View: 9990|Reply: 37
|
Siapa Kata Nak Pergi Eropah Kena Kos Besar? Ini Dia 5 Bandar Termurah Di Eropah!
[Copy link]
|
|
Edited by NmeeraR at 9-7-2019 06:33 PM
Bercuti adalah sesuatu yang diidamkan sesiapa sahaja. Tambah pula jika diberi kesempatan bercuti ke luar negara atau destinasi idaman, sudah pasti ia menjadi sebuah percutian paling bermakna bukan?
Namun begitu, ia pasti memakan kos yang tinggi. Terutama jika salah satu destinasi percutian anda berada di benua Eropah. Selain perlu menghabiskan banyak wang membeli tiket pesawat, kos sara hidup di bandar Eropah juga agak mahal.
Walau bagaimanapun, tidak perlu risau. Ternyata masih banyak kota-kota cantik di benua Eropah yang murah. Untuk itu , ini 5 bandar Eropah dengan kos sara hidup termurah.
1. Porto, Portugal
Bandar Porto di Portugal adalah salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin berbulan madu di Eropah. Di sini, anda boleh mencari dengan mudah hotel 2-3 bintang dengan harga yang sangat murah tetapi masih dengan suasana tipikal Porto yang romantik dengan persekitaran yang bersih dan menyenangkan.
2. Berlin, Jerman
Kredit foto: Google
Berlin adalah salah satu daripada bandar-bandar dengan kos terendah di Eropah Barat. Berlin juga antara tempat menjadi pilihan "begpacker". Jika ingin menjimatkan kos, anda boleh tidur di asrama dengan harganya (jika ditukar kepada wang Malaysia) lebih kurang RM 88 per malam.
Bagi kos makanan pula, serendah RM 15 sahaja.
3. Zagreb, Croatia
Di Zagreb, terdapat banyak tempat penginapan yang murah untuk anda "low-budget traveler". Mendapatkan asrama dengan bayaran sewa serendah RM 59 per malam di sana adalah sesuatu yang tidak mustahil. Anda juga boleh menyewa basikal dengan membelanjakan lebih kurang RM26 sehari untuk berjalan-jalan di sekitar kota Zagreb yang indah.
Terdapat juga banyak muzium yang boleh anda lawati di sini.
4. Prague, Republik Czech
Di Prague, semua boleh dijangkau dengan hanya berjalan kaki sehingga tidak perlu mengorbankan wang untuk menaiki pengangkutan. Malah, suatu bonus untuk anda sambil berjalan kaki anda akan dibelanja dengan pemandangan yang cukup indah.
Salah satu tempat bersejarah yang paling ikon di Prague ialah muzium komunis.
5. Krakow, Poland
Di Poland juga mempunyai bandar dengan kos kehidupan yang agak rendah, iaitu Krakow. Anda boleh menyewa sebuah hotel dengan harga kurang dari RM200 untuk satu malam. Jika anda suka mendaki, anda boleh melawat Gunung Pieniny yang terkenal di Krakow.
Itulah lima bandar raya dengan kos terendah di Eropah yang boleh menjadi destinasi pelancongan pilihan anda.
Mana satu pilihan anda?
Mungkin ada yang pernah berkunjung ke destini ini? Jom kongsi pengalaman anda. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tu belum tengok keadaan bilik dan lokasi tempat dengan segala kemudahan lain.
hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bercuti tp ikat perut, tidur asal boleh, baiklah x payah pegi. Itu dh bukan bercuti namanya
Utk pglman, ya mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Pnh smp ke 4 tempat terakhir dlm list tu...RM200 to 300 per nite dah bole dok hotel...dlm area city centre jugak dan dkt dgn bus station or tram stop...
biasa kat Europe nie, kalu capital city mmg lagi murah dari big city yg lain...mcm Madrid lagi murah dari Barcelona...antara Berlin dgn Munich, murah lagi Berlin...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by midori888 at 10-7-2019 08:57 AM
psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi kat Msia punya kes ragut lagi dahsyat smp ada kematian...yg penting kita berwaspada di mana jua anda berada..
masa sy di Prague, sy tertinggal bag yg ada cash & cards dlm taxi selps smp hotel...dah lah main amik jer taxi dari airport. Masa tgh gelabah, tetiba taxi tu dtg balik htr bag sy...alhamdulillah...dah lah dlm pocket cuma ada 20 euro jer, yg lain semua dlm bag tu...jujur driver taxi tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnye...ntah bile dpt pegi lg |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 10-7-2019 08:51 AM
psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi ka ...
Iya tp kalau blh elakkan la pergi tempat2 yg high crime ni. |
|
|
|
|
|
|
|
europe memang murah. tp kos flight tu yg over.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh masuk dalam wishlist. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang berkira2 nak kesana sebab flight ticket tak berapa nak murah sesekali je dapat harga ok dan kedua sebab kadar tukaran wang kita masih belum menyelebahi kita lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
nk bayar kos flight ke sana je masih berkira2 lg ni nak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm croatia tu ye kot. belah2 balkan. bilalah nk smpai balkan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
teringinnye nk g travel blah sana |
|
|
|
|
|
|
|
setakat byr per person tix dgn hotel masih ok lagi..
yg nak berbelanja tak ingat tu yg problem ... rugila kalau dah smpai sana x amik kesempatan bershopping...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kos flight la yg perlu difikirkan. Nak2 ada anak 2-3 org. Masa belum ada anak dulu, laju je beli tiket terus fly. Sekarang kena fikir banyak kali |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya bila la dapat ber-euro trip |
|
|
|
|
|
|
|
Berlin senang nak jalan jalan. X byk tall building. Byk gypsies, so bag kena jaga2. Overall, okla. Xdela murah sangat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|