|
Sekolah Menengah! Penuh dengan aktiviti-aktiviti yang saya tidak suka tetapi terpaksa ambil bahagian kerana kredits nya. Maka, terpaksalah mengenakan pakaian hijau askar dan beramai-ramai mengikuti abang2 pasukan polis hutan berkhemah jauh didalam hutan. Ianya sangat yucky. Dan betul-betul, saya hampir menangis kerana benci pada keadaan around saya. Walaupun berasal dari kampung, namun saya tidak gemar memanjat, bermain selut, turun ke sawah, jalan yang berlopak, mandi dalam sungai, berjogging, bersukan, ber-apa apa aktiviti luaran pun. Dan keadaan around saya sangat teruk.. berpeluh, panas, jauh ketengah hutan yang tebal, unggas, insects, nyamuk, tanah hutan yang lembab, langit yang tidak nampak (kerana tebalnya daun-daun pokok) dan makanan yang teruk yang dimasak kawan-kawan. Dan senja mula menjelang.
Bila senja dan awal malam datang, ceramah2 abang2 polis hutan sangat memboringkan saya. Saya tiada semangat membuak2, saya tidak suka aktiviti berkumpulan. Kawan-kawan bernyanyi ditepi unggun api, abang2 polis hutan berbual bercerita. Saya mula nampak cacing-cacing tanah keluar, juga banyak creepy crawlies lain, dan nyamuk. Lebih malang, ketul2 air mula menitik ketanah dan kepala saya. Of all things, hujan pula!! (Bukan hujan, tetapi embun sebenarnya, luruh dari kelembapan yg dah jadi titisan air di daun2). Saya sangat tidak selesa. Tengah malam. Masa untuk tidur. Berpeluh dalam sleeping bag, dan sangat takut kerana cacing2 mula merayap. Kerana penat marching saya tertidur juga.
Kelembapan seekor cacing merentap tidur saya. Terus terlompat terbangun dan kebaskan sleeping bag. Tengok sekeliling. Malam sangat kelam kerana pelita, torchlights dan unggun api sudah lama padam. Melihat sekeliling dalam gelap, tiba2 saya ternampak magical things di atas lantai hutan. Lights! On the forest floor! They were everywhere! Seperti kaca2 yang pecah tetapi mengeluarkan warna hijau fluorescent. Berselerak. Juga menjalar tinggi2 dan seolah saya didalam a world of green lights wall to wall, floor to ceiling. Saya nampak outline hitam tangan saya bila letak against the green background. Only me yang nampak ini semua. Orang lain, dalam happy mereka, tidur dengan nyaman. Such magic! I was the chosen one that night. My emosi terusik hingga kini bila teringat.
----------------------------
Ini adalah colours dari fungi, kulat2, bacteria, some worms, some insects, algae dan pelbagai lagi hidupan yang mengeluarkan cahaya. Mereka ditanah, didaun-daun yang gugur, diakar2, dibatang2 pokok, di akar2 kayu yang memanjat dan didahan-dahan tinggi. It needs total darkness to see this beauty, but I saw it. How can you see when it is dark? Once and the only time in my life. I have never came across it ever again.
|
|