View: 13273|Reply: 25
|
[Tempatan]
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 15-1-2025 10:15 AM
Seorang warga emas dari Amerika Syarikat (AS) berkongsi kisahnya bagaimana beliau menemui kehidupan baru selepas memilih untuk bersara di Malaysia.
Andrew Taylor, seorang lelaki berusia 70 tahun dari AS, membuat keputusan untuk bersara dan berpindah ke Malaysia pada usia 60 tahun.
Dalam wawancara dengan Business Insider, Taylor berkata bahawa sebelum ini beliau bekerja dalam bidang pentadbiran di Washington, DC selama 40 tahun.
Namun, kos sara hidup yang tinggi di AS membuatkan impiannya untuk bersara di tanah airnya kelihatan mustahil.
“Saya sedar, jika saya tinggal di AS, saya mungkin perlu bekerja sehingga usia 80 tahun,” kata Taylor.
Taylor mula mempertimbangkan untuk bersara di luar negara pada usia pertengahan 50-an.
Melalui bekas pasangannya yang tinggal di Pulau Pinang, Taylor diperkenalkan kepada program Malaysia My Second Home (MM2H).
Program yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2002 ini bertujuan menarik warga asing untuk bersara di Malaysia.
Taylor memohon visa MM2H pada penghujung 2014 dan berpindah ke Pulau Pinang pada 2015 selepas diluluskan.
Pada waktu itu, syarat untuk visa MM2H lebih longgar berbanding hari ini.
Namun, syarat MM2H kini telah diperketatkan dengan perubahan pada 2024, terdapat tiga kategori visa baharu: platinum, emas, dan perak.
Pemohon kini perlu mempunyai simpanan minimum antara RM660,000 hingga RM4.4 juta serta membeli hartanah di Malaysia, bergantung kepada kategori visa.
Selepas tujuh tahun menetap di Pulau Pinang, Taylor berpindah ke Kuala Lumpur tiga tahun lalu.
Beliau kini menyewa sebuah kondominium dua bilik tidur di tingkat 22, kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar, dengan kos sewa RM2,800 sebulan.
Kondominiumnya terletak dalam pembangunan lima blok yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium.
Taylor berkata kehidupan di Malaysia membolehkan beliau bersara dengan selesa.
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 (USD2,500) setiap bulan untuk keperluan hidup, jauh lebih rendah berbanding kos di AS.
Beliau juga memiliki insurans kesihatan asas yang berharga RM340 sebulan, yang meliputi kos hospitalisasi.
“Kemudahan kesihatan di Malaysia sangat memuaskan. Anda tidak perlu menunggu lama untuk temu janji,” katanya.
Taylor turut menekankan betapa amannya kehidupan di Malaysia berbanding AS.
“Di tempat tinggal lama saya dekat Washington, kadang-kadang saya mendengar bunyi tembakan di luar tingkap. Di sini, itu langsung tiada. Saya tak pernah rasa tidak selamat walaupun berjalan seorang diri,” katanya.
Kini, Taylor menghabiskan masanya dengan menghasilkan video YouTube tentang kehidupan di Malaysia.
Taylor mengakui keputusan untuk berpindah ke luar negara tidak sesuai untuk semua orang, terutama mereka yang mempunyai keluarga rapat seperti anak, cucu, atau ibu bapa yang sudah tua.
Namun, bagi dirinya, yang tidak mempunyai ikatan keluarga yang kuat, keputusan ini sangat berbaloi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hhmmm.. dia earn in USD.. pencen lek2 spend in RM.. syiokla..
kalau kita nak rasa camtu.. keje n earn in RM.. pencen n spend in IDR la kot baru merasa orka pencen |
|
|
|
|
|
|
|
ex ofismate meols American, umur 40 dah retired kat Thailand... |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry..muka dia mcm maskot kfc..hehe...moga dia makin gembira di msia |
|
|
|
|
|
|
|
Ini key point dia "Taylor mengakui keputusan untuk berpindah ke luar negara tidak sesuai untuk semua orang, terutama mereka yang mempunyai keluarga rapat seperti anak, cucu, atau ibu bapa yang sudah tua."....
Org melayu ni susah bab ikatan keluarga..... |
|
|
|
|
|
|
|
klu dia pindah Indon mesti gaya hidup lagi mewah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 15-1-2025 12:05 PM
Dlm film2 omputeh kan ada rumah org tua lengkap facility mungkin x berminat duduk ramai2 selagi belum berkerusi roda
Umur 55-70 masih cergas boleh bekerja dan urus diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
12k pun sudah cukup tapi mm2h memerlukan 40k? |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 15-1-2025 11:49 AM
ex ofismate meols American, umur 40 dah retired kat Thailand...
Kenapa x pilih Malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
haha..kau punya pasal aku kena scroll balik ke atas..
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti: klu dia pindah Indon mesti gay ... dia pun x sudi kot. Kat indon, g sana... kita yg malaysian ni pun org2 dia mengekor smpai hotel suh beli dia punya fridge magnet.. x suka hidup envirenment gitu |
|
|
|
|
|
|
|
melekaifc replied at 15-1-2025 12:18 PM
anak ikan ramai kot sini.haha berdenting gaydar acik porem
Link2 tu apa.. takut nk tekan |
|
|
|
|
|
|
|
dia pnh stay KL and Ganu for about 3 years..north Thai lebih sesuai dgn jiwa dia....dah almost 20 years kot dia kat sana....
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu..janji dia tenang n happy |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 15-1-2025 11:49 AM
ex ofismate meols American, umur 40 dah retired kat Thailand...
Most of the expats yg dr UK bila winter akan bergerak ke SEA haha cheaper than staying in the uk and bayar 3 months bill during winter.
My previous boss is one of them last yr dia balik dr thailand singgah kl jumpa i. Wife dia ckp tak berapa best sbb derang sewa rumah kawan derang kat thailand tu beach house tp jauh dr kedai semua. Susah dia nak jalan kena ambil taxi. Jalan kaki you padal both 76 and 78 yrs old and baru buat hip replacement |
|
|
|
|
|
|
|
kalau earn ringgit, best place to retire dekat Zimbabwe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|