|
Selalunya, kalau kita melancong dan berjalan-jalan, seboleh-bolehnya kita akan mengurangkan harga pengangkutan kan?
Cari harga tiket paling murah, tarikh bukan musim cuti dan kadang-kadang buat tempatan tiket sampai enam bulan sebelum perjalanan. Semuanya demi mengurangkan kos.
Tetapi, kalau anda terlebih duit dan mahu merasai perjalanan super mewah sekali seumur hidup, apa kata cuba naik trip kereta api The Eastern & Oriental Express ini.
Tidak perlu pergi jauh pun, boleh je naik di Kuala Lumpur.
TRIP KERETAPI SUPER MEWAH DAN MAHAL. FOTO: INSTAGRAM
Keretapi E&O ini dilancarkan pada September 1993 dan membuat perjalanan menerusi laluan Singapura-Kuala Lumpur-Bangkok.
Kalau sudah 25 tahun bertahan, maknanya memang ada pelanggan lah, kan yang sanggup membayar sampai harga yang paling murah pun sekitar RM11,000 seorang walaupun perjalanan tidak lama mana.
ANTARA BILIKNYA...FOTO: INSTAGRAM
Kenapa mahal sangat ni? Sebabnya trip kereta api ini adalah super elit dan mewah. Ala-ala rasa macam kerabat diraja British zaman dulu-dulu.
Hiasan dalaman gerabaknya bukanlah macam KTM, sebaliknya dinding dan perabotnya kayu mewah dengan perabot rekaan Asia.
Makanan dihidangkan di atas pinggan seramik, minuman dituang dalam gelas kristal dan kutleri daripada perak yang terhidang di atas alas meja menggunakan kain linen. Amboi!
RUANG MAKAN MACAM TERASA MACAM BANGSAWAN BRITISH. FOTO: INSTAGRAM
Ada bar untuk minum-minum sambil berborak, siap ada pramusaji untuk melayan semua permintaan anda. Malah, makanannya dimasak cef terkenal dunia.
Hiasan kabin tidur pula mewah dengan gemerlapan cahaya lampur kristal dan katil empuk.
PRAMUSAJI, CHEF DAN PELAYAN TERSEDIA UNTUK ANDA. FOTO: INSTAGRAM
Selain itu, ada gerabak untuk melihat pemandangan di luar. Tingkapnya adalah cermin besar yang membolehkan cahaya matahari menembusi dan waktu malam, anda boleh menikmati keindahan langit.
Waktu siang, anda mungkin nampak ladang kelapa sawit sajalah.
GERABAK PEMANDANGAN CERMIN BESAR, NAMPAK SEMUA DI LUAR. FOTO: INSTAGRAM
Bilik kabinnya pula ada empat jenis; Pullman Single, Pullman, State dan Presidential. Yang paling murah Pullman Single (harga bermula ASD2,900 atau RM11,340) dan paling mahal adalah Presidential (harga bermula ASD6,400 atau RM26,349).
Itu harga untuk seorang ya. Bilik ini dilengkapi penghawa dingin, bilik air, kemudahan hiburan 24 jam dan pelbagai lagi.
PALING MURAH KL-BANGKOK....FOTO: WEB E&O
HARGA HARI BEKERJA, KALAU HUJUNG MINGGU BERAPA LAH AGAKNYA FOTO: WEB E&O
Tak tahu nak buat apa dengan duit yang berlebih-lebih tu? Bolehlah tempah trip mewah dan super mahal ini! - CARI |
|