View: 2009|Reply: 5
|
Khunsa dan mutasi SRY Gene
[Copy link]
|
|
Tahukah anda seorang bayi berkromosom lelaki, boleh lahir sebagai bayi perempuan? Ada kromosom XO, XXY, X X/Y mosaic?
Tahukah anda, ada bayi yang diragui lelaki atau perempuan, tetapi ibu bapa pakai letak saja lelaki kerana disangka 'clitoromegaly' atau kebesaran saiz klitoris/kelentit di sangkakan penis? Macam cerita filem Waris Jari Hantu dulu...
Dalam perkembangan jantina lelaki dan perempuan, ia berlaku dalam 4 peringkat seawal 4 minggu usia embrio hingga lengkap sepenuhnya menjelang 4 bulan usia kandungan. Mudah nak bagi ingat 4 minggu ke 4 bulan dalam 4 peringkat.
Peringkat Pertama: Indifferent Gonad
Gonad ni secara mudahnya telurlah. Sama ada testes atau ovari. Kedua-duanya akan menghasilkan benih untuk kesinambungan generasi Bani Adam. Waktu awal ini, kedua-dua organ ini kelihatan sama sahaja. Terdapat dua tiub penting yang signifikan selepas ini. Tiub Paramesonephric dan Tiub Mesonephric. Kalau dah tepu, boleh berhenti baca di sini.
Peringkat Kedua: Perubahan Gonad kepada testes dan ovari.
Ketika ini, genetik bayi sama ada XY bagi lelaki dan XX bagi perempuan akan mula membentuk cirinya secara khusus. Beberapa genetik penting akan bekerja keras menghasilkan kesan akhir yang diharapkan. Contohnya XRY gene untuk lelaki dan WNT-4, DAX-1 untuk perempuan.
Anda baca lagi? Ok, jom sambung...
Peringkat Ketiga: Pembentukan Organ dan Tiub Peranakan
Peringkat ini akan menghasilkan rahim dan tiub falopio dari tiub Paramesonephric. P for perempuan, OK? Bagi lelaki pula, hormon spesifik akan menghentikan pembentukan rahim pada tiub tersebut. Testosterone yang mula dihasilkan oleh testes akan meneruskan pertumbuhan tiub Mesonephric. M for Man pulak. Ovari tak hasilkan testosterone, jadi tiub Mesonephric mengecut untuk bayi perempuan.
Boleh terima lagi? Kalau tak hangpa save la dulu baca bila dah kurang tepu.
Peringkat keempat: Pembentukan Genitalia Luaran
Akhirnya berlakulah apa yang kita nampak di luar, 'bebird ke 'pipip' atau hangpa suka sebut 'Miss V' ka apa tu. Hormon testosterone saja kuncinya, kalau ada jadi bebird, tak ada jadi pipip.
Nampak macam mudah, takkan berlaku kesilapan, tapi kalau hangpa belajar genetik dan embriologi untuk exam, hangpa akan cukup benci topik ni.
Sebabnya ada sahaja peringkat yang boleh mensabotaj proses ini. Cukup kompleks. Kalau gene SRY bermutasi, walaupun baby tu XY, dia akan jadi baby girl luarannya dan separa terbentuk organ dalaman wanita.
Kalau terdapat hormon testosterone yang berlebihan ketika hamil, bayi perempuan boleh lahir dan kelihatan seperti bayi lelaki. Dalam istilah perubatannya 'virilisation of female fetus/ masculination of female fetus'. Proses maskulinasi fetus perempuan.
Ini terjadi dalam dua keadaan; sama ada bayi mempunyai masalah khusus pada organ adrenal (terletak atas buah pinggang) yang menghasilkan androgen berlebihan atau jika ibu ada mengambil ubat tertentu sewaktu hamil contohnya danazol yang ada kalanya digunakan untuk menahan haid berlebihan akibat fibroid.
Jadi, untuk menentukan jantina seseorang yang lahir sebegini, ulama menetapkan 3 syarat dan cara untuk penyiasatan:
1) Genetik XY atau XX
Kena buat ujian genetik dengan ambil darah
2) Organ dalaman sama ada ovari atau testes, rahim wujud/terbentuk atau tidak
Kena buat imbasan seperti MRI Pelvis
3) Organ luaran sama ada bebird atau pipit
Organ luaran yang lebih jelas kelihatan. Tetapi, ia tetap tidak menjadi keutamaan dalam menidakkan dua faktor di atas.
Akhirnya ulama dan pakar perubatan kena duduk dan sepakat membincangkan keputusan akhir jantina seseorang khunsa itu jika padanya ada keperluan untuk memutuskannya.
Mengapa semua ini terjadi? Tuhan tersilap alamatkah?
Pada pendapat saya, Allah lebih mengetahui akan setiap satu rahsia ciptaanNya. Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza. Hanya mereka yang sabar atas ujian ini akan mendapat balasan di syurga nanti.
Gambar ilustrasi di bawah mungkin akan sedikit mengganggu, saya tiada niat lain melainkan berkongsi ilmu semata.
Credit photo:
Sexual organs of the male, the female and hermaphrodites. Etching. Credit: Wellcome Collection. CC BY
Artikel asal oleh : Nurul Khairiyah Khairuddin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thank you titi. Baru tahu |
|
|
|
|
|
|
| |
|