya, aktiviti yang dijangka menarik perhatian pengunjung adalah perarakan kereta berhias yang merupakan komponen persembahan baharu untuk tahun ini dan LAMPU 2024 Gaming Fest yang diadakan khas bagi peminat e-sukan dan permainankonsol.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 29-12-2024 06:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sayawifenikmie replied at 29-12-2024 03:03 AM
cantiknyaaaaa
cuma tak laratlah nak jalan kaki
kalau boleh akses dgn kereta boleh la pi snap2 gambar ...
Ramai juga dtg naik kete mlm td..smpi jem jalan..kalau kaklid nak naik kete, better pegi petang masa tu tak jem lg dan aprking masih byk .kaklid park dpn masjid besi...tak jauh pun jln sebenarnya...sy ni duduk dorset mlm td, sbb anak ada larian pg ni..mmg nmpk al traffic mlm td.