Edited by Diviya at 9-6-2019 08:38 PM
Edward Warren Miney dan Lorraine Rita Warren adalah penyelidik paranormal Amerika dan penulis buku yang berhubungan dengan tempat berhantu yang menonjol. Edward adalah veteran Angkatan Laut Amerika Syarikat Perang Dunia II dan juga menjadi demonologis otodidak, penulis, dan pensyarah.Isterinya, Lorraine adalah seorang psikik terkenaldan trance medium ringan yang bekerja sama dengan suaminya.
Pada tahun 1952, Warren dan Ed berdua mendirikan New England Societyfor Psychic Research (NESPR), badan pemburuan hantu tertua di New England. Mereka menulis banyak buku tentang paranormal dan tentang penyelidikan peribadi mereka ke dalam berbagai laporan aktiviti paranormal. Mereka mengklaim telah menyelidiki lebih dari 10.000 kes. Mereka merupakan salah satu di antara investigator yang paling pertama dalam tempat berhantu Amityville yang kontroversial. Menurut mereka, NESPR memanfaatkan berbagai individu, termasuk doktor, peneliti, polis, perawat, mahasiswa, dan anggota klerus dalam penyelidikannya.
Warren dan Ed bertanggungjawab untuk melatih beberapa demonologis termasuk Dave Considine, Lou Gentile, dan keponakan mereka John Zaffis. Selain penyelidikan, Lorraine membuka The Warrens' Occult Museum dibelakang rumahnya di Monroe, Connecticut dengan bantuan menantu laki-lakinya, Tony Spera.
Siasatan-siasatan TheWarrens yang Diketahui Ramai Eddan Lorraine Warren menyiasat banyak kes iaitu lebih 10,000 kes seperti yangdinyatakan tadi. Namun, terdapat beberapa kes yang disiasat mereka yang terkenal iaitu…
1. Annabelle Menurut mereka, pada tahun 1970, dua rakan sebumbung mendakwa patung Raggedy Ann yang dimiliki mereka dirasuk oleh roh gadis muda bernama Annabelle Higgins. The Warrens ambil patung itu dan memberitahu mereka patung itu sebenarnya dimanipulasikan oleh mahkluk dan bukan manusia. Kini, patung tersebut berada di muzium mereka yang dinamakan Occult Museum atau Muzium Ghaib (bukan betul-betul “ghaib’). Pada tahun 2014, filem Annabelle arahan John R.Leonetti yang mungkin kononnya tentang sejarah patung tersebut dan juga muncul didalam bebrapa babak dalam filem The Conjuring 2,2012.
2. Keluarga Perron Pada tahun 1971, Ed dan Lorraine Warren mendakwa Harrisville, Rhode Island, di tempat tinggal keluarga Perron telah dihantui oleh seorang ahli sihir yang tinggal di sana ketika awal abad ke-19.Menurut mereka lagi, Bathsheba Sherman menyumpah sesiapa sahaja yang tinggal ditanah itu akan mati. Pemilik semasa rumah tempat tinggal keluarga Perron juga ada melakukan kajiannya sendiri bersama beberapa orang dan menyangkal cerita-cerita berkaitan ilmu sihir dan kematian tragik di rumah itu. Walaubagaimanapun, kes ini menjadi subjek utama dalam filem The Conjuring (2013) di mana Lorraine Warren sendiri ada memegang peranan cameo.
3. Amityville Pasanagan suami isteri ini mungkin paling dikenali di dalam penglibatan mereka dengan kes Amityville Horror pada tahun 1976. Di dalamkes ini, pasangan suami isteri George dan Kathy Lutz mendakwa rumah mereka dihantui oleh sesuatu “kehadiran” yang bersifat kejam dan kuat sehingga memaksa mereka pindah keluar dari rumah tersebut.
Penulis The Amityville Horror Conspiracy, Stephen dan Roxanne Kaplan mendakwa kes ini hanyalah rekaan atau palsu manakala Lorraine Warren mendakwa sebaliknya. Kes ini diadaptasi untuk buku The Amityville Horror pada tahun1977 dan filem tahun 1979 dan 2005 dengan tajuk yang sama manakala cerita Eddan Lorraine Warren dalam kes ini juga muncul sebagai babak awal di filem TheConjuring 2 (2016).
Walaubagaimanapun, menurut Benjamin Radford, cerita ini disangkal oleh saksi, siasatan dan bukti forensik. Pada tahun 1979, peguam bernama William Weber memberi laporan menyatakan dia, Jay Anson dan lain-lain yang terlibat ‘mencipta’ kisah ini melalui “banyak botol wain”.
4. Enfield Poltergeist Pada akhir 1970an, pasangan Warren menyiasat kes paranormal yang melibatkan sebuah keluarga di utara London dan mendakwa mereka dihantui oleh aktiviti “poltergeist”, sejenis gangguan paranormal yang melibatkan objek atau seseorang terapung, cubitan, serangan, gigitan, pukulan dan lain-lain yang bersifat paranormal. Walaupun penglibatan pasangan Warren dalam kes ini sangat sedikit, namun mereka menjadi watak utama dalam filem TheConjuring 2 (2016) yang mana merupakan sempena daripada kes ini.
5. Iblis atau Syaitan Pada tahun 1981, Anne Johnson dituduh menuduh tuan tanah, Alan Bono. Ed dan Lorraine Warren dipanggil sebelum pembunuhan untuk menyelesaikan kes kerasukan terhadap adik lelaki kepada tunang AnneJohnson. Pasangan Warren kemudiannya mendakwa Anne juga dirasuk. Di mahkamah, Anne cuba mempertahankan dirinya atas alasan kerasukan namun tidak berjaya. Kes ini dihuraikan di dalam buku tahun 1993 The Devil in Connecticut oleh GeraldBrittle.
Itu adalah antara kes-kes mereka yang di adaptasi ke dalam filem dan buku. Ed dan Lorrainne juga ada muncul dibeberapa media namun jelas sekali kemunculan Lorraine Warren lebih banyak berbandingkan Ed. Kes-kes mereka juga banyak diadaptasi menjadi filem sepertiThe Conjuring, Annabelle, Conjuring 2, Amityville Horror dan lain-lain.
Sedikit pengetahuan, Ed Warren lahir pada 7 September 1926 dan beliau telah rmenghembuskan nafas terakhirnya di Monroe, pada 23 Ogos 2006, Connecticut pada usia 79tahun. Lorraine Rita Warren pula lahir pada 31 Januari 1927 dan beliau telah meninggalpada 18 April 2019 pada usia 92 tahun.
|